Pengumuman Terkini Elaun / Imbuhan Tetap Penjawat Awam 2023

IMBUHAN TETAP PENJAWAT AWAM : Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira berhubung penyelarasan imbuhan tetap untuk penjawat awam, termasuk warga pendidik, dua minggu lagi

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Imbuhan Tetap yang disediakan oleh Kerajaan kepada Penjawat Awam.

Pengumuman Terkini Elaun / Imbuhan Tetap Penjawat Awam 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan pertama pelarasan skim gaji itu minggu depan.

“Saya fikir pendekatan lama skim pelarasan gaji perlu dirombak, tunggu pengumuman dan sedikit penyesuaian dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Cakna MADANI Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Pada 13 Julai lepas, Perdana Menteri berkata skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara dan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata ganjaran munasabah dan adil akan diberikan kepada penjawat awam di negara ini berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama.

“Pelarasan ini dilakukan untuk meningkatkan skim gaji guru dan penjawat awam yang lain sekali gus bagi mengurangkan jurang perbezaan skim gaji.

Pengumuman dan sebarang perubahan terhadap elaun / imbuhan semasa akan dikemaskini dari semasa ke semasa dalam artikel ini.

Sementara itu, berikut dikongsikan tentang konsep elaun / imbuhan dalam perkhidmatan awam seperti di bawah :

Konsep Elaun / Imbuhan Tetap Dalam Pendapatan Penjawat Awam

Bagi yang tidak tahu, elaun dalam perkhidmatan awam bermaksud bayaran yang diberikan kepada penjawat awam, sama ada secara bulanan (Imbuhan Tetap) atau secara berubah (Imbuhan Tidak Kekal).

Contoh Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) :

  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Imbuhan Tetap Keraian
  • Imbuhan Tetap Jawatan Utama

Contoh Elaun Tidak Kekal yang diberi berasaskan kriteria yang ditentukan:

Tujuan:

  • Menampungkossarahidupyang meningkat dan berbeza-beza antara kawasan
  • Menggalakkan sumbangan dan produktiviti sektorawam
  • Menarik dan mengekalkan pegawai dalam perkhidmatan tertentu
elaun imbuhan tetap penjawat awam

Kriteria Pemberian Elaun

Buat masa ini, JPA menggariskan kriteria pemberian elaun adalah berdasarkan beberapa faktor berikut:

  1. Kos sara hidup
  2. Tanggungjawab tambahan
  3. Bayaran balik perbelanjaan
  4. Risiko kerja
  5. Kesusahan
  6. Kepakaran
  7. Kemahiran / kompetensi tambahan
  8. Keanehan / kejelikan tugas
  9. Kepentingan pengekalan sesuatu perkhidmatan
  10. Galakan
imbuhan tetap penjawat awam elaun

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk lampiran berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemberian elaun penjawat awam dalam perkhidmatan semasa :

KONSEP ELAUN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM (ITKA)

ELAUN IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP)

BAYARAN IMBUHAN SARA HIDUP (BISH), BAYARAN INSENTIF WILAYAH (BIW), BAYARAN INSENTIF ARAHAN PERTUKARAN (BIAPW), DAN BAYARAN IMBUHAN PERUMAHAN WILAYAH (BIPW)

PEKELILING PERKHIDMATAN
SURAT PEKELILING
BERKAITAN IMBUHAN TETAP PERUMAHAN
(SEMASA)

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN

Pekeliling

  • PP Bil. 8/1980
    Elaun-Elaun dan Kemudahan-Kemudahan Bagi Pegawai Sektor Awam
  • PP Bil. 9/1991
    Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Sektor Awam 1991
  • PP Bil. 2/1996
    Pelarasan Saraan Anggota Sistem Saraan 1995
  • PP Bil. 4/1996
    Bayaran Insentif Khas, Imbuhan Tetap Keraian, Bantuan Pembantu Rumah Dan Menyelenggara Rumah Kumpulan Pengurusan Tertinggi Serta  Imbuhan Tetap Perumahan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • PP Bil. 8/2000
    Pelarasan Gaji 10% Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Baru
  • PP Bil. 12/2001
    Pelarasan Gaji 10% Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Baru
  • PP Bil. 4/2002
    Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • PP Bil. 8/2015
    Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • PP Bil. 12/2016
    Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan Dan Skim Perkhidmatan Pegawai Pergigian
  • PP Bil. 13/2016
    Pindaan Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan Dan Pensyarah Pergigian

IMBUHAN TETAP KERAIAN

Pekeliling

  • PP Bil.4/1980
    Elaun-Elaun dan Kemudahan-Kemudahan Bagi Pegawai Sektor Awam
  • PP Bil. 8/1980
    Elaun-Elaun dan Kemudahan-Kemudahan Bagi Pegawai Sektor Awam
  • PP Bil.10/1986
    Pindaan Elaun Keraian Dan Bayaran Bantuan Sewa Rumah Bagi Pegawai-Pegawai Tingkatan Tertinggi “G” Dan Ke Atas Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 1980
  • PP Bil. 7/1988
    Pindaan Kadar Elaun Keraian Dan Bayaran Bantuan Sewa Rumah Bagi Pegawai-Pegawai Tingkatan Tertinggi “G” Dan Ke Atas Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1986 (Membatalkan PP Bil. 10 Tahun 1986) Dipinda oleh PP Bil. 13 Tahun 1988
  • PP Bil. 9/1991
    Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Sektor Awam 1991
  • PP Bil. 2/1996
    Pelarasan Saraan Anggota Sistem Saraan Baru 1995
  • PP Bil. 4/1996
    Bayaran Insentif Khas, Imbuhan Tetap Keraian, Bantuan Pembantu Rumah Dan Menyelenggara Rumah Kumpulan Pengurusan Tertinggi Serta Imbuhan Tetap Perumahan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • PP Bil. 12/2001
    Pelarasan Gaji 10% Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Baru
  • PP Bil. 4/2002
    Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • PP Bil. 12/2016
    Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan Dan Skim Perkhidmatan Pegawai Pergigian
  • PP Bil. 13/2016
    Pindaan Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan Dan Pensyarah Pergigian

Surat Pekeliling Perkhidmatan

  • SPP Bil. 10/2008
    Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Jawatan Gred Khas Dan Imbuhan Tetap Keraian Bagi Jawatan Gred Khas

​IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM

Pekeliling

  • PP Bil.9/1980
    Perubahan Gaji Sektor Awam – Semakan Gaji Baru
  • PP Bil. 3/1990
    Pindaan Kadar Elaun Khidmat Awam Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1980
  • PP Bil. 9/1991
    Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Sektor Awam 1991
  • PP Bil. 2/1996
    Pelarasan Saraan Anggota Sistem Saraan Baru 1995
  • PP Bil. 4/2002
    Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan

​ Surat Pekeliling Perkhidmatan

  • SPP Bil. 9/2005
    Pindaan Imbuhan Tetap Khidmat Awam Bagi Pegawai Gred 41 Dan 42 Serta Gred 45
  • SPP Bil. 8/2006
    Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam Bagi Pegawai Dalam Kumpulan Sokongan

IMBUHAN TETAP JAWATAN UTAMA DAN GRED KHAS

​Pekeliling

  • PP Bil.9/1991
    Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Sektor Awam 1991
  • PP Bil.10/1991
    Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Sektor Awam 1991 bagi PAsukan Polis Di Raja MalaysiaPerintah Majlis Angkatan Tentera Bil. 7 Tahun 2000

Surat Pekeliling Perkhidmatan

  • SPP Bil.10/2008
    Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Jawatan Gred Khas Dan Imbuhan Tetap Keraian Bagi Jawatan Gred Khas

BAYARAN INSENTIF ARAHAN PERTUKARAN WILAYAH (BIAPW)

Pekeliling

  • PP Bil.4/1988
    Elaun Wilayah Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Yang Bertugas Di Sabah/Sarawak Dan Elaun Gangguan Wilayah Bagi Pegawai Yang BertukarWilayah
  • PP Bil.10/2019
    Pengukuhan Pelaksanaan Pemberian Elaun Dalam Perkhidmatan Awam

BAYARAN INSENTIF WILAYAH (BIW)

Pekeliling

  • PP Bil.4/1988
    Elaun Wilayah Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Yang Bertugas Di Sabah/Sarawak Dan Elaun Gangguan Wilayah Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah
  • PP Bil.1/2016
    Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

BAYARAN IMBUHAN PERUMAHAN WILAYAH (BIPW)

Pekeliling

  • PP Bil.11/2001
    Elaun Perumahan Wilayah Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah
  • PP Bil.10/2019
    Pengukuhan Pelaksanaan Pemberian Elaun Dalam Perkhidmatan Awam

​Surat Edaran

  • Surat Edaran JPA(S)2760/10 Klt.8
  • Surat Edaran JPA(S)63/151 Klt.9(22)
  • Surat Edaran JPA(S)63/151 Klt. 23(8)
  • Surat Edaran JPA(BGE)223/5/4-3(38)
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!