PERMOHONAN HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (HPIPT) TAHUN 2026 DIBUKA BERMULA 15 MAC 2026 – 14 APRIL 2026. Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bantuan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah. Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://ehpipt.selangor.gov.my/hpipt/register atau imbas QR CODE tertera untuk semakan syarat permohonan dan pendaftaran. Segala pertanyaan sila hubungi urusetia di talian: 03-5521 2515
Berikut dikongsikan panduan permohonan.

Pengenalan HPIPT 2026
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bantuan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah. Bantuan ini khusus untuk pelajar tahun pertama yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan, dari peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda.
Syarat Kelayakan HPIPT 2026
Berikut senarai syarat kelayakan terkini untuk memohon HPIPT 2026 ini. Antaranya:
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
(i) Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun. - Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja*.
- Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
- Pemohon adalah pelajar tahun pertama sahaja.
- Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Pendapatan isi rumah Ibu, Bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja.
- Setiap permohonan hanya layak dibayar sekali sahaja, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma.
- Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.
- *Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan / Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.

Cara Permohonan HPIPT 2026
Permohonan HPIPT 2026 boleh dibuat secara online di laman web http://ehpipt.selangor.gov.my/hpipt/register

Permohonan HPIPT tahun 2026 akan bermula pada 15 Mac – 14 April 2026. Permohonan yang dilakukan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Permohonan hanya secara online dan tiada sebarang serahan dokumen secara fizikal di kaunter HPIPT
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim HPIPT 2026
Tidak. Syarat utama mestilah warganegara Malaysia.
Tidak. Hanya pemastautin tetap (PR) yang telah mendapat kewarganegaraan dengan memegang Kad Pengenalan Biru sahaja layak dipertimbangkan.
Boleh dengan syarat pemohon, ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun dan pemohon telah bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun.
Untuk makluman, semakan bagi syarat kelayakan permohonan adalah berdasarkan dokumen yang telah dikemukakan kepada urus setia HPIPT. Sekiranya pemohon, ibu dan bapa menetap di Selangor, pemohon hendaklah mengemukakan bukti seperti Borang Pemastautin dan Bil Air/ Bil Elektrik/ Cukai Pintu / Tanah yang boleh menyokong permohonan tersebut.
Pemohon telah mendaftar di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sijil Kemahiran Tahap 4 secara sepenuh masa dan merupakan pelajar tahun pertama sahaja boleh membuat permohonan HPIPT. Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan HPIPT, sila layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/.
Tidak. Pelajar tahun pertama bermaksud telah cukup tempoh satu tahun pengajian. (Contoh, jika pemohon telah mendaftar diri pada sesi Julai tahun 2018, pemohon hanya layak membuat permohonan HPIPT sehingga Julai tahun 2019 sahaja dalam tempoh permohonan HPIPT dibuka).
Tidak. Pemohon merupakan pelajar IPTA atau IPTS yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja diterima. Selain itu, pemohon yang belajar di Kolej Vokasional dan tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia juga tidak layak memohon.
Tidak, pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam (6) bagi peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia adalah tidak layak memohon.
Tidak. Pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi kerajaan yang mendapat elaun bulanan seperti Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Kejururawatan adalah tidak layak memohon.
Tidak. Pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi / Kursus Persediaan / Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI) / Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Pengajian Luar Kampus (PLK) adalah tidak layak memohon.
Tidak. Pemohon hanya layak membuat permohonan sekali sahaja sekiranya telah berjaya.
Pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah di kira berdasarkan gaji pokok.
Bagi permohonan yang telah diluluskan, bayaran akan dibuat secara berperingkat.
Keputusan yang dipaparkan adalah kekal dan muktamad. Semakan kelulusan dikategorikan sebagai tidak lulus berdasarkan beberapa alasan berikut:
a) Pemohon tidak memenuhi syarat – syarat kelayakan.
b) Pemohon tidak memberikan dokumen sokongan yang lengkap seperti berikut:
i. Dokumen sokongan yang di muatnaik di dalam portal tidak jelas dan tidak boleh dibaca;
ii. Pengesahan dan cop rasmi oleh pihak institusi pengajian (IPT) bukan daripada pihak berkenaan;
iii. Pengesahan permastautin dan pengesahan pendapatan ibu bapa atau penjaga tidak lengkap dan cop pengesahan adalah bukan dari pihak yang dibenarkan seperti yang dimaklumkan di dalam borang.
Kelulusan yang dipaparkan di portal HPIPT adalah kekal dan muktamad. Permohonan yang lengkap dan menepati syarat sahaja yang akan diutamakan.
Untuk maklumat lanjut berkaitan HPIPT 2026, sila layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/.
Baca juga: idMe KPM – Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026




