FSA2 – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (Pinjaman Cagaran KWSP)

Lanjutan daripada pengumuman Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan ahli membolehkan pengeluaran bersyarat KWSP ahli yang berusia bawah 55 tahun.

Menerusi perkhidmatan ini, satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan bantuan kewangan melalui pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kemudahan ini.

Pinjaman Cagaran KWSP 2023 @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Simpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Permohonan awal ini akan membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun, tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

fasiliti sokongan kwsp pengeluaran bersyarat kwsp

Kadar Faedah Pinjaman Cagaran KWSP

Pinjaman cagaran KWSP ini ditawarkan dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) adalah antara 4% – 5%, iaitu lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu 8% – 15%.

Jumlah Pembiayaan Maksimum

Tambah KWSP, jumlah pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada RM50,000 tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

Syarat Permohonan

  1. Ahli KWSP warganegara Malaysia yang berumur
    40 – 54 tahun (Fasa 1)
  2. Warganegara Malaysia
  3. Permohonan adalah sekali sahaja
  4. Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan
  5. Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelak
  6. Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP
  7. Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000
  8. Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli
  9. Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon

Nota: Ahli hendaklah menjalani Penilaian Kesedaran Kewangan dengan institusi perbankan sebelum membuat keputusan untuk mengambil pembiayaan peribadi. Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan perundingan lanjut melalui perkhidmatan Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.

fasiliti sokongan kwsp pengeluaran bersyarat kwsp

Fasa Pelaksanaan Pinjaman Cagaran KWSP 2023 @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Fasiliti pinjaman bersyarat KWSP ini akan dilaksanakan dalam 2 fasa, di mana Fasa Pertama dibuka kepada ahli yang berumur 40 tahun ke atas. Ini kerana tempoh maksimum pembiayaan peribadi di bawah fasiliti ini adalah 10 tahun, dan bagi melayakkan Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dibuat, hanya ahli berumur 40 tahun ke atas sahaja yang boleh menyertai fasiliti ini buat masa ini.

Contoh: Jika ahli memohon pinjaman bersyarat KWSP ini pada umur 40 tahun, maka pembiayaan peribadi ini akan matang apabila ahli berumur 50 tahun, seterusnya ahli boleh membuat Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun.

Fasa Kedua pula akan dibuka kepada ahli di bawah umur 40 tahun setelah semua perkara berkaitan terma dan syarat berkaitan pembiayaan peribadi tersebut telah dimuktamadkan oleh semua pihak yang terlibat.

Tarikh Permohonan

Bermula 7 April 2023.

Semakan Kelayakan

Lawati https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak status kelayakan serta dapatkan maklumat lanjut mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 bermula 5 April 2023.

semakan kelayakan FSA2 kwsp

Cara Permohonan

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Buat masa ini, 2 yang bank menyediakan kemudahan pinjaman itu iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank.

KWSP mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan.

Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

  1. Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;
  2. Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan;
  3. Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Bermula 5 April 2023, ahli boleh melawat https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon, serta soalan-soalan lazim berserta jawapan berkenaan fasiliti ini

NOTA PERMOHONAN:

i) Ahli perlu mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit bagi tujuan penghantaran Transaction Authorisation Code (TAC) oleh KWSP bagi mengesahkan identiti ketika melakukan transaksi.

ii) Permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah dibuat secara dalam talian melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

fasiliti sokongan kwsp

Apakah kesan kepada ahli yang membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun?

Setelah permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun diluluskan oleh KWSP, maka:

  • i) Amaun tersebut berserta dividen terkumpul akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran di antara umur 50 tahun hingga 55 tahun (seperti yang dipilih oleh ahli); dan
  • ii) Ahli boleh membuat pengeluaran pra-persaraan lain tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak amaun Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Cara Pengiraan Amaun Kelayakan

Amaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya.

Ilustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:


Ahmad
RitaSara
Baki simpanan Akaun 2RM70,000RM3,000RM7,500
Amaun permohonan pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskanRM10,000TiadaRM5,500
Amaun kelayakan awalRM50,000Had maksimum pembiayaan adalah RM50,000RM3,000RM0Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun RM3,000

Walau bagaimanapun, amaun bagi pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.

Cara Semak Baki Akaun 2 KWSP

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan Akaun 2 melalui:

i) i-Akaun (Ahli) / Aplikasi mudah alih i-Akaun; atau

ii) Self Service Terminal (SST) di mana-mana cawangan KWSP

Soalan Lazim Pengeluaran Bersyarat KWSP 2023 @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Soalan lazim Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP (Sumber lampiran dari BERNAMA).

pengeluaran bersyarat kwsp FSA2
pengeluaran bersyarat kwsp FSA2
pengeluaran bersyarat kwsp FSA2

Maklumat lanjut boleh didapati melalui hebahan rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!