ePTRS: Daftar & Login PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor)

ePTRS (PORTAL PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR)

Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan Portal ePTRS yg boleh dilayari di eptrs.my.

Merujuk kepada situasi pandemik yang sedang berlaku Kerajaan Negeri melihat kepada keperluan untuk mendigitalkan PTRS agar pelaksanaannya tidak terganggu akibat daripada penutupan sekolah yang kerap berlaku.

Pelaksanaan PTRS bukan sahaja terhad kepada kelas tuisyen malah itu turut mengandungi program sokongan yang lain seperti program kemahiran belajar atau lebih dikenali sebagai “smart learning” dan Program Pecutan Akhir SPM yang telah dilaksanakan setiap tahun.

Baca juga: UPU Online 2021/2022: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan

Di sini kami kongsikan info lanjut tentang Program Tuisyen Rakyat Selangor untuk dimanfaatkan bersama.

Apakah Program Tuisyen Rakyat Selangor?

Program Tuisyen Rakyat Negeri Selangor telah dilaksanakan bermula pada tahun 2009 sehingga kini.

Pelaksanaannya dimulakan dengan menggunakan pusat- pusat Komuniti sebagai premis tuisyen dan kemudiannya bermula pada tahun 2019 ia mula dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Kandungan pembelajaran dalam ePTRS.my adalah dalam bentuk video dan para pelajar boleh bersoal jawab dengan guru yang telah membuat perkongsian secara interaktif melalui platform ePTRS.my ini.

Platform ini juga menampilkan pembelajaran dalam talian yang dipakejkan bersama guru bimbingan.

Ini kerana setiap pelajar yang terlibat dengan PTRS telah mempunyai guru bimbingan masing-masing.

Oleh itu, selain modul yang telah diedarkan kepada para pelajar, pembelajaran boleh diteruskan oleh para dengan bantuan video-video yang telah dimuatnaik dalam platform ePTRS ini.

Kelebihan ePTRS

Terdapat 7 subjek / matapelajaran yang ditawarkan di dalam eptrs.my yang merangkumi 42 jam pembelajaran.

Subjek yang ada ialah BM, BI, Sejarah, Matematik, Sains, Pengajian Am & MUET.

Antara kelebihan eptrs.my adalah:

  1. Ada butang LIKE
  2. Ada butang KOMEN
  3. Boleh dimuat turun oleh GURU dan PELAJAR
  4. Pelajar boleh tengok berulang kali
  5. Boleh dapat sijil digital
  6. Kekerapan log masuk akan menaikkan rating sekolah
  7. Ada butang KONGSI
  8. Boleh muat turun Format PDF modul PTRS

Baca juga: Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan

Cara Login ePTRS

Setiap sekolah di Negeri Selangor telah disediakan ID untuk mereka akses ke platform ini secara percuma.

ePTRS.my ini juga boleh diakses oleh para pelajar yang tidak menyertai PTRS.

Untuk mengakses, anda cuma perlu lakukan langkah berikut:

  1. Layari www.eptrs.my
  2. Tulis kod sekolah untuk ID dan Password.
    Contoh : bea3084
  3. Untuk mencari nama sekolah perlu tulis nama penuh sekolah. Contoh : Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti seminar lanjutan dari Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM & STPM dengan mendaftar melalui portal e-PTRS.my .

Manfaatkan peluang keemasan ini!

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari www.eptrs.my.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!