Kemasukan Enam Tahun Ke Darjah 1 Mulai 2027 – Soalan Lazim KPM

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kerajaan telah menetapkan penyelarasan umur kemasukan ke Tahun 1 kepada 6 tahun (5+) mulai 2027, tertakluk kepada kesiapsiagaan pelaksanaan nasional dalam Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035.

Ini bertujuan memperkukuh asas pembelajaran dan menjadikan murid lebih bersedia.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pengumuman ini.

Pengenalan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035

Perdana Menteri telah mengumumkan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 sebagai landasan kepada reformasi pendidikan negara yang menyeluruh dan berani.

Menurut beliau, reformasi pendidikan ini mempertegas semula asas jati diri dan kenegaraan, memperkukuh intervensi di awal usia kanak-kanak, serta memartabatkan peranan guru.

Pada masa yang sama, Rancangan Pendidikan Negara turut memperkasa sistem pendidikan tinggi supaya lebih terangkum dan adil, termasuk membuka akses lebih luas kepada pelajar miskin, pelajar berkeperluan khas dan bakat terbaik negara.

Ikhtiar ini bukan sekadar mengubah struktur, tetapi membina insan yang berakar pada nilai, yakin pada identiti, cekal menghadapi perubahan, serta mampu mengangkat masa depan Malaysia dengan ilmu, adab dan ihsan.

enam tahun darjah 1

Soalan Lazim (FAQ) Tentang Kemasukan Murid Enam Tahun Ke Darjah 1 Mulai 2027

Berikut kami kongsikan Soalan Lazim dan kenyataan rasmi oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkenaan kemasukan murid enam tahun ke Darjah 1 mulai tahun 2027:

IBU BAPA BERPELUANG MENDAFTARKAN ANAK-ANAK UMUR ENAM TAHUN (5+) MASUK KE TAHUN 1 SECARA SUKARELA PADA 2027

Antara prakarsa yang diumumkan YAB Perdana Menteri sewaktu meluncurkan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 adalah pilihan kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak berusia enam tahun (5+) masuk ke Tahun 1 secara sukarela.

Inisiatif ini bukan baru. Ia telah dilaksanakan di banyak negara bagi membolehkan anak-anak menyertai sektor pekerjaan pada usia lebih muda sekaligus menangani isu yang terkait dengan negara menua (ageing nation).

Walaupun begitu, inisiatif ini tidak akan dilaksanakan secara terburu-buru. KPM memberikan pilihan kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak yang bersedia mengikuti persekolahan peringkat rendah lebih awal.

Kesediaan anak-anak merujuk kepada keputusan saringan diagnostik yang ditetapkan.

Adakah struktur persekolahan bagi anak-anak yang memulakan persekolahan Tahun 1 pada umur enam tahun (5+) berubah?
Tidak. Struktur pendidikan rendah sedia ada adalah selama enam tahun. Seterusnya, pendidikan peringkat menengah selama lima tahun dan tamat peringkat menengah atas pada umur 16 tahun (15+).

Adakah KPM bersedia?
KPM sedang menambah kelas prasekolah di seluruh negara. Perancangan turut dilakukan untuk menyediakan bilik darjah tambahan dan prasarana lain secara bersasar. Keperluan tambahan guru juga sedang ditangani secara proaktif.

Sumber: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

enam tahun darjah 1
enam tahun darjah 1
enam tahun darjah 1
enam tahun darjah 1
enam tahun darjah 1
enam tahun darjah 1
enam tahun darjah 1
enam tahun darjah 1
enam tahun darjah 1
enam tahun darjah 1
1. Adakah kemasukan murid 6 tahun ke Darjah 1 diwajibkan?

TIDAK. Kemasukan ke Tahun 1 pada umur 7 tahun kekal sebagai laluan standard dan majoriti murid akan mengikuti laluan ini.
Kasmukan awal pada umur 6 tahun ialah pilihan secara sukarela, tertakluk kepada:
– kesediaan kanak-kanak, dan
– pilihan ibu bapa
Tiada paksaan kepada ibu bapa atau kanak-kanak.

2. Siapakah yang dianggap bersedia untuk kemasukan awal ke Tahun 1?

Kesediaan kanak-kanak merujuk kepada kanak-kanak yang
– telah mengikuti prasekolah pada umur 5 tahun (4+), dan
– lulus saringan diagnostik yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM)
Saringan ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan pembelajaran dan kebolehsuaian kanak-kanak terhadap pembelajaran formal.

3. Bagaimana keputusan kemasukan awal ini dibuat?

Keputusan dibuat melalui gabungan :
– keputusan saringan diagnostik KPM, dan
– pilihan ibu bapa secara sukarela

Kemasukan awal tidak berlaku secara automatik dan tidak dibuat secara sewenang-wenangnya.

4. Adakah ibu bapa boleh menukar fikiran selepas kemasukan anak ke Tahun 1 pada umur 6 tahun?

Setelah kanak-kanak diterima masuk ke Tahun 1 pada umur 6 tahun, murid tersebut akan mengikuti persekolahan sepanjang tahun berkenaan selaras dengan struktur persekolahan sedia ada.

Sepanjang tempoh ini,
– perkembangan murid akan dipantau oleh pihak sekolah, dan
– sokongan pembelajaran yang bersesuaian akan diberikan bagi membantu murid menyesuaikan diri.

5. Adakah kemasukan awal ini terpakai kepada institusi pendidikan swasta?

Mulai tahun 2027, tiada halangan bagi institusi pendidikan swasta untuk melaksanakan kemasukan murid umur 6 tahun (5+) Namun begitu, pelaksanaan oleh institusi pendidikan swasta hendaklah mematuhi kaedah dan garis panduan yang ditetapkan oleh KPM.

6. Adakah pembelajaran asas (foundational learning) akan terjejas?

Tidak. KPM telah menyediakan Kurikulum Persekolahan 2027 bagi memastikan:
– asas literasi, numerasi dan kemahiran pembelajaran murid tidak terjejas; dan
– pembelajaran disesuaikan dengan tahap kognitif murid.

Kurikulum ini memastikan semua murid, termasuk yang memasuki Tahun 1 pada umur 6 tahun berupaya menguasai kemahiran asas sebelum meneruskan pembelajaran ke tahap seterusnya.

7. Bagaimanakah kesediaan KPM dari segi prasarana dan guru?

Bagi pelaksanaan kemasukan murid pada tahun 2027, KPM akan:
– menyedia bilik darjah tambahan secara berperingkat melalui kaedah Industrial Building System (IBS)
– meneliti keperluan prasarana berdasarkan permohonan dan keperluan sebenar
– menyediakan guru terlatih melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan pelantikan guru secara Contract of Service (COS).

Perancangan ini dibuat secara berfasa, bukan tergesa-gesa.

8. Adakah murid yang masuk Tahun 1 pada umur 6 tahun perlu berada selama dua tahun di Tahun 1?

Tidak.
Murid akan mengikuti :
– 6 tahun pendidikan rendah, dan
– 5 tahun pendidikan menengah,
selaras dengan struktur pendidikan sedia ada.

Tiada penambahan tahun persekolahan di peringkat rendah.

9. Adakah kemasukan awal ini mengubah tempoh persekolahan murid?

Tidak. Sama ada murid masuk Tahun 1 pada usia 6 tahun atau 7 tahun, semua murid perlu melalui:
– 6 tahun pendidikan rendah, dan
– 5 tahun pendidikan menengah

Struktur pendidikan tidak dipendekkan dan tidak diubah. Hanya umur kemasukan Tahun 1 sahaja berbeza.

10. Ringkasnya, apa yang ibu bapa perlu tahu?

– Umur 7 tahun kekal sebagai laluan biasa masuk Tahun 1.
– Kemasukan Tahun 1 pada umur 6 tahun hanyalah pilihan, bukan kewajipan.
– Kemasukan awal dibuat melalui saringan kesediaan.
– Tiada penambahan tahun persekolahan di sekolah rendah.
– Kebajikan, perkembangan dan kesiapan kanak-kanak sentiasa diutamakan.

Ringkasan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035

  • Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 berteraskan kerangka nilai kemanusiaan dan penguasaan teknologi baharu
  • PM Datuk Seri Anwar yakin Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 adalah lonjakan yang akan beri makna kepada negara
  • Titah Agong: Kerajaan akan perkemas pendidikan Bahasa Melayu agar penguasaannya ditingkatkan
  • Semua pelajar termasuk di sekolah antarabangsa, agama rakyat dan tahfiz wajib ambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia
  • Semua sekolah kebangsaan perlu sediakan guru mencukupi untuk mengajar pilihan Bahasa Cina, Tamil dan Arab
  • Ujian Tahun 4 diperkenalkan mulai tahun ini, tumpuan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
  • Rancangan Pendidikan Negara 2026: Mantapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, beri tumpuan kepada bahasa lain
  • Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 diharap tamatkan polemik bahasa yang tidak berkesudahan
  • Prasekolah bermula pada usia lima tahun, Tahun 1 enam tahun mulai 2027 bergantung kepada kesediaan ibu bapa
  • PM Datuk Seri Anwar umum peruntukan RM100 juta perbaiki kemudahan untuk guru di sekolah
  • Mulai 2026, KPT akan ambil alih seluruh sistem pendidikan prauniversiti, Tingkatan Enam dan matrikulasi
  • Kira-kira 3,000 pelajar OKU di IPTA, politeknik dan kolej komuniti akan diberi pendidikan percuma
  • Pendidikan percuma PTPTN ditingkatkan kepada 10,000 pelajar miskin, berbanding 5,800 di bawah Belanjawan 2026

Sumber : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim via BERNAMA Radio

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut