Khas untuk peminat astronomi! Gerhana bulan 3 Mac 2026 bakal menjadi antara fenomena astronomi paling dinanti rakyat Malaysia tahun ini. Ia bukan sahaja menarik dari sudut sains, malah mempunyai kepentingan dari sudut agama dan pendidikan.
Berikut adalah ringkasan pantas tentang gerhana bulan ini menurut kalendar astronomi MYSA:
- Tarikh: 3 Mac 2026 (Selasa)
- Jenis: Gerhana Bulan Penuh
- Kemuncak Gerhana: Sekitar 7:33 malam
- Tempoh keseluruhan fenomena: Lebih kurang 5 jam
- NOTA: Fasa penuh berlaku ketika waktu Maghrib hingga awal Isyak di Malaysia.
Artikel ini merangkumkan maklumat sahih daripada sumber rasmi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Planetarium Negara serta laporan media arus perdana seperti Berita Harian dan Astro Awani. Jom baca lagi!

Pengenalan – Fenomena Gerhana Bulan Penuh Di Malaysia 3 Mac 2026
Apa Itu Gerhana Bulan?
Gerhana bulan berlaku apabila:
- Bumi berada di antara Matahari dan Bulan
- Bayang-bayang bumi menutupi permukaan Bulan
- Bulan memasuki bayang penuh (umbra)
Semasa gerhana bulan penuh, Bulan akan kelihatan kemerahan atau dikenali sebagai Blood Moon. Warna ini terhasil akibat pembiasan cahaya Matahari oleh atmosfera bumi.
Di Malaysia, Bulan berada di atas ufuk sepanjang gerhana berlaku. Oleh itu, dalam keadaan cuaca yang baik, keseluruhan fasa gerhana dapat dilihat dengan menggunakan mata dan bantuan seperti binokular atau teleskop.

Fasa Gerhana Bulan Penuh 3 Mac 2026 Di Malaysia, Tarikh & Masa
Mari saksikan fenomena ini pada waktu Maghrib, hari Selasa ini. Jika terlepas, kita perlu menunggu sehingga 31 Disember 2028 hingga 1 Januari 2029 untuk menyaksikan Gerhana Bulan Penuh seterusnya.
Fasa-fasa Gerhana Bulan 3 Mac 2026:
- P1: Bulan mula memasuki kawasan penumbra – 4.44pm
- U1: Bulan mula memasuki kawasan umbra – 5.50pm
- U2: Bulan berada dalam kawasan umbra sepenuhnya – 7.04pm
- GE: Gerhana Maksimum – 7.33pm
- U3: Bulan mula keluar dari kawasan umbra – 8.02pm
- U4: Bulan keluar dari kawasan umbra sepenuhnya, tetapi masih berada dalam kawasan penumbra – 9.17pm
- P4: Bulan keluar dari kawasan penumbra sepenuhnya – 10.23pm
Lihat rajah lengkap fasa-fasa gerhana di bawah:

Boleh Nampak Ke Gerhana Bulan 3 Mac di Malaysia?
Ya, fenomena ini boleh dilihat di seluruh Malaysia, tertakluk kepada keadaan cuaca.
- Di Sabah & Sarawak – Bulan akan kelihatan lebih tinggi dan jelas.
- Di Semenanjung Malaysia – Boleh dilihat sebaik sahaja Bulan terbit di ufuk timur.
Tips melihat gerhana:
- Pilih kawasan kurang pencemaran cahaya
- Tidak perlu cermin mata khas
- Mata kasar sudah memadai
- Binokular atau teleskop kecil boleh bantu lihat lebih jelas
Solat Sunat Gerhana (Solat Khusuf)
Biasanya masjid-masjid utama dan Jabatan Agama Negeri akan mengumumkan pelaksanaan solat berjemaah.
Umat Islam disunatkan menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan (Solat Khusuf) secara:
- Bersendirian atau berjemaah
- Dua rakaat
- Dengan dua kali rukuk setiap rakaat
- Lihat panduan terperinci di SINI : Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) 3 Mac 2026 – Info JAKIM / Jabatan Mufti

Fakta Menarik Gerhana Bulan 3 Mac 2026
- Antara gerhana bulan penuh utama yang dapat dilihat di Malaysia
- Tidak berbahaya untuk dilihat dengan mata kasar
- Fenomena ini tidak berlaku setiap bulan walaupun bulan penuh berlaku setiap bulan
Menurut laporan media tempatan, orang ramai digalakkan menjadikan fenomena ini sebagai peluang pendidikan untuk anak-anak memahami sains angkasa.
LIVE Streaming – Jangan Lupa, Save The Date!
Rasai pengalaman mencerap fenomena langit yang menakjubkan!
Bagi yang tak dapat nak pergi ke lokasi cerapan, anda juga boleh mengikuti penstriman langsung (live streaming) fenomena gerhana bulan penuh pada 3 Mac 2026 ini melalui Facebook MYSA : https://www.facebook.com/mysaangkasa




