Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Terkini

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Terkini

Universiti Kebangsaan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di UKM bagi memohon jawatan seperti dalam lampiran berikut.

Permohonan dibuka bermula 1 Oktober hingga 14 Oktober 2021.

jawatan kosong ukm
jawatan kosong ukm
jawatan kosong ukm

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh Buka Iklan : 1 Oktober 2021 (Jumaat)
Tarikh Tutup Iklan: 14 Oktober 2021 (Khamis)

Jawatan Kosong UKM Terkini

PENSYARAH UNIVERSITI DS51

Syarat-syarat Pelantikan Pensyarah Universiti DS51

Kelayakan

a) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

b) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang tinggi mutunya:

  • menerbitkan tiga (3) penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/ISI atau sebuah buku berwasit terbitan penerbit tersohor sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Universiti DS51(semasa berkhidmat sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D;
  • telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali di dalam persidangan dalam bidang pengajian dan
  • mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan.

c) Pengalaman bekerja dalam bidang berkenaan bagi satu tempoh yang bersesuaian atau pengalaman menjalankan penyelidikan dalam bidang berkenaan untuk satu tempoh yang bersesuaian sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Gred 51 atau semasa dilantik sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D

Jadual Gaji
DS51: RM5,855.00 – RM12,445.00

Keperluan Bahasa
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Umur
Calon bagi lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan pegawai yang sedang berkhidmat had umur ditetapkan seperti berikut:

  • 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;
  • 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan
  • 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

*Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan/Majikan masing-masing.

PENSYARAH PERUBATAN DU51

Syarat-syarat Pelantikan Pensyarah Perubatan DU51

Kelayakan Akademik

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau

b) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan kelayakan kepakaran dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau

c) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

d) Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan.

e) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya:

  • menerbitkan tiga (3) penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/ISI atau sebuah buku berwasit atau tiga (3) case report dalam jurnal diindeks oleh Scopus/ISI sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Perubatan DU51 (semasa berkhidmat sebagai Pensyarah Pelatih atau pengajian di peringkat Ph.D/Sarjana Kepakaran);
  • telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali dalam persidangan dalam bidang pengajian; dan
  • mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan.

Jadual Gaji
DU51: RM5,862.00 – RM12,492.00

Keperluan Bahasa
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Umur
Calon bagi lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan pegawai yang sedang berkhidmat had umur ditetapkan seperti berikut:

  • 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;
  • 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan
  • 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Baca juga: Kerja Kosong UiTM Terkini 2021 (Jawatan Akademik & Pentadbiran)

Cara Permohonan Jawatan Kosong UKM

Cara memohon jawatan pelantikan;

  1. Sila layari laman web UKM www.ukm.my/kerjaya bagi membuat permohonan secara dalam talian.
  2. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

**Pengisian jawatan tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Aras 1, Bangunan Perpusatakaan Lingkungan Ke-2
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor

Emel : [email protected]

Muat turun lampiran iklan penuh :

Baca juga: Skim Perantisan Nasional (SPN): Program Kerjaya Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!