Calon yang ingin memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) / Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2026 perlu membuat semakan kelayakan eUKCG 2026 serta mendaftar PIN atau kata laluan bagi mengakses sistem permohonan secara dalam talian. Proses ini penting kerana hanya calon yang layak akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG).
Dalam artikel ini, anda boleh mengetahui cara semak kelayakan eUKCG 2026 serta langkah mendaftar PIN/kata laluan bagi melengkapkan permohonan dengan betul.
Apa itu Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG)?
Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) ialah satu bentuk penilaian secara dalam talian yang diwajibkan kepada calon guru, terutamanya daripada kalangan graduan bukan pendidikan yang ingin memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9.
Ujian ini merupakan ujian psikometrik secara online yang menguji aspek personaliti, integriti, kemahiran asas, kecerdasan emosi, serta ciri-ciri terpuji seorang guru.
Calon perlu menjawab dua bahagian soalan dalam tempoh waktu yang ditetapkan, biasanya 45 minit secara atas talian.
Hanya calon yang lulus eUKCG akan dipanggil ke peringkat temu duga atau tapisan seterusnya bagi memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) atau jawatan PPP Gred DG9.
Ujian ini digunakan untuk memastikan hanya individu yang benar-benar berpotensi, berwibawa dan memiliki personaliti guru akan diterima sebagai pendidik.
Secara ringkas, eUKCG bertujuan untuk:
- Menilai personaliti calon bagi memastikan mereka memiliki sifat, nilai dan keperibadian yang sesuai untuk menjadi seorang pendidik.
- Menguji minat dan kecenderungani sama ada calon benar-benar berminat dan berpotensi dalam bidang perguruan.
- Menapis kelayakan awal. Hanya calon yang berjaya dalam eUKCG akan layak ke peringkat temu duga.
Siapa Yang Perlu Menduduki eUKCG 2026?
Calon yang wajib menduduki eUKCG 2026 adalah semua graduan bukan pendidikan yang memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara lantikan Contract of Service (CoS), khususnya untuk pengambilan khas opsyen Bahasa Melayu.
NOTA:
- Graduan bukan pendidikan bermaksud pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang selain pendidikan, tapi ingin berkhidmat sebagai guru DG9 melalui skim kontrak SPP.
- Graduan pendidikan termasuk mereka yang sedang mengikuti Diploma Pascasiswazah Pendidikan atau menerima tajaan KPM, TIDAK perlu menduduki eUKCG untuk lantikan ini.
- Hanya calon daripada kategori graduan bukan pendidikan yang didapati layak selepas semakan kelayakan dan pendaftaran nombor PIN/kata laluan akan diberikan akses menduduki eUKCG secara atas talian dalam tarikh yang ditetapkan.
Rujuk cara semakan kelayakan eUKCG di bawah.
Cara Semak Kelayakan eUKCG & Pendaftaran
Calon yang ingin menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) 2025/2026 perlu membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum menduduki ujian.
Proses ini dijalankan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal rasmi yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Semakan Kelayakan eUKCG 2026
- Layari laman rasmi semakan eUKCG di pautan berikut: https://ukcg.moe.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kod keselamatan yang dipaparkan.
- Klik “Semak” untuk mengetahui status sama ada anda layak menduduki eUKCG.
Paparan Kalau TIDAK LAYAK eUKCG

Sekiranya LAYAK, calon perlu mendaftar mendaftar nombor PIN atau kata laluan di portal yang sama.
Rujuk cara-cara mendaftar di bawah.
Cara Mendaftar Pin/ Kata Laluan
Selepas disahkan layak, calon perlu mendaftar untuk menduduki ujian:
- Layari portal eUKCG di pautan berikut: https://ukcg.moe.gov.my/
- Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
- Daftarkan nombor pin/kata laluan dalam tempoh yang ditetapkan
- Sahkan butiran pendaftaran dan simpan maklumat rujukan untuk kegunaan semasa ujian.
- Semak tarikh dan masa ujian dijalankan. Ikuti arahan yang diberikan.

Dari Mana Nak Dapat Pin/Kata Laluan eUKCG?
Nombor PIN atau kata laluan untuk menduduki eUKCG akan diperoleh oleh calon yang disahkan layak selepas semakan kelayakan melalui sistem.
- Semak Kelayakan.
- Jika layak, sistem akan paparkan pautan pendaftaran pin/kata laluan.
- Simpan maklumat PIN/kata laluan dengan baik kerana ia penting untuk masuk ke sistem ujian atas talian eUKCG.
Tarikh-tarikh Penting Permohonan Online & Ujian UKCG
Berikut adalah tarikh-tarikh penting ujian eUKCG 2026:
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
- Semakan tarikh calon layak e-UKCG : 9 April 2026
- Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian : 15 – 17 April 2026
- Semakan keputusan e-UKCG, calon layak Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan Temu duga : 29 April 2026

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
- Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) : 9–27 Mac 2026
- Permohonan dalam talian ditutup : 27 Mac 2026 (11.59 malam)
- Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) : 30 Mac – 8 April 2026
- Semakan keputusan dan temu duga : 22 April 2026

Ujian ini dilakukan secara atas talian. Lokasi ujian adalah bergantung pada individu, yang penting ada akses internet yang stabil.
Kepentingan eUKCG Kepada Calon Guru
- eUKCG membantu menentukan sama ada calon mempunyai karakter dan nilai-nilai asas sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan berwibawa.
- Ujian ini menguji kestabilan emosi dan daya tindak calon terhadap tekanan, ciri penting dalam menghadapi cabaran profesion perguruan.
- Lulus eUKCG merupakan syarat wajib untuk calon graduan bukan pendidikan mengikuti peringkat seterusnya, termasuk temu duga dan penempatan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9.
- Dengan menggunakan ujian psikometrik atas talian ini, Kementerian Pendidikan memastikan hanya individu yang benar-benar layak dan sesuai sahaja dilantik menjadi guru, mengekalkan kualiti pendidikan negara.
- Keputusan eUKCG juga menyokong penilaian holistik calon yang bukan hanya berdasarkan kelulusan akademik tetapi juga keperibadian yang diperlukan dalam bidang perguruan
Tips Menduduki eUKCG
1. Kenali Format Ujian
Ramai calon masuk ujian tanpa betul-betul faham bentuk soalan. Sedangkan eUKCG menguji aspek kecerdasan emosi, pemikiran logik, sahsiah, serta motivasi menjadi guru, bukan hanya IQ. Jadi, luangkan masa baca contoh soalan atau latihan percuma yang ada di internet.
2. Tunjukkan Niat & Nilai Murni Seorang Guru
Ada bahagian ujian yang menilai personaliti dan minat mengajar. Jangan jawab sekadar logik semata-mata, tapi fikir sebagai seorang bakal guru. Tekankan nilai sabar, empati, ikhlas, dan disiplin.
3. Jangan Abaikan Soalan Personaliti
Ramai calon anggap soalan ini “mudah” dan jawab laju tanpa berfikir. Hakikatnya, ia paling menentukan sama ada anda sesuai jadi guru atau tidak. Konsistenlah dengan jawapan, tunjuk personaliti yang stabil.
4. Tunjukkan Ciri Guru Positif
Jawapan dalam eUKCG direka untuk menilai sikap positif, empati, kesabaran, keadilan, dan minat mendidik. Pilih jawapan yang mencerminkan etika perguruan seperti sanggup mengajar semua murid tanpa pilih kasih, bersikap terbuka pada kritikan, dan bertanggungjawab.
5. Jawab Dengan Jujur dan Konsisten
Soalan ujian menggunakan corak untuk menguji konsistensi jawapan. Elakkan menipu personaliti atau menjawab tidak konsisten kerana ini boleh menyebabkan kegagalan. Jawablah mengikut personaliti sebenar.
6. Fahami Soalan Dengan Teliti
Ambil masa membaca soalan dan fahami kata kunci atau nada soalan, terutamanya jika ia berbentuk negatif agar jawapan sesuai dengan niat penguji.
7. Persediaan Teknikal dan Persekitaran
Gunakan komputer/storan dengan sambungan internet stabil, pilih tempat yang sunyi dan bebas gangguan, serta log masuk awal ke sistem ujian untuk elak masalah teknikal.
Maklumat Lanjut
Bagi sebarang pertanyaan calon-calon boleh salurkan kepada:
- Kementerian Pendidikan (KPM) – urusan eUKCG
03-8312 6731/ 6768/ 6760/ 6733/ 6693 - Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) – urusan pengambilan
03-8893 4019 / 4020
JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
Pusat Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia, KPM
Aras 2, Blok 2250, Jalan Usahawan 1, 63000 CYBERJAYA
No. Telefon: 03-8312 6666 / 6733 / 6760 / 6723 / 6720 / 6768 / 6693
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)
Soalan Lazim eUKCG 2026
eUKCG adalah ujian psikometrik yang dilaksanakan secara atas talian untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG. Hanya calon yang lulus eUKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.
Ujian eUKCG 2026 akan diadakan pada 30 Mac – 8 April 2026 untuk PDPP manakala untuk PISMP pula adalah pada 15 – 17 April 2026
Tidak boleh. Calon tidak dibenarkan menukar tarikh eUKCG dan calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang ditetapkan.
eUKCG dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Calon boleh menduduki eUKCG di mana-mana tempat yang sesuai dan mempunyai talian internet yang stabil.
Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan bahawa e-UKCG adalah SULIT. Calon tidak dibenarkan menunjuk dan membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.
e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian. Oleh itu, calon memerlukan talian internet yang stabil dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba agar lebih selesa. Walau bagaimanapun, calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.
Panduan menduduki e-UKCG disediakan. Calon boleh memuat turun garis panduan melalui laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my/PD. Calon dinasihati untuk membaca dan memahami garis panduan sebelum menjawab e-UKCG.
(i) Calon akan ditetapkan tarikh untuk menduduki e-UKCG. Calon perlu peka dengan tarikh yang diberi dan membuat persediaan awal seperti mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk menjawab sekiranya tiada talian internet di rumah.
(ii) Pastikan calon membaca dan memahami arahan soalan dengan teliti sebelum membuat pengesahan untuk menjawab soalan.
(iii) e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.
Tidak boleh. Calon tidak dibenarkan berbincang atau bertanya kepada ahli keluarga atau orang lain semasa menjawab e-UKCG.
Tidak boleh. Calon tidak boleh lagi menjawab e-UKCG setelah klik butang hantar.
Sekiranya calon menghadapi gangguan teknikal ketika menjawab e-UKCG seperti gangguan talian internet atau elektrik yang menyebabkan calon tidak boleh meneruskan menjawab, calon dibenarkan mengulang menjawab e-UKCG dengan menekan butang “RESET”. Butang reset tidak wujud jika calon telah menjawab kesemua soalan dalam tempoh yang ditetapkan. Calon hanya dibenarkan untuk membuat dua (2) kali reset sahaja. Calon tidak dibenarkan menjawab lagi sekiranya butang reset telah digunakan melebihi dua kali.
Semakan boleh dibuat secara online di portal rasmi eUKCG di https://ukcg.moe.gov.my dengan memasukkan maklumat diri pada tarikh yang diumumkan.
PIN/kata laluan diperoleh melalui pendaftaran atas talian selepas calon disahkan layak dalam semakan kelayakan.
Keputusan eUKCG untuk PDPP akan diumumkan pada 22 April 2026 manakala untuk PISMP pula pada 29 April 2026.
Format eUKCG biasanya merangkumi:
Bahagian Personaliti – soalan berkaitan sikap, nilai, dan keperibadian.
Bahagian Minat & Kecenderungan – untuk menilai kesesuaian calon sebagai seorang guru.
Bahagian Kefahaman Asas – soalan umum berkaitan pendidikan dan kemahiran berfikir.
(Nota: Format mungkin berubah mengikut ketetapan tahun semasa, jadi calon perlu rujuk hebahan rasmi di portal SPP/KPM.)
Calon yang gagal perlu memohon semula dalam pengambilan tahun berikutnya; ujian ini adalah saringan wajib untuk jawatan guru DG9.
Ya, calon boleh memohon semula pada pengambilan berikutnya jika memenuhi syarat kelayakan semasa. Walau bagaimanapun, kegagalan dalam ujian ini bermakna calon tidak layak ke peringkat temu duga bagi ambilan tersebut.




