Kemaskini Maklumat No Telefon BSN Sebelum 15 September 2023

Makluman penting untuk semua para pelanggan BSN, anda dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat terkini (pekerjaan, alamat dan nombor telefon) sebelum 15 September 2023 dimana-mana Cawangan BSN yang berhampiran atau menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan.

Perkara ini dimaklumkan oleh BSN melalui sebuah notis yang dimuatnaik di media sosial rasmi BSN Malaysia.

Difahamkan ada pelanggan yang telah dibekukan akaun dan tidak dapat mengakses akaun mereka di BSN.

Jadi, apa yang perlu dilakukan?

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang notis berkenaan dan cara untuk mengemaskini maklumat anda.

Sumber : Facebook BSN Malaysia

Tujuan Kemaskini Maklumat Pelanggan BSN

Tujuan utama perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat Pelanggan adalah untuk memastikan maklumat Pelanggan lengkap dan terkini bagi memudahkan pihak Bank untuk menghubungi pelanggan (jika perlu).

Siapakah Yang Perlu Mengemas Kini Maklumat Pelanggan?

Pelanggan BSN PERLU MEMBUAT KEMAS KINI jika dalam tempoh 4 tahun atau lebih, tiada sebarang aktiviti pengemaskinian maklumat seperti di bawah:

1) Kad Pengenalan (MyKad/MyPR/MyKas)
2) Alamat Tetap/ Alamat Surat-menyurat
3) No. Telefon
4) Nama Majikan

kemaskini bsn no telefon

Cara Kemaskini Maklumat No Telefon / Alamat BSN

Sila ambil maklum bahawa pengemaskinian Maklumat Pelanggan tidak boleh dilakukan melalui laman Web MyBSN.

Sebaliknya, ia boleh dilakukan di Cawangan BSN ataupun melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN mengikut jenis maklumat seperti berikut:

i) Kemaskini di Cawangan BSN:

  • Alamat terkini
  • Majikan terkini
  • Nombor telefon terkini (Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan)

ii) Kemaskini melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN (1-300-88-1900)

  1. Alamat terkini
  2. Majikan terkini
  3. Nombor telefon terkini TIDAK BOLEH dikemaskini melalui panggilan ke Pusat Perhubungan Pelanggan (Anda perlu hadir ke Cawangan BSN dengan membawa bersama kad pengenalan untuk pengesahan)
kemaskini bsn

*Pengemaskinian nombor telefon adalah perlu untuk memudahkan BSN menghubungi pelanggan bagi transaksi perbankan yang melibatkan kewangan seperti BSN Secure.

Baca juga: Cara Dapatkan Bank Statement BSN (Penyata Kewangan)

Tarikh Akhir Kemaskini Maklumat

Tarikh akhir kemaskini maklumat bagi pelanggan yang terlibat adalah sebelum atau pada 15 September 2023.

Apakah yang akan berlaku sekiranya Pelanggan gagal untuk mengemas kini maklumat mereka sebelum atau pada 15 September 2023?

Akaun pelanggan akan mengalami gangguan perkhidmatan sementara waktu dan tiada perubahan pada baki akaun sehingga pengemaskinian maklumat dilakukan.

Buat sementara waktu, anda tidak boleh membuat transaksi pengeluaran wang dan pembayaran bil.

Penggunaan kemudahan ATM dan Perbankan Internet MyBSN juga akan terganggu buat sementara waktu sehingga pengemaskinian maklumat dilakukan oleh anda.

Bagi anda yang ingin memperkenalkan anak-anak dengan permainan berasaskan kewangan, jangan lupa claim voucher Hasbro sehingga RM13 untuk pembelian board game klasik Monopoly!

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila notis BSN di bawah:

Sumber:

Oh ya, sekarang ni dah mudah tau nak buka akaun. Secara online pun boleh, tak perlu ke kaunter. Melalui Shopee, anda boleh buka akaun Bank Muamalat Savings Account-i dengan hanya RM1.00!

Baca juga: Maksud IBG Transfer & Berapa Hari Tempoh Pemindahan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!