Jawatan Kosong Bomba Seluruh Malaysia Terkini 2023 (SPA)

IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM : JAWATAN KOSONG JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK)

KUMPULAN PELAKSANA (SPM)
————————
JAWATAN : PEGAWAI BOMBA GRED KB19
KEKOSONGAN : 209 (SEMENANJUNG = 179, SABAH = 17 DAN SARAWAK = 13)

Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB19 Seluruh Malaysia 2023

MAKLUMAT SKIM PERKHIDMATAN

Nama Skim Perkhidmatan:Pegawai Bomba
  Kod Skim:3LK08
  Klasifikasi Perkhidmatan:KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM (K)
  Jenis Skim Perkhidmatan:Pelaksana
  Kumpulan Perkhidmatan:Pelaksana Berkelayakan SPM
  Gred:KB19, KB22, KB24, KB26, KB28
  Layak BIPK:Tidak
  Kenaikan Pangkat ke  Kumpulan Pengurusan Tertinggi:Tidak

SYARAT LANTIKAN WAJIB

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT LANTIKAN

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KB19 :

  • Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Gaji Permulaan : KB19: RM1,360.00

ATAU

  • Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Gaji Permulaan : KB19: RM1,418.12

ATAU

  • Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
  • Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Gaji Permulaan : KB19: RM1,476.24

ATAU

Kelayakan Masuk : Bekas Tentera

Bidang/Kelayakan Khusus : bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

Calon hendaklah juga memenuhi syarat lantikan tambahan yang ditetapkan.

Gaji Permulaan :

DAN

Syarat Lantikan Tambahan :

  • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang
    biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar;
  • lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/
    Perkhidmatan dari semasa ke semasa. Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM

PERUNTUKAN LAIN

  • Peruntukan KMP :Ya
  • Jenis KMP : Akademik
  • Peruntukan HPG : Tiada
  • Peruntukan Kemasukan Lateral : Tiada
  • Jenis Naik Pangkat : Biasa
  • Peruntukan (KPSL) : Ya
  • KPSL Dari : Tiada
  • Syarat KPSL : Tiada
  • KPSL Ke : ( 1 ) Penolong Penguasa Bomba
  • Syarat KPSL : Akademik atau Peperiksaan Khas

RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan, penyelenggaraan harian dan pemanduan jentera bomba serta melaksanakan kerja-kerja pengawasan di bilik kawalan dan pemeriksaan premis.

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
——————————————————
https://www.interactive.jpa.gov.my/…/perbekalanskim.asp…

JAWATAN KOSONG BOMBA SPA KERAJAAN

Tarikh Permohonan

Tarikh tutup permohonan : 3 Ogos 2023 (Khamis), jam 11.59 malam

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB19

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
—————————————————–
https://spa9.spa.gov.my/login

Sekian, terima kasih.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!