Cuti sekolah nak pergi mana? Kalau masih tercari-cari destinasi yang berfaedah, meriah dan sesuai untuk seisi keluarga, Hari Terbuka Putrajaya 2026 adalah jawapannya.
Jom kita meriahkan Kompleks Perbadanan Putrajaya sempena Hari Terbuka Putrajaya @ Putrajaya Open Day (POD2026) yang kembali dengan pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat untuk orang ramai.
Menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan, POD menampilkan pengisian utama berupa reruai daripada pelbagai kementerian dan agensi, sekali gus memudahkan pengunjung untuk berinteraksi secara terus serta mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai program, inisiatif dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang aktiviti dan acara menarik yang akan berlangsung di sana.

Pengenalan Hari Terbuka Putrajaya 2026
Hari Terbuka Putrajaya ialah sebuah acara tahunan ikonik yang dianjurkan khusus untuk mendekatkan perkhidmatan kerajaan dan swasta kepada orang ramai dalam satu platform yang mudah diakses.
Acara ini pertama kali diadakan pada tahun 2022 bagi meraikan dua peristiwa penting negara, iaitu Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari serta Ulang Tahun Penubuhan Perbadanan Putrajaya (PPj) pada 1 Mac.
Bagi penganjuran Hari Terbuka Putrajaya 2026 (POD2026), acara ini bukan sahaja dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan sokongan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), malah turut dijayakan melalui kerjasama pelbagai rakan strategik.
Antaranya termasuk kementerian, agensi kerajaan, syarikat swasta, institusi perbankan, syarikat telekomunikasi (telco), serta industri lain seperti syarikat hartanah dan pelancongan.
Objektif utama Hari Terbuka Putrajaya adalah untuk memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta secara lebih mudah, pantas dan efisien dalam satu lokasi.
Melalui acara ini, orang awam tidak perlu lagi berkunjung ke pelbagai agensi atau pejabat kerajaan secara berasingan, sekali gus menjimatkan masa dan memudahkan urusan harian.
Pengiktirafan PAJSK Kebangsaan Untuk Murid Sekolah
Menariknya, murid sekolah boleh menerima PAJSK Penglibatan III Peringkat Kebangsaan kepada pelajar-pelajar yang hadir ke reruai KPM di Hari Terbuka Putrajaya 2026 ini.


Jadi mana yang berdekatan, bolehlah bawa anak-anak pergi ke sini. Jangan lupa ambil gambar anak pada mana-mana banner atau papan tanda berkaitan aktiviti ini. Simpan gambar dan boleh hantarkan bukti gambar kepada guru kelas semasa pengisian PAJSK nanti
Peta Lokasi Putrajaya Open Day 2026
PETA LOKASI DAN JADUAL AKTIVITI SEMPENA HARI TERBUKA PUTRAJAYA @ PUTRAJAYA OPEN DAY 2026
Buat pengunjung POD 2026, pastikan anda merujuk poster layout setiap zon yang disediakan dan jadual penuh aktiviti setiap pentas bagi memudahkan perjalanan anda dan jangan lepaskan peluang untuk menjelajah kesemua pameran dan jualan menarik nanti ok!

POD2026 kali ini menghimpunkan 13 zon secara keseluruhan yang menampilkan pameran agensi kerajaan dan swasta, jualan usahawan, zon F&B, aktiviti keluarga, e-sukan serta pelbagai tarikan interaktif untuk semua lapisan masyarakat.
- Zon 1 – Malati / Siantan
- Zon 2 – Lorong Dapur Berasap
- Zon 3 – E-Sukan
- Zon 4 – Jualan Bunga Raya
- Zon 5 – Dunia Hobi
- Zon 6 – Reruai Perkhidmatan PPJ
- Zon 7 – Pentas Utama
- Zon 8 – Outdoor Village
- Zon 9 – Jualan Pertanian
- Zon 10 – Zoo / Haiwan Awet / Rumah Hantu
- Zon 11 – Kementerian / Hartanah / Telekomunikasi / Bank, The Biggest Tourism Putrajaya / Beauty & Wellness / Pameran Agensi Kerajaan & Swasta
- Zon 12 – Fantastic Food Festival
- Zon 13 – Mayapada Kopi
- Zon 14 – Jualan Rahmah
Terdapat pelbagai reruai pameran & jualan barangan mainan dan kenangan dibawakan khas di Zon 13 Hari Terbuka Putrajaya 2025 (POD2026) untuk anda.
Antaranya Promosi Portal Eksplorasi Negarawan, Pameran Keselamatan Jalan Raya, Jualan produk SUKA AADK, Konsultasi Pendidikan & TVET, Virtual Football Pro League 2026 (11v11), dan banyak lagi.
Jadual Acara & Aktiviti Menarik Hari Terbuka Putrajaya 2026
Jadual Aktiviti Hari Pertama 29 Januari 2026 (Khamis)

Jadual Aktiviti Hari Kedua 30 Januari 2026 (Jumaat)

Jadual Aktiviti Hari Ketiga 31 Januari 2026 (Sabtu)

Jadual Aktiviti Hari Keempat 1 Februari 2026 (Ahad)

Tarikh & Waktu Operasi
- Tarikh : 29 Januari – 1 Februari 2026 (Khamis – Ahad)
- Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
- Tempat : Persiaran Perdana, Presint 3 & Kompleks Perbadanan Putrajaya
Makluman Penutupan Jalan
MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA HARI TERBUKA PUTRAJAYA 2026
Sila rujuk notis penutupan jalan berikut untuk memudahkan anda merancang perjalanan ke POD 2026.

Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati memandu dan memperlahankan kenderaan serta mematuhi arahan petugas.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini berkenaan Hari Terbuka Putrajaya 2026, sila ikuti saluran berikut:
- Facebook : Perbadanan Putrajaya
- Tiktok : Perbadanan Putrajaya
- Portal Rasmi Perbadanan Putrajaya : https://www.ppj.gov.my/
- Hotline : 03-8887 7000
Soalan Lazim – Hari Terbuka Putrajaya 2026
Hari Terbuka Putrajaya 2026 atau Putrajaya Open Day (POD2026) merupakan acara tahunan berskala besar yang dianjurkan bagi menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta di satu lokasi. Program ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat serta berurusan secara terus dalam suasana santai dan mesra keluarga, sekali gus sesuai dijadikan aktiviti cuti sekolah.
POD2026 dijadualkan berlangsung selama empat hari bermula 29 Januari hingga 1 Februari 2026, merangkumi hari Khamis hingga Ahad.
Sepanjang penganjuran, pengunjung boleh hadir dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari.
Acara ini akan berlangsung di sekitar Persiaran Perdana, Presint 3 serta Kompleks Perbadanan Putrajaya.
POD2026 dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan sokongan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) serta penglibatan pelbagai pihak lain seperti kementerian, agensi kerajaan, sektor swasta, institusi kewangan, syarikat telekomunikasi, hartanah dan industri pelancongan.
Penganjuran acara ini bertujuan memudahkan orang ramai mengakses pelbagai perkhidmatan dan maklumat penting di satu tempat, tanpa perlu mengunjungi banyak pejabat atau agensi berasingan, sekali gus menjimatkan masa dan tenaga.
Antara pengisian utama POD2026 ialah kehadiran reruai pelbagai kementerian dan agensi, pameran perkhidmatan, jualan usahawan, zon makanan, aktiviti keluarga, e-sukan serta pelbagai tarikan interaktif untuk pengunjung dari semua peringkat umur.
POD2026 terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk keluarga, pelajar, penjawat awam, usahawan dan pelancong. Program ini sangat sesuai dijadikan destinasi pilihan semasa cuti sekolah.
Maklumat terkini boleh diperoleh melalui saluran rasmi Perbadanan Putrajaya seperti Facebook, TikTok, laman web rasmi PPj atau dengan menghubungi talian hotline yang disediakan.
Ya. Pengunjung digalakkan merujuk peta lokasi setiap zon dan jadual aktiviti yang disediakan bagi memudahkan pergerakan serta memastikan tiada aktiviti menarik yang terlepas.
Baca juga:




