BKSS 6.0: Semakan Status Bayaran Bulan Disember 2021 (RM250)

SEMAKAN TARIKH BAYARAN BKSS 6.0 BULAN DISEMBER 2021 (BAYARAN AKHIR)

Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mengumumkan 15 langkah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.4 bilion bagi meneruskan kelangsungan bantuan yang amat diperlukan rakyat akibat langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD dan PKPB.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah-langkah itu merangkumi sembilan langkah bantuan tunai BKSS bagi Kategori Bujang dan Isi Rumah serta enam langkah pemberian diskaun.

Berikut dikongsikan tentang BKSS 6.0 dan bantuan-bantuan yang telah diumumkan.

Bantuan Tunai BKSS 6.0 Bagi Kategori Bujang & KIR

  • Ketua Isi Rumah (KIR) B40 akan menerima pembayaran tunai RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021
  • Manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas menerima pembayaran tunai RM500 secara sekali bayar (one-off).

Senarai penerima bantuan berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuk senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Pembayaran akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tarikh Bayaran

Kategori KIR – Pembayaran tunai RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021

Kategori Bujang- Pembayaran tunai RM500 secara sekali bayar (one-off) mulai 20 Ogos 2021 (Pada awalnya dijadualkan pada 31 Ogos 2021)

Ringkasan jadual pembayaran adalah seperti berikut:

  • Pembayaran (Status Bujang/RM500 One-Off) – 20 Ogos 2021
  • Pembayaran (Ketua Isi Rumah/RM1500)
    • RM250 – 20 Julai 2021
    • RM250 – 20 Ogos 2021
    • RM250 – 20 September 2021
    • RM250 – 20 Oktober 2021
    • RM250 – 20 November 2021
    • RM250 – 20 Disember 2021
bayaran bkss 6.0 dah masuk

Tarikh Bayaran BKSS 6.0 Bagi Penerima Tunai

Bagi penerima tunai di BSN, bayaran akan dibuat setiap 3 bulan sekaligus.

Tarikh penerimaan / tuntutan adalah seperti berikut:

  • Fasa 1: RM750 mulai 20 Julai 2021
  • Fasa 2: RM750 mulai 20 Oktober 2021
bkss 6.0

Semakan Status Bayaran BKSS 6.0

Anda boleh membuat semakan sama ada anda penerima BKSS atau bukan dengan melayari Portal BKSS 6.0 yang telah dikemaskini di pautan berikut: https://bkss.sarawak.gov.my/

Untuk membuat semakan, sila isikan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan:

Keputusan akan dipaparkan seperti di bawah:

Status Kelulusan BKSS 6.0 B40 2021 (Ketua Isi Rumah)

Status Kelulusan BKSS 6.0 B40 2021 (Bujang)

Sebarang Pertanyaan Boleh Dikemukakan Melalui https://talikhidmat.sarawak.gov.my

Jika terdapat sebarang persoalan, hubungi

Lain-lain Bantuan Untuk Rakyat Sarawak 2021 Yang Telah Diumumkan (2021)

1. Bantuan Untuk Barisan Hadapan

Bayaran Elaun Bulanan Khas selama 6 bulan:

  • Elaun Bulanan Khas Anggota Kesihatan (Doktor perubatan,Jururawat,kakitangan perubatan di hospital,klinik & pusat kuarantin) sebanyak RM300 sebulan selama 6 bulan di seluruh Sarawak.
  • Elaun Bulanan Khas Imigresen RM250
  • Elaun Bulanan Khas PDRM & Bilik Gerakan Negeri  RM200
  • Elaun Bulanan Khas ATM yang menjaga sempadan dan membantu menjaga ketenteram awam RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota RELA RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota KASTAM  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota BOMBA & PENYELAMAT(kecemasan dan kerja sanitasi)  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota APM(yang membantu PDRM & ATM)   RM200

2. Bayaran RM1500 Kepada Pengamal Media

Pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara sekali bayar kepada pengamal media barisan hadapan.

3. Geran Khas BKSS 6.0 RM1500 Untuk Penjaja & Peniaga Kecil

Geran khas berjumlah RM1,500 akan diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu RM750 pada Julai dan RM750 Disember nanti melalui Sarawak Pay.

Sila rujuk: Semakan BKSS Peniaga / Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang

4. Bantuan Kepada Pemilik & Pengendali Penambang

Bantuan tunai secara sekali bayar sebanyak RM500 kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di negeri Sarawak.

5. Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pengendali Van, Teksi & Bas

Bantuan kewangan secara sekali bayar sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah berdaftar di negeri ini.

6. Bantuan RM500 Untuk Pemandu Perkhidmatan e-Panggilan & Pengajar Sekolah Memandu

Bantuan kewangan sebanyak RM500 secara sekali bayar pula akan diberikan kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan dan pengajar sekolah memandu yang pembayarannya dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.

Baca juga: Cara Tebus RM150 Kredit eBelia Melalui ShopeePay Mulai 1 Jun 2021

7. Bantuan Kewangan Untuk Agensi Pelancongan & Operator Homestay

Kerajaan Sarawak akan memberi bantuan kewangan secara sekali bayar iaitu RM3,000 untuk 216 agensi pelancongan berlesen, RM600 untuk 568 Operator Homestay berlesen.

8. Bantuan Kewangan BKSS 6.0 Untuk Pemandu Pelancong & Pemandu Kenderaan Pelancong Berlesen

RM1,500 untuk Pemandu Pelancong dan 173 Pemandu Pelancong Taman Negara dan RM500 untuk 99 Pemandu Kenderaan Pelancong berlesen yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.63 juta.

9. Diskaun Bil Air BKSS 6.0

Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 647,000 isi rumah di seluruh Sarawak

10. Diskaun Bil Elektrik BKSS 6.0

Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.

11. Pengecualian Sewa Untuk PKS

Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Julai hingga Disember 2021.

12. Diskaun 50% Sewa Skim Perumahan HDC

Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.

Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak.

13. Diskaun Sewa Pasar & Gerai PBT

Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.

15. Diskaun 25% Cukai Pintu

Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2021.

Baca juga: Kenyalang Gold Card (KGC): Manfaat Untuk Warga Emas

Lain-lain Bantuan BKSS 6.0

Sepanjang tempoh pelaksanaan BKSS 6.0, terdapat 11 langkah dalam pakej BKSS 5.0 yang masih dalam pelaksanaan, akan turut memberi manfaat kepada rakyat Sarawak iaitu:

  1. Diskaun 30% Cukai Tanah;
  2. Penangguhan Pembayaran Premium Tanah;
  3. Pengecualian Bayaran Permit Dan Lesen Perniagaan;
  4. Pengecualian Pembayaran Lesen Hotel Dan Rumah Tumpangan;
  5. Program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Usahawan Teknikal & Vokasional (USTEV);
  6. Skim Kredit Mikro Sarawak untuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS);
  7. Subsidi Faedah Bagi Targeted Relief And Recovery Facility (TRRF);
  8. (Pemansuhan Kadar Faedah 2% kepada 0% selama 3 tahun setengah di bawah Skim Kredit Mikro;
  9. Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS);
  10. Program Go Digital Sarawak; dan
  11. Latihan Pemasaran Digital.

Maklumat lanjut: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!