idMe Murid: Cara Login Sistem Pengurusan Identiti 2025

idme murid
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

idMe Murid (idme.moe.gov.my) ialah sistem utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk ibu bapa dan pelajar membuat pendaftaran Tahun 1, akses pelbagai aplikasi pendidikan, serta mengemaskini maklumat murid dengan mudah dan selamat.

Pendek kata, ia merupakan pintu gerbang untuk log masuk Modul-modul Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).

Dalam panduan ini, kami kongsikan cara daftar idMe Murid, pendaftaran murid Tahun 1 idMe KPM, langkah log masuk serta kaedah kemaskini maklumat ibubapa/penjaga dan murid.

Mengenai idMe

idMe merupakan sistem yang menjadi repositori utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.

Menariknya, sistem ini merupakan merupakan pintu gerang untuk masuk ke Modul Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).

Maksud & Kepentingan Sistem idMe
Maksud & Kegunaan Sistem idMe

Setiap pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem.

Sistem ini juga menggunakan penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke idMe secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.

Kelebihan & Kepentingan idMe

Sistem ini mempunyai beberapa kelebihan serta memainkan peranan penting dalam pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antaranya:

1. Akses Tunggal Selamat (Single Sign-On/SSO): Pengguna (murid, ibu bapa, guru) boleh log masuk satu akaun untuk mengakses semua aplikasi utama KPM, termasuk pendaftaran Tahun 1, kemaskini data murid dan semakan keputusan peperiksaan.

2. Pusat Data Bersepadu: Semua maklumat pelajar, ibu bapa, dan guru dikumpulkan dalam satu sistem, memudahkan pengurusan tanpa perlu isi semula data berulang kali.

3. Keselamatan Data Tinggi: Sistem ini direka dengan piawaian keselamatan peringkat tinggi supaya maklumat peribadi terjamin dan pelbagai lapisan pengesahan.

4. Pengesahan Pengguna: Pengesahkan identiti pengguna sebelum mereka dapat mengakses sistem atau maklumat tertentu, mencegah akses tanpa kebenaran. 

5. Proses Pendaftaran dan Kemaskini Lebih Mudah: Kaedah daftar online melalui idMe sangat memudahkan ibu bapa/penjaga untuk urusan pendaftaran Tahun 1 serta kemaskini maklumat anak tanpa perlu hadir ke sekolah.

6. Kemudahan Pentadbiran: Maklumat murid yang sentiasa dikemaskini membolehkan guru serta pentadbir melakukan pengurusan data dengan cepat dan cekap.

7. Memudahkan Semakan dan Pengesahan: Mudah untuk menyemak status permohonan, maklumat murid, dan mengesahkan data melalui satu sistem yang sama.

8. Sokong Usaha Digitalisasi Pendidikan: idMe menunjukkan komitmen Malaysia dalam memperkasa transformasi digital dalam pendidikan, selari dengan kehendak dan cabaran semasa.

9. Pemantauan dan Penambahbaikan: Pemantauan daripada KPM secara berterusan dan membuat penambahbaikan untuk memastikan sistem berfungsi dengan baik.

10. Penyelesaian Masalah: Menyediakan panduan untuk menyelesaikan masalah log masuk yang mungkin dihadapi oleh pengguna. 

    ApaYang Boleh Diakses Melalui idMe KPM?

    Sistem ini boleh diakses menerusi platform ini adalah seperti berikut:

    • Pengurusan Awam
    • Pengurusan Murid
    • Pengurusan Institusi
    • Pengurusan Pentaksiran
    • Pengurusan Guru
    • Penubuhan dan Pendaftaran Institusi

    Kategori Pengguna idMe KPM

    idMe merupakan sistem pengurusan identiti yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyokong keperluan pelbagai kumpulan pengguna, iaitu:

    • Pelajar: Akses kepada platform pembelajaran dan sumber akademik
    • Ibu Bapa dan Penjaga: Pendaftaran anak dan pemantauan kemajuan pendidikan
    • Guru dan Pentadbir Sekolah: Akses kepada sistem pengurusan sekolah dan sumber pendidikan rasmi melalui satu akaun log masuk sahaja (SSO – Single Sign-On).
    • Kakitangan Kementerian, Agensi dan Institusi Swasta: Integrasi dengan sistem pendidikan kebangsaan.
    • Orang Awam (Tertentu): Untuk modul tertentu yang dibenarkan, idMe turut boleh diakses oleh orang awam berdasarkan kelulusan daripada pihak KPM.

    Setiap pengguna akan diberikan peranan tersendiri dalam sistem, dan hanya akan dapat mengakses modul tertentu yang berkaitan dengan peranan tersebut. Ini bagi memastikan keselamatan data dan ketelusan dalam penggunaan sistem.

    Semua kategori pengguna di atas boleh mendaftar secara atas talian menggunakan nombor kad pengenalan serta emel aktif.

    idMe membolehkan akses kepada Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)

    Cara Daftar dan Log Masuk idMe Murid

    cara login idMe Murid
    Paparan log masuk dan daftar baru Sistem idMe
    1. Layari Portal Rasmi idMe KPM di https://idme.moe.gov.my/login.
    2. Pilih “Daftar Baru” bagi pengguna yang belum mempunyai akaun.
    3. Lengkapkan borang pendaftaran dengan maklumat seperti nombor MyKad/IC, alamat emel yang sah, nama penuh, dan lain-lain maklumat wajib. Pastikan data dimasukkan dengan tepat.
    4. Semak emel anda untuk pautan pengesahan (verification link) daripada sistem idMe. Klik pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun anda.
    5. Anda akan menerima kata laluan sementara melalui emel. Gunakan ID pengguna (nombor IC atau ID yang didaftarkan) dan kata laluan sementara tersebut untuk log masuk kali pertama ke portal.
    6. Log masuk kali pertama dan tukar kata laluan. Gunakan ID pengguna dan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama, kemudian tukar kepada kata laluan baru yang lebih selamat.

    Selesai.

    Langkah Pendaftaran Murid Tahun 1 Melalui idMe
    Langkah Daftar dan Log Masuk idMe

    NOTA: Hanya ibu bapa/penjaga SAH sahaja yang dibenarkan mendaftarkan anak.

    Pendaftaran Murid Tahun 1 idMe

    Untuk murid yang ingin memohon kemasukan Tahun 1 di sekolah-sekolah di bawah KPM, permohonan pendaftaran murid Tahun 1 mestilah dibuat menerusi sistem idMe KPM ini:

    1. Sila layari portal idMe KPM di https://idme.moe.gov.my/login
    2. Sekiranya belum mempunyai akaun, anda boleh klik “Daftar Baru.”
    3. Sekiranya suda mempunyai akaun, anda boleh masukkan ID PENGGUNA dan klik butang “Daftar Masuk”
    4. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
    5. Klik Permohonan Baharu untuk membuat pendaftaran murid Tahun 1
    6. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
    7. Lengkapkan maklumat berikut:
      • Maklumat murid
      • Maklumat kesihatan
      • Maklumat penjaga
    8. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
    9. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
    10. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
    11. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
    12. Status permohonan pendaftaran murid Tahun 1 akan dipaparkan.
    13. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

    Manual Pengguna pendaftaran murid Tahun 1 boleh dimuat turun melalui pautan berikut: tinyurl.com/manualdaftartahunsatu.

    Atau, rujuk video tutorial pendaftaran murid Tahun 1 idMe KPM yang dikongsikan di bawah:

    Video Tutorial: Langkah Pendaftaran Murid Tahun 1 idMe KPM

    BACA JUGA: Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 KPM (idme.moe.gov.my)

    Cara Kemaskini Maklumat Ibubapa/Penjaga & Murid

    Untuk mengemaskini maklumat Ibubapa/Penjaga & Murid menerusi sistem IidMe KPM ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

    1. Layari portal https://idme.moe.gov.my/login
    2. Masukkan nombor Kad Pengenalan (KP) ibu bapa atau penjaga dan kata laluan.
    3. Di bahagian menu kiri skrin, klik “Aplikasi”.
    4. Klik “Pengurusan Awam” dari senarai aplikasi yang dipaparkan.
    5. Klik ikon “Pengurusan Profil” untuk mengakses sistem pengemaskinian maklumat.
    6. Isi semua maklumat dengan betul.
    7. Klik “Pengesahan” setelah semua maklumat diisi.
    8. Klik “Simpan” untuk memastikan data baharu dikemas kini.
    9. Mesej pengesahan akan dipaparkan menyatakan “Maklumat Profil Berjaya Dikemaskini” dan klik “Ok.” 

    Selesai! Maklumat murid telah berjaya dikemaskini dalam sistem idMe. Pastikan anda menyemak semula setiap maklumat yang diubah untuk mengelakkan sebarang kesilapan.

    Ringkasan:

    Login idME —> Aplikasi —> Pengurusan Awam —> Pengurusan Profil —> Kemaskini Maklumat Peribadi, Alamat, Pasangan, Anak Jagaan >> Klik butang SIMPAN dan PENGESAHAN MAKLUMAT.

    Video Tutorial : Cara Kemaskini Maklumat Murid / Anak Jagaan

    i) Alamat

    ii) Maklumat Ibu Bapa

    iii) Maklumat Kesihatan Anak

    Anda juga boleh rujuk video-video panduan manual idMe berikut: Manual Pengguna Pengurusan Awam

    BACA JUGA: Kemaskini idMe MOEIS KPM & Pengesahan Maklumat Murid

    Kepentingan Mengemaskini Maklumat Murid

    Mengemaskini maklumat murid dalam sistem idMe Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah sangat penting kerana:

    1. Sokongan kepada transformasi digital pendidikan Malaysia: Kemaskini maklumat adalah salah satu langkah penting untuk memperkasakan penggunaan teknologi dalam pendidikan, memudahkan interaksi antara pengguna seperti pelajar, guru, dan ibu bapa.

    2. Memastikan data pelajar tepat dan terkini bagi keperluan pendaftaran, pengurusan akademik, dan pentadbiran sekolah. Data yang lengkap dan betul memudahkan urusan pendaftaran Tahun 1, menerima bantuan, dan program lain secara online.

    3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan pendidikan digital melalui sistem bersepadu MOEIS yang menggunakan idMe sebagai identiti tunggal (Single Sign-On). Dengan data yang dikemas kini, guru dan pentadbir dapat mengakses maklumat murid dengan lebih cepat dan tepat untuk tujuan penilaian, pemantauan, dan pelaporan.

    4. Memastikan keselamatan dan privasi data terjamin kerana pengemaskinian membolehkan sistem mengesahkan identiti sebenar dan menolak maklumat yang salah atau lapuk.

    5. Memudahkan ibu bapa dan penjaga untuk mengurus dan memantau perkembangan pendidikan anak-anak melalui akses ke aplikasi KPM dengan akaun idMe yang sentiasa dikemas kini.

    6. Meminimakan kesilapan dan kelewatan dalam proses pendaftaran sekolah, pengeluaran keputusan peperiksaan, dan komunikasi rasmi lain dari pihak sekolah atau kementerian.

    Lupa Kata Laluan idMe

    Berikut adalah panduan terperinci dan jelas mengenai langkah-langkah untuk mengatasi masalah lupa kata laluan idMe dan cara menetapkan semula kata laluan bagi pengguna sistem idMe Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

    1. Layari Portal Rasmi idMe

    Pergi ke laman rasmi idMe KPM di pautan berikut: https://idme.moe.gov.my/login.

    2. Klik Pada “Lupa Kata Laluan?”

    Di halaman log masuk, cari dan klik pautan “Lupa Kata Laluan?” yang biasanya terletak di bawah ruang isian kata laluan.

    3. Masukkan Maklumat Pengesahan

    Anda akan diminta untuk memasukkan maklumat pengenalan diri bagi tujuan pengesahan akaun, biasanya termasuk:

    • ID Pengguna (Nombor MyKad/IC) yang didaftarkan dalam sistem idMe,
    • Alamat Emel yang didaftarkan pada akaun idMe.

    Pastikan anda memasukkan data yang tepat supaya sistem dapat mengenal pasti akaun anda.

    4. Sahkan Melalui Captcha

    Untuk memastikan anda bukan robot, lengkapkan pengesahan captcha yang dipaparkan.

    5. Terima Mesej Pengesahan melalui Emel

    Setelah maklumat dimasukkan dan disahkan, anda akan menerima satu emel pengesahan di alamat emel yang didaftarkan. Emel tersebut mengandungi pautan khas untuk menetapkan semula kata laluan akaun anda.

    6. Klik Pautan Reset Kata Laluan

    Buka emel tersebut dan klik pada pautan yang disediakan. Pautan ini akan membawa anda ke halaman reset kata laluan idMe.

    7. Tetapkan Kata Laluan Baru

    Pada halaman reset, anda perlu memasukkan kata laluan baru yang kuat dan memenuhi syarat keselamatan untuk menetapkan semula kata laluan idMe anda, contohnya:

    • Panjang sekurang-kurangnya 8 aksara
    • Gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol (jika ada)
    • Elakkan menggunakan maklumat mudah diteka seperti tarikh lahir atau nama

    Masukkan kata laluan baru sekali lagi sebagai pengesahan.

    8. Sahkan dan Simpan

    Setelah kata laluan baru dimasukkan dengan betul, klik butang Simpan atau Hantar untuk mengemas kini password akaun idMe.

    Jika berjaya, anda akan menerima pengesahan bahawa kata laluan telah ditukar.

    9. Log Masuk Semula dengan Kata Laluan Baru

    Kembali ke laman log masuk idMe (https://idme.moe.gov.my/login) dan masukkan ID pengguna dan kata laluan baru untuk mengakses akaun.

    NOTA:

    • Gunakan pelayar web terkini dan sambungan internet yang stabil ketika melakukan proses reset kata laluan.
    • Pastikan emel yang didaftarkan dalam idMe adalah aktif dan sentiasa boleh diakses, kerana semua notifikasi dan langkah reset bergantung kepada emel tersebut.
    • Jika anda tidak menerima emel reset selepas beberapa minit, periksa juga folder spam/junk dalam emel anda.
    • Sekiranya anda tidak lagi mempunyai akses kepada emel yang didaftarkan atau menghadapi masalah teknikal lain, disarankan menghubungi pentadbir sekolah atau sokongan teknikal KPM (melalui alamat emel [email protected] atau talian bantuan sekolah).

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut, info terkini dan sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke:

    Kementerian Pendidikan Malaysia,
    Bahagian Pengurusan Maklumat,
    Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

    Rujuk Manual Pengguna idMe:

    Soalan Lazim (FAQ)

    Rujuk soalan-soalan lazim mengenai Sistem idMe Murid di bawah:

    1. Di manakah saya boleh daftar akaun idMe?

    Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian di portal rasmi KPM: https://idme.moe.gov.my/login.

    2. idMe sama dengan DELIMa ke?

    Tidak. idMe ialah sistem pengurusan identiti (identity management system) yang digunakan untuk pendaftaran akaun dan sebagai satu akaun log masuk (Single Sign-On) bagi pelajar, ibu bapa, guru, dan pentadbir ke semua aplikasi KPM. Manakala, DELIMa ialah platform pembelajaran digital yang menyediakan bahan dan aktiviti pembelajaran atas talian. Pengguna perlu menggunakan akaun idMe untuk log masuk ke DELIMa.

    3. Bolehkah saya menguruskan lebih daripada satu anak di bawah satu akaun ibu bapa?

    Ya, sistem membenarkan ini selagi dokumen dan data adalah sah dan application status telah disahkan.

    4. Adakah semua murid wajib daftar idMe?

    Ya. Bermula tahun 2024, semua murid di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dikehendaki mendaftar dalam sistem idMe untuk tujuan pendaftaran sekolah, pengurusan data, dan akses ke pelbagai aplikasi pendidikan rasmi KPM.

    5. Apakah yang perlu dilakukan jika lupa kata laluan idMe?

    Gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” di portal rasmi idMe dan ikuti arahan yang dihantar ke emel anda untuk reset kata laluan.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut

    Artikel berkaitan: