[LIVE] Perlawanan Akhir Piala FA 2024 (Final JDT vs Selangor FC)

Perlawanan Akhir Piala FA 2024 (Final JDT vs Selangor FC)

Piala FA 2024 pastinya antara kejohanan bola sepak yang paling dinanti-nantikan peminat bola sepak Malaysia.

Pada Piala FA 2023, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah memenanginya setelah menewaskan pasukan Kuala Lumpur City dalam perlawanan akhir.

Kejohanan Piala FA 2024 menjadi tumpuan buat pasukan yang bertanding memandangkan pemenang piala ini secara automatiknya layak untuk bertanding dalam kejohanan AFC peringkat kumpulan musim 2025 – 2026 kelak.

Baca juga:

Sejarah Piala FA

Penganjuran Piala FA Malaysia bermula pada tauhun 1990.

Pertandingan ini sebelum ini diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebelum dipindahkan ke Bola Sepak Malaysia LLP (MFL) (kini dikenali sebagai Liga Bola Sepak Malaysia) pada musim 2016.

Pasukan Selangor dan Kedah merupakan 2 kelab paling berjaya dalam kejohanan ini apabila masing-masing pernah memenangi kejohanan ini sebanyak 5 kali.

Bagi tahun 2024, ia merupakan edisi yang ke 34 penganjuran kejohanan ini.

Senarai Kelab Bertanding

Berikut adalah senarai 16 pasukan dalam Piala FA 2024 yang beraksi pada edisi kali ini:

  1. Johor Darul Ta’zim
  2. Selangor FC
  3. Sabah FC
  4. Kedah Darul Aman FC
  5. Sri Pahang FC
  6. Terengganu FC
  7. Kuala Lumpur City FC
  8. PDRM FC
  9. Negeri Sembilan FC
  10. Penang FC
  11. Perak FC
  12. Kelantan Darul Naim FC
  13. Kuching City FC
  14. Kuala Lumpur Rovers FC
  15. Bukit Tambun FC
  16. Malaysian University FT

Format Pertandingan

MFL telah mengumumkan hanya pusingan 16 Piala FA kekal dimainkan secara pusingan satu perlawanan. Manakala pusingan suku akhir dan separuh akhir Piala FA akan ditukar format dengan dimainkan secara timbal balik (home & away).

Pertandingan Piala FA 2024-2025 bakal melibatkan penyertaan kelab Liga Super  2023 dan 2 kelab M3 yang akan dipilih oleh Amateur Football League (AFL).

Final Piala FA 2024 (JDT vs Selangor FC)

Saksikan perlawanan akhir Piala FA 2024 dengan ketetapan berikut:

  • Tarikh: 24 Ogos 2024 (Sabtu)
  • Masa: 9.00 malam
  • Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ)

Juala Tiket Perlawanan Akhir Piala FA

Harga tiket serendah RM50 dan RM70 bagi tiket General Admission, RM150 tiket Piala FA Premium dan RM200 tiket Piala FA VIP Grandstand.

Urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak kelab untuk memastikan penjualan tiket secara terus kepada penyokong-penyokong dengan sistematik dan sama rata.

Segala maklumat mengenai proses penjualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh JDT dan Selangor FC dalam masa terdekat.

[LIVE STREAMING] Final Piala FA 2024

Anda boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan (LIVE) di saluran berikut :

Saksikan juga highlights & berita terkini berkenaan sukan bola sepak tanah air kita melalui :

Bantu kami share artikel ini: