Pasangan sensasi yang sering menjadi tumpuan ramai, Jaden Bahtera dan Puteri Rania kini telah sah disatukan sebagai suami isteri pada 1 Mei 2026 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Pernikahan pasangan pempengaruh (influencer) lintas negara ini disambut dengan penuh kesyukuran oleh para peminat mereka setelah melalui fasa pertunangan pada Disember tahun lalu.
Bagi yang tidak mengenali siapa Jaden Bahtera dan Puteri Rania, jom baca biodata ringkas dan kisah mereka di bawah.
Siapa Jaden Bahtera dan Puteri Rania?
Jaden Bahtera dan Puteri Rania merupakan pasangan pempengaruh (influencer) lintas negara yang berasal dari Indonesia dan Malaysia, yang telah sah mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2026.
Jaden Bahtera atau nama sebenarnya Rajadin Putra Bahtera ialah merupakan seorang personaliti media sosial, penyanyi, dan atlet tinju asal Indonesia yang dikenali menerusi penglibatannya dalam acara sukan tempur seperti Byon Combat.
Sebelum menceburi dunia sukan tempur, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan aktif mencipta kandungan di platform digital seperti TikTok, Instagram, dan YouTube.
Puteri Rania pula ialah seorang pempengaruh media sosial, ahli perniagaan, dan atlet Muay Thai berprestasi tinggi dari Malaysia.
Beliau juga dikenali sebagai adik kepada atlet bela diri, Putra Abdullah (Jordan Boy).
Sejak menceburi dunia sukan bela diri pada tahun 2017, beliau dilaporkan telah menyertai lebih daripada 50 perlawanan amatur dan juga aktif menguruskan jenama fesyennya sendiri.

Biodata Jaden Bahtera
Jaden Bahtera mula dikenali sebagai seorang penyanyi sebelum mencipta nama dalam arena sukan tempur, khususnya melalui kejayaan beliau dalam acara Byon Combat.
Kini, beliau aktif sebagai pempengaruh media sosial yang mempunyai pengikut yang ramai di pelbagai platform digital.
| Nama Penuh | Rajadin Putra Bachtera |
| Nama Panggilan | Jaden Bahtera, Jay D |
| Tarikh Lahir | 16 Februari 2004 |
| Umur | 22 Tahun (pada 2026) |
| Kewarganegaraan | Indonesia |
| Agama | Islam |
| Kerjaya | Petinju, Penyanyi, Konten Kreator, Influencer |
| @jadenbahtera | |
| TikTok | @jadenbahtera |
| YouTube | Jaden Bahtera |

Biodata Puteri Rania
Puteri Rania dikenali sebagai seorang atlet Muay Thai yang berbakat dan pempengaruh media sosial yang popular di Malaysia.
Beliau juga merupakan sebahagian daripada keluarga atlet bela diri yang dikenali sebagai “Team Jordan Boy” dan aktif dalam dunia perniagaan fesyen.
| Nama Penuh | Puteri Rania binti Mahmoud |
| Nama Panggilan | Puteri Rania, Rania |
| Tarikh Lahir | 13 Oktober 2003 |
| Umur | 22 Tahun (pada 2026) |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Agama | Islam |
| Kerjaya | Atlet Muay Thai, Pempengaruh, Usahawan |
| Kelab Sukan | Jordan Top Team (JTT) |
| @puteri.raniaa | |
| TikTok | @puteriraniaa |

Detik Perkenalan
Kisah cinta Jaden Bahtera dan Puteri Rania bermula daripada dunia sukan apabila mereka bertemu dalam acara Byon Combat di Malaysia, di mana Jaden pernah berlawan dengan abang kepada Puteri Rania, iaitu Jordan Boy.
Hubungan mereka menjadi perhatian ramai selepas mereka kerap berinteraksi di media sosial, sebelum Jaden mengambil langkah serius dengan melamar Puteri Rania pada 9 Oktober 2025.
Selepas bertunang pada Disember 2025, pasangan ini akhirnya disatukan dalam sebuah majlis akad nikah yang khidmat di Kuala Lumpur pada 1 Mei 2026.


Majlis Pernikahan Jaden Bahtera dan Puteri Rania
Majlis pernikahan Jaden Bahtera dan Puteri Rania berlangsung pada 1 Mei 2026 di Kuala Lumpur, Malaysia dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.
Dalam majlis itu, Jaden dilaporkan menyerahkan mahar sebanyak 300 ringgit Malaysia.
Majlis ini menjadi tumpuan media dan peminat kerana kedua-duanya ialah personaliti media sosial serta atlet sukan tempur yang cukup dikenali.
Sebelum hari pernikahan, Puteri Rania juga sempat mengadakan bridal shower sebagai tanda meraikan fasa baharu dalam hidupnya.
Beberapa klip dan gambar majlis resepsi serta akad nikah turut tersebar di media sosial selepas acara berlangsung.



Soalan Lazim Jaden Bahtera & Puteri Rania
Jaden Bahtera adalah seorang atlet tinju dan pempengaruh dari Indonesia, manakala Puteri Rania merupakan atlet Muay Thai dan pempengaruh dari Malaysia. Mereka dikenali sebagai pasangan “lintas negara” yang aktif dalam dunia sukan tempur.
Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 1 Mei 2026 dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Hubungan mereka bermula melalui dunia sukan, di mana mereka sering bertemu dan berlatih bersama dalam acara berkaitan sukan tempur seperti Byon Combat. Jaden Bahtera mula merisik Puteri Rania pada 9 Oktober 2025 dan mereka bertunang pada 13 Disember 2025.
Jaden Bahtera aktif sebagai petinju dalam siri Byon Combat, manakala Puteri Rania merupakan atlet Muay Thai yang bernaung di bawah Jordan Top Team (JTT).
Walaupun berasal dari negara yang berbeza, pasangan ini sering berkongsi aktiviti mereka di media sosial dan sering berulang-alik antara Indonesia dan Malaysia bagi tujuan kerjaya serta urusan keluarga.




