Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan Siri 1/2026 – Jadual Acara

Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan Siri 1/2026 (Kedah) merupakan satu inisiatif penting dalam mencungkil dan menggilap bakat sukan dalam kalangan pelajar di seluruh negara.

Program ini bukan sahaja membuka ruang kepada atlet muda untuk bersaing secara sihat, malah menjadi platform awal bagi mengenal pasti potensi ke peringkat yang lebih tinggi, termasuk temasya Olimpik.

Dalam artikel ini, kami kongsikan senarai acara yang dipertandingkan, jadual lengkap serta peraturan penting yang perlu diketahui oleh semua peserta dan pihak terlibat.

Pengenalan Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan

Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan 2026

Karnival ini termasuk dalam Perancangan Program Bakat & Pelapis yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara.

Karnival ini dicadangkan untuk diadakan 4 kali setahun di negeri yang terpilih. Setiap sukan bakat dan pelapis wajib diadakan 1 kali dalam mana-mana karnival.

Senarai Acara & Lokasi

Antara acara yang dipertandingkan dalam Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan Siri 01/2026 Terengganu yang berlangsung dari 11 hingga 15 April 2026 termasuklah acara:

  1. Angkat Berat: Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar (KOMBES).
  2. Akuatik Renang: Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Setar.
  3. Akuatik Terjun: Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Setar
  4. Memanah: Padang Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.
  5. Karate: Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.
  6. Taekwondo: Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.
  7. Skuasy: Pusat Skuasy Negeri Kedah, Suka Menanti, Alor Setar.
  8. Berbasikal: Darul Aman Park, Jitra.
  9. Tenpin Boling: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar.

Kesemua acara ini melibatkan penyertaan atlet-atlet muda berbakat dari seluruh negara sebagai usaha mencungkil potensi ke arah pembangunan sukan berprestasi tinggi.

Maklumat Lanjut Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman web rasmi Majlis Sukan Negara di pautan https://www.nsc.gov.my/.

Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui Majlis Sukan Negeri-negeri yang terlibat.

Ayuh warga sukan ke negeri Kedah untuk sama-sama meriahkan karnival ini!

Soalan Lazim Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan Siri 1/2026

Apakah Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan?

Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan merupakan satu acara pembangunan sukan yang menghimpunkan pelbagai jenis sukan bagi mencungkil bakat atlet di peringkat kebangsaan.

Bilakah karnival ini berlangsung?

Karnival ini akan diadakan pada 11 hingga 15 April 2026.

Di manakah lokasi penganjuran?

Karnival ini berlangsung di Kedah Darul Aman, dengan beberapa venue berbeza di sekitar negeri tersebut.

Apakah jenis sukan yang dipertandingkan?

Antara sukan yang terlibat ialah:

Angkat Berat
Akuatik Renang
Akuatik Terjun
Memanah
Berbasikal
Karate
Taekwondo
Tenpin Boling
Skuasy

Di manakah lokasi bagi setiap sukan?

Berikut adalah lokasi sukan:

Angkat Berat – Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar (KOMBES), Kedah
Akuatik Renang – Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Setar
Akuatik Terjun – Pusat Akuatik Gunung Keriang, Alor Setar
Memanah – Padang Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar
Berbasikal – Darul Aman Park, Jitra
Karate – Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar
Taekwondo – Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar
Tenpin Boling – Aman Bowl, Aman Central
Skuasy – Pusat Skuasy Negeri Kedah, Suka Menanti, Alor Setar

Siapakah penganjur program ini?

Program ini melibatkan kerjasama pihak seperti Majlis Sukan Negeri Kedah dan Majlis Sukan Negara Malaysia, serta Program Pembangunan Sukan Olimpik.

Apakah objektif karnival ini?

Objektif utama adalah untuk:

Mencungkil bakat baharu dalam sukan
Mengembangkan potensi atlet muda
Menyokong pembangunan sukan ke arah peringkat lebih tinggi

Baca juga: Takwim Kejohanan MSSM 2026 (Majlis Sukan Sekolah Malaysia)

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut