Biodata Ira Kazar, Bekas Peserta Akademi Fantasi 2016

Nama Ira Kazar mula mendapat perhatian warganet apabila pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof membuat kenyataan pada 6 Januari 2023 tentang pernikahan keduanya secara umum di media sosial.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Ira Kazar.

Baca juga:

Latar Belakang Ira Kazar

ira kazar
Kredit Instagram @irakaza
NamaFaghirah Fatini binti Kazaruddin
Nama PanggilanIra Kazar
Umur29 tahun (2024)
Tempat LahirKampar, Perak
PekerjaanPelakon, Influencer
Akaun Media SosialInstagram @irakaza
TikTok @irakazar_

Kehidupan Peribadi

Ira adalah anak kepada pelakon lelaki komedi terbaik dalam Anugerah Lawak Warna 2014 iaitu Kazaruddin Saisi (Kazar Saisi) dan Rashidah Latiff.

Beliau merupakan anak keemat dari lima orang adik beradik. Adik beradik lainnya adalah Melor Hariante, Yasmin Mariante, Elya Amirul Naim, dan Adam Amirul Latiff.

Ira telah mendirikan rumah tangga dengan pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof pada 5 Januari 2023 lalu di Thailand.

Kerjaya & Profesional

Tidak banyak informasi yang kami ketahui mengani kerjaya dan karier Ira Kazar. Namun beliau pernah libatkan diri dalam bidang hiburan.

Menerusi beberapa portal hiburan, Ira juga dilaporkan pernah menyertai uji bakat Akademi Fantasia 2016.

Walaupun ramai yang tahu bakat bapa Ira dalam bidang lakonan, rupanya beliau juga pernah berlakon sebagai satu watak sampingan dalam satu drama bersama Ain Edruce, Sharifah Shahirah dan Zila Bakarin.

Perkara ini telah dikongsikan oleh salah seorang netizen menerusi laman media sosial TikTok.

Fakta Menarik Mengenai Ira Kazar

  • Gaya fesyen dan penampilannya dikatakan mirip artis Avril Lavigne.
  • Pernah menyertai uji bakat Akademi Fantasia 2016 (AF2016).
  • Pernah berlakon sebagai satu watak sampingan dalam satu drama bersama Ain Edruce, Sharifah Shahirah dan Zila Bakarin.
  • Gemar berkongsi video resepi masakan di TikTok.

Tahniah Ira! Semoga anda terus cemerlang dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sumber:

  1. Instagram @irakaza
  2. Biodata Ira Kazar, Isteri Kedua Syamsul Yusof. Fuh.my
Bantu kami share artikel ini: