Hari Jururawat Antarabangsa: Sejarah dan Fakta Menarik

Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa secara rasminya di sambut di seluruh dunia pada 12 Mei pada setiap tahun dan Malaysia turut meraikannya setiap tahun.

Sambutan ini dianjurkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan pada jururawat yang berkhidmat tidak kira di klinik atau hospital.

Sesungguhnya, tugas dan tanggungjawab seseorang jururawat sangat besar dalam menyediakan khidmat untuk merawat pesakit di hospital.

Tiada yang lebih menggembirakan hati seseorang jururawat melebihi tatkala melihat pesakit yang dirawatnya kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Makna dan objektif sambutan

Secara ringkasnya, sambutan Hari Jururawat disambut untuk menghargai jasa jururawat yang sentiasa dipandan enteng.

Malangnya, ramai orang seolah-olah berfikir bahawa orang yang paling penting dalam sistem penjagaan kesihatan adalah doktor, tetapi ini tidak benar.

Jururawat memainkan peranan penting dalam semua institusi perubatan, bertanggungjawab untuk kebajikan, keselamatan dan pemulihan pesakit.

Jururawat mempunyai sejumlah besar pengetahuan dan pelbagai kemahiran penting, sepanjang masa bekerja dalam persekitaran yang sukar, berada di bawah tekanan melampau.

Artikel berkaitan: Sambutan Hari Guru: Sejarah Sambutan di Malaysia

Sejarah sambutan

Semuanya bermula pada tahun 1953, apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai Jabatan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan A.S., menghubungi Presiden Dwight D. Eisenhower mencadangkan beliau mengisytiharkan “Hari Jururawat”.

Bagaimanapun, cadangannya itu tidak diluluskan ketika itu.

Majlis Jururawat Antarabangsa telah meraikan pada 12 Mei sejak 1965.

12 Mei adalah tarikh penting kepada semua jururawat, kerana ia adalah ulang tahun kelahiran Florence Nightingale, yang secara meluas dianggap sebagai pengasas kejururawatan moden.

Pada bulan Januari 1974, hari ini akhirnya secara rasmi dijadikan Hari Jururawat Antarabangsa.

Setiap tahun sejak itu, International Council of Nurses (ICN) menyediakan dan mengedarkan sesuatu yang dipanggil “Kit Hari Jururawat Antarabangsa” yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam, untuk digunakan oleh jururawat di mana-mana sahaja.

Tema hari sambutan

Seperti hari-hari sambutan yang lain, sambutan Hari Jururawat Antarabangsa juga mempunyai temanya yang tersendiri setiap tahun.

Berikut merupakan tema-tema sambutan Hari Jururawat Antrabangs daripada dahulu hingga yang terkini:

  • 2010 – Delivering Quality, Serving Communities: Nurses Leading Chronic Care
  • 2011 – Closing The Gap: Increasing Access and Equity
  • 2012 – Closing The Gap: From Evidence to Action
  • 2013 – Closing The Gap: Millennium Development Goals
  • 2014 – Nurses: A Force for Change – A vital resource for health
  • 2015 – Nurses: A Force for Change: Care Effective, Cost Effective
  • 2016 – Nurses: A Force for Change: Improving Health Systems’ Resilience
  • 2017 – Nurses: A Voice to Lead – Achieving the Sustainable Development Goals
  • 2018 – Nurses: A Voice to Lead – Health is a Human right
  • 2019 – Nurses: A Voice to Lead – Health for All
  • 2020 – Nurses: A Voice to Lead – Nursing the World to Health
  • 2021 – Nurses: A Voice to Lead – A Vision for Future Healthcare
  • 2022 – Nurses: Make a Difference
  • 2023 – Our Nurses. Our Future.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!