KALENDAR AKADEMIK UiTM SEMESTER OKTOBER 2025 – FEBRUARI 2026 sudah pun dikeluarkan untuk rujukan para mahasiswa dan pihak berkaitan. Anda boleh rujuk Kalendar Akademik yang lengkap di pautan berikut: https://hea.uitm.edu.my/index.php/calendars/academic-calendar.
Kalendar ini penting untuk membantu pelajar merancang jadual pembelajaran, tugasan, peperiksaan serta aktiviti kokurikulum sepanjang semester.
Selain itu, ia juga berguna kepada pensyarah, pentadbir universiti, dan pihak berkaitan bagi memastikan perjalanan akademik berjalan lancar serta selaras dengan tarikh rasmi yang ditetapkan UiTM.
Rujuk KALENDAR AKADEMIK UiTM SEMESTER OKTOBER 2025 – FEBRUARI 2026 di bawah.
Hebahan Kepada Pelajar UiTM
Aktiviti Pendaftaran Kursus bagi Semester Oktober 2025 – Februari 2026 (20254) melibatkan semua pelajar Pra-Diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana & PhD.
Maklumat penting tentang:
🔹 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀
🔹 𝗩𝗮𝗹𝗶𝗱𝗮𝘀𝗶 & 𝗣𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗲-𝗦𝘂𝗿𝘃𝗲𝘆 𝗶𝗙𝗨𝗧𝗨𝗥𝗘
🔹 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 & 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗬𝘂𝗿𝗮𝗻
🔹 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗚𝘂𝗴𝘂𝗿 𝗧𝗮𝗿𝗮𝗳 (𝗚𝗧) & 𝗥𝗮𝘆𝘂𝗮𝗻 𝗥𝗣𝐆𝗧
Pastikan anda cakna dengan tarikh-tarikh penting agar tidak terlepas sebarang urusan akademik.
Semak Kalendar Akademik di https://hea.uitm.edu.my/index…/calendars/academic-calendar
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Akademik Fakulti/Kolej/Kampus anda atau Penasihat Akademik (PA)
Untuk aduan ICT sila ke units.uitm.edu.my
Rancang, urus & lengkapkan pendaftaran anda tepat pada masanya demi kelancaran perjalanan akademik!

Maklumat Penting & Tarikh Daftar Kursus
1. Pendaftaran Kursus:
Semua pelajar diwajibkan mendaftar kursus secara online mengikut program masing-masing dari 30 September hingga 2 November 2025. Ini termasuk pendaftaran kursus pelajar baharu serta pelajar lama untuk semua peringkat pengajian.
2. Validasi Kursus & Proses e-Survey iFUTURE:
Tempoh validasi kursus berdaftar serta pelaksanaan e-Survey iFUTURE berlangsung pada 3 hingga 9 November 2025. Pastikan maklumat kursus sentiasa tepat bagi mengelakkan sebarang isu pendaftaran atau rekod akademik.
3. Pembayaran & Penangguhan Yuran:
Permohonan penangguhan pembayaran yuran boleh dibuat bermula 30 September sehingga 2 November 2025 secara online. Keputusan permohonan penangguhan yuran akan dimaklumkan pada 3 November 2025.
4. Tarikh Gugur Taraf (GT) & Rayuan RPGT:
Pelajar yang tercicir kursus atau menghadapi isu pembatalan status pelajar boleh membuat rayuan status Gugur Taraf (GT) dan RPGT. Pastikan tarikh rayuan dipatuhi untuk mengelakkan penamatan status pelajar tanpa diduga.
Tarikh Daftar Kursus & Kuliah UiTM
Berikut tarikh daftar kursus dan kuliah sebelum bermula exam UiTM:
KURSUS
| Aktiviti Utama | Tarikh |
|---|---|
| Online Pendaftaran Kursus Pelajar Baharu | 29 September – 2 November 2025 |
| Online Tambah/Gugur Kursus Pra-Diploma/Diploma/Sarjana | 2 Oktober – 2 November 2025 |
| Pendaftaran Online Kursus English Exit Test (untuk yang layak) | 30 September – 2 November 2025 |
| Validasi Kursus Berdaftar Semester Semasa | 3 – 9 November 2025 |
| Kuliah Bermula | 6 Oktober 2025 |
| Proses Entrance Survey iFUTURE | 6 Oktober – 9 November 2025 |
| Proses Exit Survey & SUFO iFUTURE | 12 Januari – 15 Februari 2026 |
INFO YURAN & PENANGGUHAN
| Aktiviti Utama | Tarikh |
|---|---|
| Permohonan Penangguhan Bayaran Yuran | 30 September – 2 November 2025 |
| Tarikh Akhir Bayaran Yuran | 21 November 2025 |
| Tarikh Gugur Taraf (GT) | 1 Disember 2025 |
| Rayuan Pembatalan GT (RPGT) | 1 – 11 Disember 2025 |
| Keputusan Rayuan RPGT | 2 – 12 Disember 2025 |
| Bayaran Yuran bagi RPGT Lulus | 19 Disember 2025 |
| Tarikh Gugur Taraf Muktamad | 16 Januari 2026 |
Kalendar Akademik UiTM 2025
Rujuk kalendar rasmi UiTM untuk sesi pengajian 2025 bagi semester Oktober 2025 sehingga Februari 2026 di bawah.
Kalendar Akademik UiTM bagi tahun 2025 ini terpakai untuk peringkat pengajian berikut:
- Pra-Diploma
- Diploma
- Sarjana Muda
- Sarjana
- Kedoktoran (PHD)


Anda juga boleh melihat kalendar akademik ini diasingkan mengikut kategori-kategori berikut:
GROUP A: FOUNDATION/PROFESSIONAL
GROUP B: PRE-DIPLOMA, DIPLOMA, BACHELOR, MASTER AND PhD
Anda boleh memuat turun dan mencetak takwim pengajian ini bagi memudahkan anda membuat rujukan pada bila-bila masa.
Rujuk Kalendar Akademik UiTM mengikut semester dan kumpulan di pautan berikut: https://hea.uitm.edu.my/index.php/calendars/academic-calendar.
Sejarah Penubuhan UiTM
Penubuhan UiTM mempunyai sejarah yang cukup panjang, bermula sebelum zaman kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 lagi.
Semunya bermula daripada penubuhan Pusat Latihan RIDA (Rural & Industrial Development Authority) inspirasi Dato’ Onn Ja’afar, pengasas dan bekas presiden United Malays National Organisation (UMNO).
Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada November 1956 di bawah pengetua pertamanya, Tuan Syed Alwi bin Syed Sheikh Alhadi.
Padda Jun 1965, Dewan Latehan RIDA dikenali sebagai Maktab MARA atau Kolej MARA.
Pertukaran nama itu juga bermakna kolej itu tidak lagi beroperasi di bawah RIDA, sebaliknya menjadi unit terpenting Bahagian Latihan MARA.
Kolej MARA secara rasminya ditukar nama kepada Institut Teknologi MARA pada 14 Oktober 1967.
Penubuhannya adalah sebagai tindak balas kepada keperluan penting dalam negara untuk tenaga kerja terlatih di peringkat profesional dan separa profesional, terutamanya di kalangan bumiputera.
Pada Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Dengan pengiktirafan sedemikian daripada kerajaan, satu usaha penyusunan semula besar-besaran telah dijalankan untuk menyatukan sumber Universiti untuk produktiviti optimum.
Senarai Kampus UiTM
Berikut merupakan senarai penuh cawangan kampus pengajian UiTM:
- UiTM Shah Ala, Selangor
- UiTM INTEC Seksyen 17, Shah Alam, Selangor
- UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor
- UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor
- UiTM Puncak Alam, Shah Alam,
- UiTM Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh, Selangor
- UiTM Dengkil, Selangor
- UiTM Arau, Perlis
- UiTM Dungun, Terengganu
- UiTM Sri Iskandar, Perak
- UiTM Samarahan, Sarawak
- UiTM Sungai Petani, Kedah
- UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan
- UiTM Alor Gajah, Melaka
- UiTM Segamat, Johor
- UiTM Jengka, Pahang
- UiTM Machang, Kelantan
- UiTM Kota Kinabalu, Sabah
- UiTM Jasin, Melaka
- UiTM Bertam, Pulau Pinang
- UiTM Bukit Besi, Terengganu
- UiTM Tapah, Perak
- UiTM Rembau, Negeri Sembilan
- UiTM Balik Pulau, Pulau Pinang
- UiTM Pasir Gudang, Johor
- UiTM Teluk Intan, Perak
- UiTM Chendering, Terengganu
- UiTM Raub, Pahang
- UiTM Mukah, Sarawak
- UiTM Tawau, Sabah
- UiTM Johor Bahru, Johor
- UiTM Raub, Pahang
- UiTM Bukit Sekilau, Pahang
- UiTM Alor Setar, Kedah
- UiTM Bandaraya Melaka, Melaka
- UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan
- UiTM Bandar Kota Bharu, Kelantan
Bantuan & Saluran Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkenaan kalendar akademik, tarikh exam atau cuti UiTM, sila hubungi Pejabat Akademik Fakulti/Kolej/Kampus anda atau Penasihat Akademik (PA).
Untuk aduan ICT sila ke units.uitm.edu.my
Anda juga boleh rujuk dengan pejabat pentadbiran UiTM atau layari halaman rasmi kalendar akademik di pautan berikut: https://hea.uitm.edu.my/v4/index.php/calendars/academic-calendar
Soalan Lazim Tarikh Cuti / Exam Berdasarkan Kalendar Akademik UiTM 2025
Kalendar Akademik UiTM adalah jadual rasmi yang memuatkan tarikh penting sepanjang sesi pengajian setiap semester, termasuk pendaftaran kursus, minggu kuliah, cuti semester, tarikh peperiksaan, dan lain-lain aktiviti akademik.
Semua pelajar peringkat Pra-Diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD wajib merujuk kalendar ini untuk memastikan tiada tarikh penting terlepas.
Anda boleh muat turun dan rujuk kalendar rasmi di portal rasmi HEA UiTM di pautan: https://hea.uitm.edu.my/index.php/calendars/academic-calendar.
Tarikh penting termasuk pendaftaran kursus, validasi kursus, pembayaran yuran, cuti pertengahan semester, minggu ulangkaji, peperiksaan akhir semester, dan cuti semester.
Semua pelajar UiTM diwajibkan mendaftar kursus secara online mengikut program masing-masing dari 30 September hingga 2 November 2025. Ini termasuk pendaftaran kursus pelajar baharu serta pelajar lama untuk semua peringkat pengajian.
Pelajar harus segera menghubungi Pejabat Akademik fakulti atau penasihat akademik untuk mendapatkan panduan dan tindakan susulan supaya status pengajian tidak terjejas.
Gugur Taraf merujuk kepada status pelajar yang terbatal atau digugurkan kerana gagal mematuhi syarat akademik atau kewangan seperti tidak membuat pembayaran yuran pada waktu ditetapkan.
Ya, UiTM menyediakan tempoh rayuan rayuan pembatalan Gugur Taraf (RPGT). Tarikh dan proses rayuan biasanya dinyatakan dalam kalendar akademik.
Anda boleh muat turun dan rujuk kalendar rasmi di portal rasmi HEA UiTM di pautan: https://hea.uitm.edu.my/index.php/calendars/academic-calendar.
Anda boleh muat turun dan rujuk kalendar rasmi di portal rasmi HEA UiTM di pautan: https://hea.uitm.edu.my/index.php/calendars/academic-calendar.






