Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2026 telah diadakan pada 11 April 2026 menandakan bermulanya Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026.
Kejohanan MSSM merupakan kejohanan peringkat tinggi di peringkat sekolah setelah atlet yang terdiri daripada para pelajar melepasi kejohanan peringkat sekolah, (MSSD) dan negeri (MSSN).
Hanya sukan-sukan tertentu sahaja yang akan dipertandingkan di setiap tahun di peringkat MSSM dan takwim akan dikeluarkan lebih awal bagi memudahkan pemilihan atlet di peringkat sekolah, daerah dan negeri dibuat terlebih dahulu.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang sejarah dan perkembangan terkini MSSM 2026.
Ringkasan Kejohanan MSSM 2026 (Majlis Sukan Sekolah Malaysia)
- MSSM 2026 rasmi bermula pada 11 April 2026 selepas majlis perasmian berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan,.
- Takwim rasmi MSSM 2026 dibahagikan kepada dua fasa dan melibatkan 24 jenis sukan dari April hingga September 2026.
- Kejohanan Merentas Desa di Labuan pada 23–26 April menjadi acara pembuka saingan utama MSSM 2026.
- MSSM berperanan sebagai platform pencarian bakat muda negara; sebahagian atlet berpotensi melangkah ke program elit dan skuad kebangsaan.
Sejarah MSSM
Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1958 melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Penasihat Persekutuan Tanah Melayu dan dianggotai oleh semua Ketua Pegawai Pelajaran Negeri.
Mesyuarat kali pertama diadakan pada 3 Mac 1958 di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selepas tertubuhnya Negara Malaysia pada tahun 1963, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia atau lebih dikenali sebagai MSSM.
Untuk memperkasakannya, MSSM diletak dibawah Akta Pelajaran 1961 dan dibawah kuasa Menteri Pelajaran.
Tujuan asal penubuhan MSSM adalah untuk mengamalkan konsep sukan untuk kecemerlangan selaras dengan Dasar Sukan Negara.
Pada 6 April 2009, MSSM telah diwarta kerajaan Seri Paduka Bagida dan diterbitkan dengan kuasa mengikut Akta Pendidikan 1996.
Sebanyak 22 jenis sukan disenaraikan ketika itu dan telah berkembang kepada 24 jenis sukan sehingga sekarang.
Dengan slogan ‘MSSM Pemacu Kecemerlangan Sukan’, setiap atlet harus bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik untuk meningkatkan tahap prestasi yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak.
Majlis Pelancaran MSSM 2026
Upacara Pelancaran Takwim Majlis MSSM 2026 berlangsung di Pasaraya Seremban Prima dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad.
BACA JUGA: Pickleball – Sukan Viral, Cara Bermain dan Sistem Pemarkahan
Tarikh MSSM 2026
Tarikh kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2026 bermula dari April hingga September 2026.
Ia dibahagikan kepada dua fasa dan melibatkan 24 jenis sukan dan dianjurkan di negeri-negeri yang dilantik sebagai pengelola.
Jenis-jenis Sukan Dipertandingkan Dalam MSSM 2026
Mulai tahun 2025, kaedah baru dilaksanakan melibatkan dua fasa dengan semua negeri menjadi tuan rumah membabitkan 24 pertandingan secara keseluruhan.
24 jenis sukan ini adalah seperti yang berikut:
- Akuatik
- Badminton
- Bola Baling
- Bola Keranjang
- Bola Tampar
- Boling Tenpin
- Catur
- Gimnastik Artistik
- Gimrama
- Golf
- Hoki
- Kriket
- Memanah
- Pelayaran
- Ping Pong
- Ragbi
- Sepak Takraw
- Skuasy
- Tenis
- Bola Sepak
- Bola Jaring
- Sofbol
- Olahraga
- Merentas Desa
Takwim Kejohanan MSSM 2026 & Lokasi
Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 akan berlangsung secara berfasa melibatkan 24 jenis sukan dari April hingga September tahun ini.
Bagi tahun 2026, MSSM dilaksanakan mengikut format asal yang melibatkan 14 negeri dengan penganjuran 24 jenis sukan yang diwartakan bawah kalendar MSSM.
Anggaran penyertaan keseluruhan adalah seramai 19,248 orang merangkumi murid, jurulatih, pengurus serta pegawai kontinjen.
Kategori yang dipertandingkan merangkumi bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. KPM melalui MSSM bersama MSS Negeri sentiasa komited memastikan penganjuran sukan sekolah diurus dengan sistematik dan berkesan.
Berikut ialah Takwim Kejohanan MSSM 2026:
| Sukan | Tarikh | Negeri / Lokasi |
|---|---|---|
| Merentas Desa | 23 – 26 April 2026 | WP Labuan |
| Golf | 7 – 12 Jun 2026 | Sabah |
| Badminton | 6 – 12 Jun 2026 | Kedah |
| Memanah | 6 – 12 Jun 2026 | Selangor |
| Sofbol | 6 – 13 Jun 2026 | Kelantan |
| Catur | 6 – 12 Jun 2026 | Sarawak |
| Akuatik | 6 – 13 Jun 2026 | Perak |
| Ragbi | 6 – 13 Jun 2026 | Perak |
| Skuasy | 6 – 13 Jun 2026 | Negeri Sembilan |
| Bola Tampar | 6 – 13 Jun 2026 | WP Putrajaya |
| Bola Keranjang | 6 – 13 Jun 2026 | Pulau Pinang |
| Tenis | 6 – 14 Jun 2026 | Johor |
| Bola Jaring | 28 Ogos – 3 September 2026 | Melaka |
| Gimnastik Berirama | 28 Ogos – 3 September 2026 | Selangor |
| Ping Pong | 28 Ogos – 3 September 2026 | Terengganu |
| Bola Baling | 28 Ogos – 3 September 2026 | Kuala Lumpur |
| Sepak Takraw | 28 Ogos – 3 September 2026 | Negeri Sembilan |
| Kriket | 28 Ogos – 4 September 2026 | Kelantan |
| Bola Sepak | 28 Ogos – 4 September 2026 | Pulau Pinang |
| Boling Tenpin | 28 Ogos – 4 September 2026 | Melaka |
| Hoki | 28 Ogos – 4 September 2026 | Kuala Lumpur |
| Gimnastik Artistik | 28 Ogos – 4 September 2026 | Perlis |
| Pelayaran | 28 Ogos – 4 September 2026 | Terengganu |
| Olahraga | 19 – 26 September 2026 | Pahang |



Maklumat Lanjut & Soalan Lazim MSSM 2026
Untuk info lanjut, sila rujuk pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Negeri dan Majlis Sukan Negeri bagi makluman terkini.
Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 ialah pertandingan sukan peringkat kebangsaan yang menghimpunkan pelajar sekolah seluruh negara.
Ya, lazimnya pertandingan MSSM boleh ditonton oleh orang ramai mengikut lokasi acara. Namun, jadual atlet tertakluk kepada guru yang bertugas sepanjang kejohanan. Sebarang garis panduan tambahan akan diumumkan oleh penganjur di peringkat negeri masing-masing.
Kejohanan MSSM bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan, membentuk semangat kesukanan, dan menjadi medan persediaan atlet muda untuk mewakili negeri atau negara pada masa akan datang.
Lokasi penganjuran MSSM adalah seperti berikut:
Merentas Desa: Labuan
Golf : Sabah
Akuatik : Perak
Gimnastik Artistik : Perlis
Catur : Sarawak
Bola Baling : WP Kuala Lumpur
Ping Pong : Terengganu
Sofbol : Kelantan
Skuasy : Negeri Sembilan
Pelayaran : Terengganu
Bola Tampar : WP Putrajaya
Boling Tenpin : Melaka
Olahraga : Pahang
Gimrama : Selangor
Bola Jaring : Melaka
Sepak Takraw: Negeri Sembilan
Memanah : Selangor
Badminton : Kedah
Hoki : WP Kuala Lumpur
Bola Keranjang : Pulau Pinang
Bola Sepak : Pulau Pinang
Kriket : Kelantan
Ragbi : Perak
Tenis : Johor
–





