Hari Pekerja 2026 disambut pada 1 Mei 2026, sama seperti setiap tahun sama ada di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Di Malaysia, sambutan Hari Pekerja Kebangsaan diadakan setiap tahun pada 1 Mei di lokasi yang berbeza.
Hari Pekerja disambut bagi menghargai golongan pekerja yang telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.
Nak tahu, lokasi dan aktiviti sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026?
Rujuk info penuh di bawah.
Ringkasan Sambutan Hari Pekerja 2026
- Hari Pekerja di Malaysia disambut pada 1 Mei 2026 (Jumaat).
- Tema Hari Pekerja pada tahun ini adalah “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”.
- Lokasi sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan ialah di Unifi Arena, Bukit Jalil.
Apa Itu Hari Pekerja? – Sejarah
Sejarah Hari Pekerja diwujudkan bagi memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja ketika revolusi industri berkembang pesat di Barat.
Perkembangan ekonomi Barat yang bergantung harap kepada pemodal kapitalis (pemilik kilang) menjadikan kerajaan lemah kerana membiarkan pasaran mengatur dirinya sendiri menerusi amalan ‘laissez faire’ yang menghalang campur tangan aktif kerajaan dalam aktiviti ekonomi dan pasaran.
Akibatnya, pemodal menguasai ekonomi dan mengambil kesempatan ke atas pasaran buruh dengan mengeksploitasi mereka supaya bekerja lebih masa dengan kadar upah yang rendah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan.
Ketika itu, buruh dipaksa bekerja 16 jam sehari dan malah di sesetengah tempat, ada buruh yang bekerja sehingga 19 jam sehari, tanpa cuti.
Perkara ini makin serius apabila pemodal sanggup menggunakan buruh wanita dan kanak-kanak sehinggakan ia menjadi biasa dan berleluasa tanpa sebarang kawalan daripada kerajaan.
Disebabkan itu, para buruh terutamanya pekerja kilang bangkit mendesak supaya hak pekerja dijaga bermula dengan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut menuntut hak, iaitu lapan jam bekerja sehari dan cuti rehat seminggu sekali, di samping turut dibayar upah yang setimpal.

Di peringkat awal, demonstrasi ini dianjurkan oleh kesatuan sekerja dan parti politik yang menyebelahi mereka, tetapi lama kelamaan ia menjadi arus perdana apabila kerajaan pula turut sama menganjurkannya.
Kemuncak kepada perjuangan buruh itu sudah tentulah dikaitkan dengan Rusuhan Haymarket (Haymarket Affair) di Chicago, Amerika Syarikat pada 4 Mei 1886.
Mogok aman para pekerja yang berhimpun untuk menuntut hak-hak mereka berakhir dengan keganasan dan tragedi berdarah yang membawa kepada kematian.
Tragedi inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau May Day (sambutan Hari Mei) yang kemudiannya menetapkan 1 Mei sebagai Hari Buruh.
Hari Pekerja ialah Cuti Umum
Di Malaysia, hak setiap pekerja dilindungi oleh Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang bertujuan meningkatkan dan menambah baik perlindungan serta kebajikan golongan pekerja. Â
Terdapat 5 hari cuti yang wajib maijkan berikan kepada pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 iaitu:
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Negeri atau Hari Wilayah di Wilayah Persekutuan
- Hari Pekerja (1 Mei)
- Hari Kebangsaan (31 Ogos)
- Hari Malaysia (16 September)
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/25987/makna-sebenar-hari-pekerja
Tarikh & Lokasi Sambutan Hari Pekerja 2026
Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 akan diadakan di:
- Tempat: Unifi Arena, Bukit Jalil
- Tarikh: 1 Mei 2026 (Jumaat)
- Waktu: 8.30 pagi

Sambutan Hari Pekerja 2026 ini dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk menghargai sumbangan pekerja, majikan, kesatuan skerja dan media
Tema Sambutan Hari Pekerja 2026 Di Malaysia
Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan tema sambutan Hari Pekerja pada tahun ini adalah “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”
Logo Hari Pekerja 2025 pula adalah bertepatan dengan penjenamaan semula Kementerian Sumber Manusia kepada KESUMA.

Sambutan Hari Pekerja 2026 membawa aspirasi untuk memperkasa tenaga kerja Malaysia agar lebih berdaya tahan, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Ia mencerminkan usaha berterusan dalam memastikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial, selaras dengan visi negara ke arah pembangunan yang mampan dan inklusif.
Melalui sambutan ini, seluruh rakyat Malaysia diajak untuk menghargai peranan setiap pekerja dalam membina sebuah negara yang progresif, adil dan makmur.
Aktiviti Utama Sambutan Hari Pekerja 2026
Berikut ialah senarai aktiviti utama dalam Sambutan Hari Pekerja 2026 peringkat kebangsaan:
| PROGRAM | TARIKH | LOKASI |
| PERHIMPUNAN MEGA | 1 MEI 2026 | UNIFI ARENA, BUKIT JALIL |
| KHUTBAH JUMAAT KHAS | 1 MEI 2026 | SELURUH NEGARA |
| KHUTBAH JUMAAT / AGAMA LAIN | 1 MEI 2026 | SELURUH NEGARA |
| MEGA KARNIVAL KERJAYA & KEMAHIRAN | 1-3 MEI 2026 | UNIFI ARENA, BUKIT JALIL |
| RERUAI PERKHIDMATAN | 1-3 MEI 2026 | UNIFI ARENA, BUKIT JALIL |
| KESUMA MERDEKA 118 VERTICAL CHALLENGE KUALA LUMPUR | 2 MEI 2026 | MENARA PNB 118 |
| WORLD OSH DAY 2026 | 3 MEI 2026 | UNIFI ARENA, BUKIT JALIL |
| FORUM HAL EHWAL ISLAM | 7 MEI 2026 | DEWAN MASJID RAJA HAJI FISABILILLAH, CYBERJAYA |
| RUN & RIDE HARI PEKERJA | 17 MEI 2026 | DATARAN WAWASAN PUTRAJAYA |


Anugerah Hari Pekerja 2026
Anugerah Hari Pekerja 2026 sempena Majlis Sambutan Hari Pekerja Kebangsaan akan dilangsungkan di Axiata Arena Bukit Jalil, 1 Mei 2026.
OBJEKTIF
- Mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara.
- Mengeratkan semangat kerjasama dan permuafakatan secara “tripartisme” antara tiga pihak kerajaan, majikan dan pekerja dalam usaha pembangunan negara.
- Pengiktirafan kepada majikan yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin, penyayang serta responsif terhadap perubahan persekitaran pekerjaan.
INSENTIF
- Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai bernilai RM140,000 dan sijil ditawarkan kepada pemenang anugerah mengikut kategori.
- Senarai nama pemenang anugerah akan dipaparkan di dalam laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, MEF, CUEPACS dan, MTUC.
SENARAI ANUGERAH
- ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA PERKHIDMATAN AWAM (PENGURUSAN TERTINGGI)
- ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA PERKHIDMATAN AWAM (PENGURUSAN & PROFESIONAL)
- ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA PERKHIDMATAN AWAM (KUMPULAN PELAKSANA)
- ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA (EKSEKUTIF)
- ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA (BUKAN EKSEKUTIF)
- ANUGERAH TOKOH PEKERJA NEGARA (OKU)
- ANUGERAH MAJIKAN TERBAIK NEGARA (SYARIKAT BESAR/GLC)
- ANUGERAH MAJIKAN TERBAIK NEGARA (SME)
- ANUGERAH KESATUAN SEKERJA TERBAIK NEGARA (SEKTOR AWAM)
- ANUGERAH KESATUAN SEKERJA TERBAIK NEGARA (SEKTOR SWASTA)
- ANUGERAH KESATUAN SEKERJA TERBAIK NEGARA (BADAN BERKANUN)
- ANUGERAH MEDIA TERBAIK (INDIVIDU)
- ANUGERAH MEDIA TERBAIK (AGENSI)
- ANUGERAH KONTINJEN TERBAIK HARI PEKERJA 2026
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut atau info terkini mengenai sambutan Hari Pekerja 2026, sila rujuk:
- Portal rasmi Kementerian Sumber Manusia
- Portal Perkeso x KESUMA – Anugerah Hari Pekerja
- mykesuma
Soalan Lazim Hari Pekerja 2026
Lokasi utama bagi sambutan Hari Pekerja 2026 adalah di Unifi Arena, Bukit Jalil.
Ya. Mega Karnival Kerjaya & Kemahiran akan berlangsung dari 1 hingga 3 Mei 2026 di Unifi Arena. Program ini dikendalikan oleh MYFutureJobs dan terbuka kepada semua pencari kerja, graduan, dan pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran.
KESUMA Merdeka 118 Vertical Challenge adalah acara larian tangga (tower run) yang akan berlangsung pada 2 Mei 2026.
Ya, acara penutup atau aktiviti santai iaitu Run & Ride Hari Pekerja akan diadakan pada 17 Mei 2026 di Dataran Wawasan, Putrajaya. Ini sesuai untuk keluarga dan peminat aktiviti kecergasan (berbasikal dan berlari).
Bagi pengisian rohani, Khutbah Jumaat Khas (untuk Muslim) dan program agama lain akan diadakan secara serentak di seluruh negara pada 1 Mei 2026. Selain itu, terdapat juga Forum Hal Ehwal Islam pada 7 Mei 2026 di Cyberjaya.




