Intan Ladyana, Dari Pelakon ke Bidang Pengarahan

Wajah aktres terkenal, Intan Ladyana sering menyinari filem-filem tanah air pada pada kemuncak kejayaannya pada 2010 sehingga 2015.

Kemudian, beliau mendiamkan diri lama sehingga kurang muncal di kaca televisyen mahupun filem.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai dalam industri seni tanah air, Intan Ladyana

Baca juga:

Latar Belakang

intan ladyana
Kredit Instagram @intanladyana
NamaIntan Nurladyana binti Mohamat Yahaya
Nama PanggilanIntan Ladyana
Tarikh Lahir2 Jun 1982
Tempat LahirPetaling Jaya, Selangor
PekerjaanPelakon, model, pengacara, pengarah dan penerbit
Akaun Media SosialInstagram @intanladyana
TikTok

Kehidupan Peribadi

Intan Ladyana merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Beliau mempunyai darah kacukan peranakan Melayu dan Siam.

Status terkini, beliau sah bergelar isteri kepada pelakon dan pengacara TV, Harris Alif pada Februari 2021 yang lalu.

Pada majlis pernikahan itu, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian berserta tujuh dulang hantaran, manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Walaupun majlis tersebut berlangsung dengan sangat sederhana kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kedua-dua mempelai tetap meluangkan waktu bersama pihak media menerusi temu bual secara dalam talian.

Tiga tahun melayari bahtera rumah tangga, Haris dan Intan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja, 3 tahun dan Harris Umayr yang lahir pada April lalu.

intan ladyana
Kredit Instagram @intanladyana
Kredit Instagram @intanladyana

Kerjaya & Profesional

Karier Intan Ladyana mula bertapak dalam dunia model selepas beliau menyertai Pusingan Kedua Dewi Remaja 2005/2006 anjuran Majalah Remaja.

Beliau juga terpilih menjadi penghias muka depan majalah Remaja edisi keluaran 15 Jun 2005.

Kemunculan sulungnya sebagai pelakon bermula menerusi filem Tipah Tertipu The Movie (2006) lakonan kumpulan Ruffedge arahan pelakon dan pengarah Ahmad Idham.

Intan kini bergiat aktif dalam bidang penerbitan dan pengarahan melalui syarikat yang ditubuhnya pada 2018 iaitu Prisma Pictures Sdn Bhd.

Filem:

TahunTajukWatak
2006Tipah Tertipu The MovieTipah
2007Jangan Pandang BelakangRose / Suri
2008I’m Not SingleLisa
2009Jangan Pandang Belakang Congkak
2010Adnan SempitNadia
2010V3 Samseng JalananLisa
2011Kembar SiangAna / Ani
2011Flat 3AFiqah
2011Bini-Biniku GangsterRiana
2012Adnan Sempit 2Nadia
2012XArisa
2012Halim MunanSuriati
2012Apa Celop Toqq…Laila
2013Pada Suatu Cinta DahuluAzura
2013Kecoh Hantu Raya Tok Chai
2013Adnan Sempit 3Nadia
2013Aku Pilih KamuQesya
2013DampakQyra
2014Fobia Malam PertamaMoyang Zaty
2014Adnan Sempit SawadikapNadia
2015Abang LejenIntan
2015Hantu Bungkus Ikat TepiNadia
2015Misi Rayyan Dan Danish: Jangan Ambil Rumah KamiKatrina
2015Banglo BerkunciKesuma
2020Town MallMaria
2024Banglo Seksyen 12Dr. Saleha

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2007JelatangSuriaTV3
2007–2008PuteriNadiaTV3
2008Sutera MayaMaya KarinaTV3
2009Suria KasandraSuria KasandraTV3
2009Bio-NikAinaTV3
2009Jangan Pandang Belakang The SeriesRose / SuriTV2
2010Sepuluh
2010Adnan Semp-It The SeriesNadiaAstro Warna
2010Blogger BoyCindy8TV
2011Kekasihku PuyuBidasariTV3
2011TerowongNadiaTV3
2012Bini-Bini PerkasaRianaTV3
2012Beruk Tok AyahJunaidahTV3
2012Tanah Kubur (Musim 4)NinaAstro Oasis
2013Dewi LasakDewi SeriTV3
2013Fira AyuniRozitaTV3
2014Jika Itu TakdirkuSeri UmairahTV3
2014Dee The SeriesCikguAstro Ceria
2015QuddusTV2
2015Kampung Semarah PadiTV1
2017Semusim RinduHajar / NaniAstro Prima
2017DiaMichelleTV3
2019Rumah Siti KhadijahZaraTV3
2020Ironi KasihEmiliaTV3
2020U-Turn Ke SyurgaIndahAwesome TV
2020One Two HantuTV3
2020BougainvilleaAryannaAwesome TV
2021Hari Kita Jatuh CintaMariam SophiaTV Okey
2021Kelmarin CintaMilahTV3
2021Checklist Mr. RightSerenaTV3
2022Puteri ReunionNadiaTV3
2022Sayap BagimuIntanTV3
2023Derhaka Sebuah CintaKyraAstro Ria
2023Geng Daddy DaddyNadiraTV3

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2008Taxi DriverNTV7
2009Puaka Topeng PutihSuzyAstro Ria
2009Naik HantuAstro Ria
2009Kekasihku Is SetanAstro Ria
2009Tuah KembaliAstro Ria
2010Denai BerbisikAstro Ria
2010Madu SorokSaraTV3
2011Tunang Pak Lang Drebar Pak LangAstro Warna
2012Diari Suami 9 BulanTV3
2012Blueberry CafeMelatiTV1
2012Apa Dah JadiRitaAstro Warna
20137 Dulang Asam PedasTV1
2013Pengancam PerkahwinanAriannaAstro Ria
2013Adnan Sempit Balik RayaNadiaTV3
2013Mulut Murai TempayanZarinaAstro Maya HD
2014Misteri Bulan MaduHana / NinaUnifi TV
2014Gugurl PropaMeldaUnifi TV
2015Sayang Awak Sangat-SangatHana / NinaUnifi TV
2017Anda Telah Di PrankUnifi TV
2017Misi Papa AimanYatiTV3
2018Ustaz Evo The MovieAstro Warna
2019Anak SyurgaAzahTV3
2019Antara Dua DeruHanaTV2
2022Suri Rumah TerfeelingZahraAwesome TV
2023Surat Cinta Untuk JannahSharinaTV Alhijrah
2023Nur Tanpa CahayaNurTV2

Televisyen:

TahunTajukPerananSaluran TV
2006Hello MindaPengacaraTV1
2011ChoppTV9
2011Dimensi MuzikAstro
2017Sepahtu Reunion LiveChief Marshall LuluAstro Warna
2020Studio Drama SangatArtis JemputanTV3
2020TravGangPengacaraYoutube Mermaid Studios
2020MPopArtis JemputanTV3
2020Glam ke Ten’GlamAwesome TV
2020SinemaYouTube FINAS
2020The Sherry ShowTV3
2020Jenaka Kampung KalutTV3
2020Huru HaraUnifi TV
2021Raya Bersama Harris dan IntanDiri SendiriAstro Ria
2021Borak Dulu Baru BukaArtis JemputanTV1

Pencapaian Intan Ladyana

Sepanjang bergiat aktif dalam dunia seni, Intan Ladyana pernah dicalonkan dalam beberapa anugerah di Malaysia. Berikut adalah antaranya:

  • Festival Filem Malaysia ke-24 (2021), dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Bini-Biniku Gangster.
  • Anugerah Skrin 2012, dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem Flat 3A.
  • Anugerah Lawak Warna 2013, dalam kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem menerusi filem Adnan Sempit 2.
  • Angerah Lawak Warna 2014, dalam kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem menerusi filem Adnan Sempit 3.

Fakta Menarik Mengenai Intan Ladyana

  • Terpilih sebagai ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL) pada tahun 2012.
  • Pada tahun 2020, Intan telah diberi amanah oleh AG Nutrition sebagai Duta rasmi pertama produk kecantikan popular itu.
  • Pernah menjadi jurucakap bagi produk kecantikan Shurah.
  • Beliau pernah dikatakan menghilangkan diri dalam dunia seni kerana kurang aktif berlakon.
  • Sekitar Oktober lalu, nama Intan menjadi bualan ramai apabila tampil mengenakan hijab namun tidak berkongsi tentang penghijrahannya itu kepada umum.
  • Lebih selektif memilih watak dan jaga batasan kerana penampilan berhijab dan statusnya sebagai seorang ibu dan isteri.
  • Mengarahkan filem pertama yang bertajuk Banglo Seksyen 12 pada tahun 2024.
  • Pemilik syarikat penerbitan, Prisma Pictures Sdn Bhd.

Tahniah Intan Ladyana! Semoga anda anda terus maju jaya dalam bidang lakonan dan pengarahan yang diceburi untuk memajukan industri seni tanah air.

Sumber:

  1. Instagram @intanladyana
  2. Intan Ladyana Jaga Batasan. Berita Harian
Bantu kami share artikel ini: