eHealth Sarawak: Borang Pengisytiharan Kesihatan (eHDF)

Semua warganegara Malaysia sama ada warga Sarawak dalam Malaysia atau bukan warga Sarawak dalam Malaysia perlu mengisi Borang Deklarasi eHealth (eHDF) dan wajib memiliki bukti status lengkap vaksinasi sebagai syarat untuk kemasukan ke Sarawak.

Perkara ini dimaklumkan dalam SOP terkini kemasukan ke Sarawak yang dikemaskini pada 12 November 2021.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang eHealth Sarawak @ eHealth Declaration Form (eHDF) dna cara untuk mengisi borang tersebut.

Apakah eHealth / eHDF ?

Tidak kira penerbangan domestik / Semenanjung / Sabah / Labuan dan antarabangsa, semua penumpang perlu mengisi borang eHealth Sarawak secara online.

Borang ini perlu diisi dalam tempoh 12 jam sebelum penerbangan anda.

Setelah mengisi borang tersebut, anda akan mendapat barkod untuk di scan di lapangan terbang.

Ini contoh kod QR yang akan diberikan setelah selesai mengisi borang deklarasi e-Health Sarawak (eHDF).

Cara Isi eHealth Sarawak

e-Borang Pengisytiharan Kesihatan ini boleh diisi melalui laman web https://ms.microweb.my/.

  1. Pastikan anda menjawab semua soalan dengan jujur.
  2. Jika anda gagal, enggan dan/atau lalai untuk mengisi, menyembunyikan atau mengisytiharkan secara palsu, anda mungkin dikenakan bayaran di bawah Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam, 1999.
  3. Anda mungkin tertakluk kepada Ujian Swab COVID-19 semasa Kemasukan secara rawak atau apabila diperlukan mengikut dasar yang dikuatkuasakan pada masa itu.
  4. Pelancong yang memasuki Sarawak di mana-mana pintu masuk dikehendaki melengkapkan borang pengisytiharan mandatori ini.
  5. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penafian kemasukan ke Negeri.
  6. Pelancong sedar sepenuhnya bahawa adalah merupakan satu kesalahan jenayah untuk mendorong Kerajaan Negeri Sarawak membenarkan kemasukan atas dasar pengisytiharan palsu;
  7. Data yang disediakan oleh pengembara adalah sulit sepenuhnya dan hanya berfungsi untuk pencegahan wabak, di bawah pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
  8. Keputusan Borang Pengisytiharan e-Kesihatan (Lorong Hijau/Lorong Biru/Lorong Kuning) tidak menjejaskan kemasukan anda ke dalam dan dalam Sarawak.
ehealth sarawak

Baca juga:

Prosedur Mengisi Borang Deklarasi e-Health Sarawak

  1. Borang eHealth Sarawak boleh didapati di laman web SDMC https://sarawakdisastermc.com/ dan skrol ke bawah tekan butang e-Health atau terus ke pautan https://ms.microweb.my/
  2. Isi online di telefon anda dan screenshot code qr.
  3. Kalau ada anak, letak di bawah sebagai dependant dan isi no telefon anda.
  4. Setibanya di Sarawak, sila berbaris untuk tunjukkan screenshot ehealth code dan terus ke imigresen sarawak.
  5. Sediakan dokumen sokongan seperti dalam jadual di atas.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut berkenaan SOP kemasukan ke Sarawak, sila hubungi saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!