Exit Policy MRSM 2026: Syarat Baharu Pelajar Perlu Tahu

Exit Policy MRSM
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pelaksanaan semula Exit Policy MRSM bagi intake 2026 kini menjadi perhatian ramai ibu bapa dan pelajar.

Dasar yang diperkenalkan oleh MARA ini menetapkan syarat minimum akademik yang perlu dikekalkan oleh setiap pelajar untuk terus kekal belajar di MRSM.

Melalui polisi ini, pelajar perlu mencapai CGPA tertentu serta mengekalkan prestasi subjek Matematik dan Sains mengikut standard yang telah ditetapkan.

Apa itu Exit Policy MRSM

Exit Policy MRSM ialah satu set garis panduan akademik dan disiplin yang dilaksanakan oleh MARA bagi memastikan pelajar MRSM mengekalkan prestasi akademik yang ditetapkan sepanjang tempoh pengajian.

Melalui dasar ini, pelajar yang gagal mencapai standard minimum akademik boleh digugurkan dan tidak dibenarkan meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Surat Akujanji MRSM

MARA melalui MRSM dilihat telah mengembalikan semula pelaksanaan “exit policy” bermula bagi batch intake 2026 menerusi surat akujanji yang perlu ditandatangani oleh pelajar semasa proses pendaftaran.

Dalam akujanji tersebut, pelajar diwajibkan mengekalkan prestasi akademik minimum seperti berikut:

  • CGPA / TPNG 3.00 dan ke atas
  • Subjek Matematik dan Sains sekurang-kurangnya gred C (PNG 2.50)
  • Pelajar yang gagal memenuhi syarat ini tidak dibenarkan menyambung pengajian ke tahun berikutnya
Exit Policy MRSM

Tujuan Exit Policy Dalam Sistem Pendidikan MRSM

Antara tujuan utama pelaksanaan dasar ini ialah untuk mengeluarkan pelajar daripada comfort zone atau zon selesa. Selain itu, ia juga bertujuan memastikan pelajar sentiasa konsisten dalam akademik dan lebih berdisiplin terhadap pembelajaran mereka.

Pada masa sama, dasar ini membantu memastikan hanya pelajar yang benar-benar komited dan mampu mengikuti standard MRSM terus kekal di institusi tersebut.

Kenapa MARA Laksanakan Semula Exit Policy?

Sebenarnya, polisi ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia pernah dilaksanakan sebelum ini. Namun, dasar tersebut dimansuhkan ketika peperiksaan PMR dan PT3 tidak lagi dijalankan.

Kini, dengan pengembalian semula exit policy, ia menunjukkan MRSM mahu mengembalikan semula budaya persaingan sihat dan kecemerlangan akademik dalam sistem pendidikan mereka.

Peluang Baharu Untuk Pelajar Intake Tingkatan 4

Dari sudut lain, pelaksanaan exit policy ini turut membuka peluang lebih cerah kepada pelajar intake Tingkatan 4 baharu.

Kekosongan tempat daripada pelajar Tingkatan 3 yang digugurkan boleh diisi oleh pelajar lain yang mempunyai potensi akademik tinggi untuk menyambung pengajian di MRSM.

Sistem Purata Nilaian Ged (PNG) MRSM

Berikut merupakan skala gred bagi peperiksaan MRSM mengikut sistem PNG untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Sistem ini digunakan bagi menentukan pencapaian akademik pelajar berdasarkan markah peperiksaan serta nilai PNG bagi setiap gred yang diperoleh.

Melalui sistem ini, setiap gred mempunyai nilai mata tersendiri bermula daripada A+ sehingga F. Semakin tinggi markah dan gred diperoleh, semakin tinggi nilai PNG pelajar.

Skala gred ini juga menjadi antara rujukan penting dalam pelaksanaan Exit Policy MRSM bagi menentukan sama ada pelajar layak meneruskan pengajian ke tahun berikutnya atau tidak.

Skala Gred MRSM (Sistem PNG Tingkatan 1 & 2)

GredPNGMarkah Kebanyakan Subjek
A+4.0085–100
A4.0080–84
A-3.6775–79
B+3.3370–74
B3.0065–69
B-2.6760–64
C+2.3355–59
C2.0050–54
C-1.6745–49
D1.3340–44
E1.0035–39
F0.000–34

Subjek Yang Menggunakan Skala Ini

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Islam / Moral
  • Bahasa Arab
  • Geografi
  • Sejarah
  • Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Skala Gred Khas Beberapa Subjek

Bagi subjek tertentu, markah untuk gred A lebih tinggi sedikit.

GredMarkah
A+90–100
A85–89
A-80–84
B+75–79
B70–74
B-65–69
C+60–64
C55–59
C-50–54
D45–49
E40–44
F0–39

Subjek Yang Menggunakan Skala Khas

  • Pendidikan Al-Quran
  • Pendidikan Syariah dan Al-Sunnah
  • Seni Persembahan
  • Sains Kejuruteraan

Maksud Mudah Sistem PNG MRSM

  • PNG ialah nilai mata bagi setiap gred.
  • Lagi tinggi gred, lagi tinggi nilai PNG.
  • Contohnya:
    • A+ = 4.00
    • B = 3.00
    • C = 2.00

Dalam Exit Policy MRSM, pelajar perlu kekalkan:

  • CGPA / TPNG sekurang-kurangnya 3.00
  • Matematik & Sains minimum gred C (PNG 2.50 ke atas mengikut syarat MRSM)
Exit Policy MRSM

Baca juga: Ujian Khas MRSM – Senarai Ujian & Cara Buat Semakan

Skala Gred Peperiksaan MRSM Mengikut Sistem PNG (Tingkatan 1 & 2)

Mata PelajaranA+
4.00
A
4.00
A-
3.67
B+
3.33
B
3.00
B-
2.67
C+
2.33
C
2.00
C-1.67D
1.33
E
1.00
F
0.00
Bahasa Melayu85-10080-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-4435-390-34
Bahasa Inggeris85-10080-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-4435-390-34
Matematik85-10080-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-4435-390-34
Sains85-10080-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-4435-390-34
Reka Bentuk dan Teknologi85-10080-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-4435-390-34
Pendidikan Islam85-10080-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-4435-390-34
Pendidikan Moral85-10080-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-4435-390-34
Bahasa Arab85-10080-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-4435-390-34
Geografi85-10080-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-4435-390-34
Sejarah85-10080-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-4435-390-34
Seni Visual85-10080-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-4435-390-34
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan85-10080-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-4435-390-34
Pendidikan Al-Quran90-10085-8980-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-440-39
Pendidikan Syariah dan Al-Sunnah90-10085-8980-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-440-39
Seni Persembahan90-10085-8980-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-440-39
Sains Kejuruteraan90-10085-8980-8475-7970-7465-6960-6455-5950-5445-4940-440-39

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:

Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483

Soalan Lazim Exit Policy MRSM

Apa itu Exit Policy MRSM?

Exit Policy MRSM ialah dasar akademik dan disiplin yang dilaksanakan oleh MARA bagi memastikan pelajar mengekalkan prestasi minimum yang ditetapkan sepanjang belajar di MRSM. Pelajar yang gagal mencapai syarat akademik boleh digugurkan daripada MRSM.

Bilakah Exit Policy MRSM mula dilaksanakan semula?

Dasar ini dilihat mula dikembalikan semula untuk batch intake MRSM 2026 menerusi surat akujanji yang perlu ditandatangani semasa pendaftaran pelajar.

Apakah syarat minimum akademik yang ditetapkan?

Pelajar perlu mengekalkan:

CGPA / TPNG minimum 3.00
Subjek Matematik dan Sains sekurang-kurangnya gred C atau PNG 2.50

Apa berlaku jika pelajar gagal capai syarat ditetapkan?

Pelajar yang gagal memenuhi syarat minimum akademik tidak dibenarkan meneruskan pengajian ke tahun berikutnya di MRSM.

Adakah Exit Policy ini polisi baharu?

Tidak. Polisi ini pernah dilaksanakan sebelum ini tetapi dimansuhkan ketika sistem peperiksaan PMR dan PT3 tidak lagi dijalankan.

Kenapa MARA laksanakan semula Exit Policy?

Antara tujuan utama adalah untuk:

Mengekalkan budaya kecemerlangan akademik
Mengeluarkan pelajar daripada zon selesa
Memastikan hanya pelajar yang benar-benar komited kekal di MRSM

Adakah semua subjek perlu capai gred tertentu?

Fokus utama syarat exit policy ialah pencapaian keseluruhan CGPA / TPNG dan prestasi subjek Matematik serta Sains.

Adakah pelajar Tingkatan 4 boleh masuk MRSM melalui kekosongan ini?

Ya. Pelaksanaan exit policy membuka peluang kepada pelajar intake Tingkatan 4 baharu untuk mengisi kekosongan tempat pelajar yang digugurkan.

Bagaimana sistem PNG MRSM dikira?

Setiap gred mempunyai nilai mata tertentu. Contohnya:
A+ = 4.00
B = 3.00
C = 2.00
Purata nilai mata inilah yang menentukan CGPA atau TPNG pelajar.

Adakah Exit Policy hanya melibatkan akademik?

Secara umum, dasar ini lebih tertumpu kepada prestasi akademik, namun MRSM juga mempunyai garis panduan disiplin yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar.

Baca juga: Senarai Ranking MRSM Terbaik 2026 (Keputusan SPM 2025)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut