IWK Online: Semakan & Cara Bayaran E-bill Indah Water Konsortium

Pihak Indah Water Konsortium (IWK) telah mewujudkan kemudahan E-bill bagi memudahkan pengguna membuat semakan dan membayar bil IWK secara dalam talian.

Dengan kemudahan ini, pengguna IWK tidak lagi perlu bersusuah payah untuk pergi ke cawangan IWK berdekatan untuk membuat pembayaran di kaunter.

Pengenalan Indah Water Konsortium

Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (dikenali sebagai Indah Water atau IWK) adalah syarikat air buangan dan sanitasi nasional Malaysia.

IWK adalah syarikat milik kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan yang memiliki tugas membangunkan dan memelihara sistem pembentungan yang moden dan efisien untuk kawasan Malaysia Barat.

Operasi dan pengurusannya disusun dengan baik mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Semakan E-bill IWK

bil indah water

Terdapat 3 kaedah untuk menyemak jumlah bil yang perlu dibayar kepada pihak IWK:

  • Portal E-bill IWK
  • Aplikasi IWK di Android
  • Aplikasi IWK di iOS

Semakan melalui portal E-bill IWK

Untuk menyemak bil Indah Water melalui portal IWK, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal E_bill IWK di pautan https://www.iwk.com.my/e-bill
  2. Sekiranya belum pernah mendaftar, daftar akaun baru dengan mengklik pautan “Register Now!”
  3. Masukkan butiran-butiran yang dikehendaki:
    • Sewage Account No
    • Email Address
    • Full Name / Company Name
    • IC / Passport No.
    • Contact Number
    • Verification Code
  4. Tandakan pada kota persetujuan dengan terma dan syarat
  5. Klik pada butang Register
  6. Setelah log masuk ke akaun anda, anda boleh melihat bil IWK yang perlu dibayar

Semakan melalui aplikasi Android

  • Muat turun aplikasi Indah Water dari Google Play
  • Log masuk ke akaun IWK anda. Sekiranya belum mempunyai akaun, sila daftar baru.
  • Pada bahagian menu, klik pada “Manage eBill” untuk melihat bil IWK anda

Semakan melalui aplikasi iOS

  • Muat turun aplikasi Indah Water dari App Store
  • Log masuk ke akaun IWK anda. Sekiranya belum mempunyai akaun, sila daftar baru.
  • Pada bahagian menu, klik pada “Manage eBill” untuk melihat bil IWK anda

Baca juga: Portal myTNB: Semak dan Bayar Bil TNB Secara Online

Bayaran E-bill Indah Water (IWK)

Secara umumnya terdapat beberapa cara unuk ada membayar bil Indah Water secara dalam talian

indah water online
  • Portal Pay-Bill IWK
  • Aplikasi IWK di Android
  • Aplikasi IWK di iOS
  • Perbankan Internet (JomPAY)

Bayaran melalu portal Pay-bill IWK

  • Layari halaman Pay-Bill IWK di pautan https://www.iwk.com.my/pay-bill
  • Masukkan No Akaun IWK anda
  • Klik pada butang Check Akaun Balance
  • Lakukan pembayaran secara dalam talian menggunakan salah satu kaedah pembayaran yang disediakan
  • Harap maklum bahawa amaun transaksi minima adalah RM1.00.

Bayaran melalui aplikasi IWK di Android

  • Muat turun aplikasi Indah Water dari Google Play
  • Log masuk ke akaun IWK anda. Sekiranya belum mempunyai akaun, sila daftar baru.
  • Pada bahagian menu, klik pada “Pay Bill”

Bayaran melalui aplikasi IWK di iOS

  • Muat turun aplikasi Indah Water dari App Store
  • Log masuk ke akaun IWK anda. Sekiranya belum mempunyai akaun, sila daftar baru.
  • Pada bahagian menu, klik pada “Pay Bil”

Bayaran melalui Perbankan Internet (JomPAY)

  1. Log masuk akaun bank pilihan anda seperti biasa (CIMB, Maybank, BSN, Bank Islam dll)
  2. Pilih Menu Pay & Transfer atau Pay Bills (bergantung pada menu bank masing-masing)
  3. PIlih JomPAY
  4. Pada bahagian Biller, masukkan Biller Code: 68502
    • Bagi Maybank dan BSN, ada boleh pilih Indah Water Konsortium dari senarai Payee
  5. Ref 1: Masukkan Nombor Akaun Pembentungan IWK
  6. Ref 2:: Masukkan no telefon atau alamat emel anda
  7. Masukkan jumlah amaun yang ingin dibayar
  8. Request TAC
  9. Masukkkan TAC dan lengkapkan pembayaran

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi IWK melalui saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!