Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara 2023

Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI pada hari ini, 27 Julai 2023.

Kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam, bergantung kepada kemampuan kewangan. Sementara ia diperincikan, Kerajaan menyediakan Bantuan Khas Penghargaan untuk Penjawat Awam dan Pesara.

Permulaan ini diharap akan menyuntik semangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik sekali gus melaksanakan pembaharuan Ekonomi Madani.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara (Ekonomi Madani)

Kerajaan mengumumkan pemberian BantuanKhas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Katanya, bantuan yang memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara itu akan diberikan dalam tempoh dua minggu dan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan.

“Sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.

Bantuan khas penghargaan penjawat awam ekonomi madani

Tarikh Bantuan

Pesara Kerajaan dan Penjawat Awam seperti yang dinyatakan dalam poster di bawah akan menerima Bantuan Khas Penghargaan Tahun 2023 pada 10 Ogos 2023 (Khamis), sejumlah RM200 dan RM300 masing-masing.

Kredit poster : UKK JPA

Sila rujuk lampiran di bawah untuk perincian lanjut:

bantuan khas penghargaan penjawat awam pesara ekonomi madani
bantuan khas penghargaan penjawat awam pesara ekonomi madani
bantuan khas penghargaan penjawat awam pesara ekonomi madani
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam

Sedutan pengumuman PM melalui video di bawah:

Maklumat Lanjut & Lain-lain Inisiatif Yang Diumumkan

Maklumat lanjut berkaitan pemberian bantuan ini boleh dirujuk melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Di samping itu, terdapat beberapa inisiatif yang diumumkan PM sebentar tadi. Antaranya:

1) Kredit e-tunai RM100 kepada rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

2) Tambahan RM100 juta geran padanan digitalisasi bagi membantu PMKS

3) Biasiswa dan pendidikan sekolah berasrama penuh akan mengutamakan golongan berpendapatan rendah

4) Tambahan RM400 juta pinjaman mikro

5) Tambahan RM800 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu air di Kelantan dan Sabah.

6) Bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara Kerajaan

7) Menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120% dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: