GETS-WRP (Graduates Enhancement Training Sarawak – Work Readiness Programme) kini dibuka untuk permohonan bagi rakyat Sarawak yang berumur 20-30 tahun.
Ia merupakan sebuah program inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak yang dikendalikan oleh Sarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE) untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan anak Sarawak yang masih menganggur dengan memberikan latihan kemahiran dan pengalaman kerja industri yang sebenar.
Bagi tahun ini, permohonan dibuka secara berterusan tanpa tarikh tutup khusus, termasuk kepada graduan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Jom rujuk info terperinci mengenai program GETS-WRP ini di bawah.

Apa Itu GETS-WRP?
GETS-WRP atau Graduates Enhancement Training Sarawak – Work Readiness Programme merupakan sebuah program inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak melalui Sarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE) yang dirangka khas untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan anak Sarawak yang masih menganggur.
Program bertempoh 12 bulan ini membimbing peserta menerusi latihan intensif selama 3 bulan pertama bagi memantapkan kemahiran digital, kemahiran insaniah, kecerdasan emosi, dan kerja berpasukan, sebelum disusuli dengan 9 bulan latihan sambil bekerja (on-the-job training) di agensi kerajaan, GLC, atau sektor swasta.
Sepanjang tempoh setahun ini, peserta akan dibayar elaun bulanan sebanyak RM1,500 sepenuhnya oleh SCOPE, yang bukan sahaja bertindak sebagai sara hidup malah membuka peluang keemasan untuk diserap masuk sebagai pekerja tetap industri.
Untuk memohon, calon mestilah anak jati Sarawak yang berumur 20 hingga 30 tahun, memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dengan CGPA 2.80 ke atas, serta berstatus menganggur dan tidak terikat dengan mana-mana program tajaan lain.
GETS-WRP Kohort 6 disasarkan untuk bermula pada bulan Oktober 2026 ini dan menyasarkan seramai 1,000 orang graduan Sarawak.

Struktur Modul
1. Career Enhancement Skills Programme (CESP) – 3 Bulan Pertama
Fasa pertama ini memfokuskan kepada pembentukan sahsiah, kecerdasan minda, dan persediaan mental peserta sebelum melangkah ke industri melalui empat modul teras:
- Emotional Intelligence and Social Etiquette
- Value-driven Professional
- The Art of Business and Applied Entrepreneurship
- Communication Skills at Work and Teambuilding Bootcamp
2. Internship/On-the-job Training – 9 Bulan Seterusnya
Fasa kedua ini merupakan aplikasi praktikal bagi kesemua ilmu yang telah dipelajari sepanjang 3 bulan pertama:
- Penempatan Industri: Peserta ditempatkan di salah sebuah organisasi rakan kongsi GETS-WRP (sama ada sektor kerajaan, GLC, atau swasta).
- Pengalaman Dunia Sebenar: Peserta akan menimba pengalaman kerja sebenar dalam persekitaran profesional, sekali gus merapatkan jurang antara teori akademik di universiti dengan jangkaan industri sebenar.
Kadar Elaun
Kadar elaun bulanan bagi peserta program GETS-WRP adalah RM1,500 sebulan.
Peserta akan menerima elaun penuh RM1,500 setiap bulan sepanjang keseluruhan 12 bulan tempoh program berlangsung. Ini merangkumi fasa latihan kemahiran (CESP) selama 3 bulan pertama dan fasa penempatan industri (On-the-Job Training) untuk 9 bulan seterusnya.
Syarat Kelayakan
- Status Warganegara: Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang merupakan anak jati / asal Sarawak sahaja.
- Had Umur: Berumur di antara 20 hingga 30 tahun pada tarikh permohonan dihantar.
- Kelayakan Akademik: Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Degree), Sarjana (Master), atau Kelayakan Profesional yang diiktiraf.
- Pencapaian Akademik: Memperoleh CGPA (PNGK) minimum 2.80 dan ke atas.
- Status Pekerjaan: Mestilah sedang menganggur (unemployed) semasa memohon. Graduan yang sedang bekerja secara sambilan (part-time) juga tidak layak untuk memohon.
- Komitmen Program: Bebas dan tidak terikat dengan mana-mana program latihan formal/informal, program akademik lain, atau mana-mana kontrak tajaan (terutamanya bagi mereka yang ditaja) serta pemohon belum pernah menyertai mana-mana siri program GETS sebelum ini.
Cara Sertai GETS-WRP 2026
Cara untuk menyertai program GETS-WRP 2026 yang dikendalikan oleh Sarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE) boleh dirujuk di bawah:
- Layari portal rasmi GETS-WRP di https://gets.scopetraining.com.my/
- Klik ‘Appy Now’
- Daftar akaun baharu menggunakan emel dan kata laluan.
- Kemudian, log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah ditetapkan.
- Lengkapkan borang pendaftaran dan muat naik dokumen diperlukan.
- Klik ‘Submit Application’.
Tarikh Permohonan Dibuka/Tutup
- Tarikh Dibuka: Sentiasa dibuka secara berterusan sepanjang tahun.
- Tarikh Ditutup: Tiada tarikh tutup spesifik, namun saringan calon diproses secara berkala mengikut kuota kohort pengambilan.
- Status Terkini (Oktober 2026): Pihak SCOPE sedang aktif mengambil peserta untuk Kohort 6. Graduan digalakkan memohon segera sebelum kuota penuh.
Manfaat Sertai GETS-WRP 2026
- Elaun Bulanan RM1,500: Dibayar penuh setiap bulan sepanjang 12 bulan program (3 bulan latihan + 9 bulan praktikal) dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak SCOPE.
- Peluang Kerja Tetap: Berpotensi besar untuk diserap terus sebagai pekerja tetap oleh syarikat penempatan jika menunjukkan prestasi cemerlang.
- Latihan Kemahiran Premium: Mendapat latihan intensif percuma selama 3 bulan untuk memantapkan Digital Skills, Soft Skills, kecerdasan emosi (EQ), dan komunikasi profesional.
- Pengalaman Kerja Sebenar: Menimba pengalaman industri selama 9 bulan di agensi kerajaan, GLC, atau syarikat swasta terkemuka untuk mencantikkan resume anda.
- Sijil Pengiktirafan: Menerima sijil rasmi daripada SCOPE yang membuktikan anda sudah bersedia untuk alam pekerjaan industri.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim GETS-WRP 2026
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin menghantar permohonan, anda boleh merujuk terus kepada pihak urus setia melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi GETS SCOPE
- Sarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE).
- Talian Telefon (Urus Setia): 082 – 231 230
- Emel:
Tidak boleh. Syarat wajib yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan SCOPE adalah mendapat CGPA minimum 2.80 dan ke atas untuk kelayakan Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana.
Tidak. Tiada sebarang potongan. Elaun sara hidup sebanyak RM1,500 sebulan dibayar penuh sepanjang 12 bulan program (termasuk 3 bulan semasa fasa kelas latihan teori/CESP).
Syarat utama program ini adalah untuk graduan yang benar-benar sedang menganggur (unemployed) dan bebas daripada mana-mana ikatan kontrak latihan formal lain. Anda perlu mengesahkan status pengangguran semasa mengisi borang.
Penempatan latihan industri (On-the-Job Training) akan diuruskan dan ditentukan oleh pihak SCOPE berdasarkan kesesuaian latar belakang akademik anda dengan organisasi rakan kongsi mereka (agensi kerajaan, GLC, atau swasta).




