Skim Perantisan Nasional (SPN): Program Kerjaya Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan

Para belia yang sedang mencari pekerjaan dijemput menyertai program Skim Perantisan Nasional (SPN).

Skim Perantisan Nasional merupakan sebuah program inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Kerjaya Raya.

Program SPN ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para belia untuk mendapatkan pengalaman pekerjaan dan pada masa sama meningkatkan kemahiran mereka yanng akan membantu mereka mendapat pekerjaan lebih baik selepas tamat program.

Pendaftara sudah dibuka dan peserta yang diterima masuk ke program ini akan dibayr elaun bulanan sebanyak RM1,200 hingga RM2,000 bergantung kepada kelayakan akademik.

Objektif

Objektif utama SPN adalah untuk memberikan pengalaman pekerjaan kepada para belia yang terpilih serta jaminan pekerjaan.

Selain itu, peserta juga akan menjalani latihan kemahiran atau on-job training serta meningkatkan soft-skill mereka, satu kemahiran yang sangat penting dalam dunia pekerjaan sebenar.

Program ini berkonsepkan “place and train” dimana peserta akan dihantar ke sesuatu syarikat untuk latihan dan sekiranya mempamerkan keputusan bagus, peluang untuk meneruskan kerjaya di syarikat tersebut adalah terjamin.

Program SPN juga bertujuan untuk menyediakan sistem sokongan kepada para belia untuk mendapatkan pekerjaan, seterusnya membantu mengurangkan kadar penganggngguran dalam kalangan belia.

Syarat kelayakan

Permohonan bagi program SPN ini hanya terbuka kepada para belia yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun.
  • Memiliki SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf kerajaan dalam dan luar negara atau kelayakan lain yang setaraf dengannya.
  • Sanggup mengikuti program sepenuh masa.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
  • Tidak bankrap
  • Tiada rekod jenayah

Cara memohon

Bagi para beliau yang berminat, anda boleh melakukan permohonan untuk program SPN ini dengan mengikuti lanngkah-langkah berikut:

Selepas menghantar borang permohonan, pihak urus setia SPN akan menghubungi pemohon melalui emel dalam tempoh 30 hari selepas tarikh permohonan dihantar.

Maklumat lanjut

Bagi para belia yang berminat dengan program SPN ini namun terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh menghubungi pihak KBS melalui kaedah-kaedah berikut:

  • Alamat: Sekretariat Skim Perantisan Nasional (SPN), Aras 11, Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
  • Telefon: 03-8871 3265/3264/3463
  • Emel:
  • Pegawai bertugas:
    • Puan Suraya binti Sulaiman – 03-88713265
    • Cik Marcella@Ella binti Kopong – 03-88713264
    • Encik Mohamad Akmal bin Md Ruslan – 03-88713463


https://edubestari.com/skim-perantisan-nasional/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!