800 Kekosongan Jawatan TDM Berhad (Masuk 8 Pagi, Pulang 2 Petang)

PELUANG JAWATAN KOSONG TDM BERHAD (PAKAR PENUAI)

Sawit antara komoditi utama yang menjana hasil pendapatan Negeri Terengganu selepas petroleum.

Kekurangan tenaga buruh di ladang-ladang menyebabkan sawit tidak dapat dituai dan rosak.

Justeru itu, TDM Plantation Sdn. Bhd., anak syarikat Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada anak-anak Terengganu untuk membangunkan hasil negeri serta membantu kerajaan memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor perladangan.

Di samping itu, pelbagai faedah dan kemudahan turut diberikan termasuk kepada keluarga pekerja.

Jadikan bekerja itu suatu ibadah sekali gus melunaskan tanggungjawab buat keluarga.

Rebutlah peluang pekerjaan ini yang mana penempatannya di dalam negeri.

Kekosongan Jawatan TDM Plantation Sdn Bhd

TDM Plantation Sdn. Bhd., iaitu sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu yang merupakan bahagian perladangan TDM Berhad kini bagi mempunyai 800 kekosongan bagi pekerja tempatan yang berumur 18 – 45 tahun untuk jawatan Pakar Penuai (Harvesting Specialist/ Cutter) di kesemua 13 ladang syarikat di Terengganu.

Terdapat pelbagai faedah yang ditawarkan termasuklah caruman KWSP dan SOCSO, insentif, latihan, kemudahan penginapan, perubatan dan kesihatan, bantuan pendidikan anak serta banyak lagi, tertakluk terma dan syarat.

Terbuka untuk:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18-45 tahun
  3. Lelaki
  4. Sihat tubuh badan
  5. Calon yang sudah berkahwin diutamakan
jawatan kosong tdm berhad ladang pakar penuai

Kelebihan, Insentif & Pengalaman Kerja Di Bawah TDM Berhad Sebagai Pakar Penuai

Walaupun ramai menganggap industri sawit ini agak penat dari segi kudrat digunakan, namun dengan jadual bergantung keupayaan sendiri bersama suasana kerja berpasukan yang akrab, tentunya ia merupakan peluang yang baik untuk anak muda.

Berikut merupakan antara faedah yang diperolehi :

Faedah Tambahan

  1. Caruman KWSP & SOCSO
  2. Latihan disediakan
  3. Penempatan disediakan
  4. Insentif kehadiran
  5. Insentif produktiviti
  6. Token perayaan
  7. Wang persediaan kerja*
  8. Subsidi petrol*
  9. Cuti tahunan
  10. Kemudahan perubatan & kesihatan
  11. Pusat penjagaan kanak-kanak
  12. Bantuan pendidikan anak (Pengangkutan & tuisyen)
  13. Lain-lain kemudahan

*Tertakluk kepada terma & syarat

Insentif & Pengalaman Kerja

“Jika masuk 8 pagi boleh pulang waktu 2 petang (mengikut keupayaan), jika orang tempatan tidak ambil kerja ini amat rugi, dengan elaun rumah, minyak dan lain-lain sehingga RM600.

“Pendapatan di sini amat memadai dan saya dapat sara empat orang anak beserta isteri, cuma perlu rajin berkhidmat sahaja,” menurut Mohd Rozi Ghazali, 44, menerusi laporan TRDI.my.

Rakan setugasnya, Mohd Adam Abdul Samad, 32, menjelaskan pendapatan kerja diraihnya sebagai seorang penuai mencecah hampir RM4,000.

Menurutnya yang berasal dari Kampung Lembah Bidong, dia tidak menyesal beralih bidang daripada menjadi seorang penternak udang kepada penuai sawit apabila menerima manfaat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta manfaat kesihatan.

“Kalau kita sakit, semua TDMP tanggung, jika kerja kampung kita tiada jaminan tersebut. Jadi kepada mereka diluar sana jangan takut kerja di ladang sawit, jika kita bekerja bersungguh-sungguh, hasil amat lumayan,” jelasnya.

Bagi seorang pekerja berusia 50 tahun, Fauzi Mohamad menceritakan usia bukan penghalang bagi orang kampung dan tempatan untuk bergiat dalam industri perladangan tersebut.

“Paling tinggi gaji saya lebih RM3,000 berdasarkan prestasi kerja, kalau saya umur sedekad ini mampu apatah lagi orang muda dalam Terengganu di luar sana boleh raih pendapatan dan peluang ini,” tambahnya.

Baca juga:

Cara Permohonan Jawatan Kosong TDM Berhad

Jika anda berminat untuk memohon pekerjaan yang ditawarkan oleh TDM Berhad melalui saluran berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, hubungi En Shawal di talian 09-6204800/ 019-7726070, atau emel [email protected].

Jangan lupa panjangkan hebahan kepada kenalan anda. Untuk peluang kerjaya yang lain di TDM Berhad, sila layari https://www.tdmberhad.com.my/career/

Maklumat Lanjut

TDM Berhad
Registration No.: 196501000477 (6265-P)
Aras 5, Bangunan UMNO Terengganu
Lot 3224, Jalan Masjid Abidin
20100 Kuala Terengganu
Terengganu, Malaysia

Tel: (609) 620 4800 / (609) 622 8000
Fax: (609) 620 4803

Media sosial

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!