e-UKCG : Ujian Kelayakan Calon Guru 2023, Semakan, Tips Calon

HEBAHAN PELAKSANAAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (e-UKCG) CALON LANTIKAN CONTRACT OF SERVICE BAGI PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 TAHUN 2023.

Hebahan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 pada 7 April 2023 telah menetapkan setiap calon pelantikan secara Contract of Service (CoS) perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) secara dalam talian sebelum ditemu duga.

Calon-calon berikut perlu menduduki eUKCG:

  • graduan BUKAN PENDIDIKAN daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
  • graduan BUKAN PENDIDIKAN yang memiliki ijazah sarjana SELAIN Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Calon-calon berkenaan diminta untuk melayari pautan berikut bagi menduduki eUKCG secara atas talian.

Calon-calon dikehendaki mendaftar nombor pin/ kata laluan bermula 11 Mei 2023 sehingga 14 Mei 2023 sebelum diberi akses bagi menduduki ujian tersebut.

Semakan Pendaftaran e-UKCG 2023

Hebahan Umum.

Merujuk kepada hebahan pelaksanaan eUKCG bertarikh 10 Mei 2023, pendaftaran eUKCG kini dilanjutkan sehingga 17 Mei 2023 (Rabu).

Justeru, calon yang layak diminta untuk mendaftarkan no pin/ kata laluan di https://ukcg.moe.gov.my bagi mendapatkan tarikh menduduki ujian.

Panduan untuk calon bagi mengenal pasti status kelayakan menduduki eUKCG adalah seperti di lampiran di bawah yang berikut:

Bagi sebarang pertanyaan calon-calon boleh salurkan kepada:

a) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – urusan eUKCG : 03-8312 6731/ 6768/ 6760/ 6733/ 6693

b) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) – urusan pengambilan :03-8893 4019 / 4020

Untuk makluman, calon-calon diminta memberi perhatian tarikh penting semakan kelulusan e-UKCG.

Calon tidak dibenarkan menukar tarikh ujian dan calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.

Baca juga: e-Recruit USM: Pendaftaran & Permohonan Jawatan Kosong USM

Ujian Online & Pendaftaran

Calon yang layak diminta untuk mendaftarkan no pin/ kata laluan di https://ukcg.moe.gov.my bagi mendapatkan tarikh menduduki ujian.

Bagi yang telah berjaya mendaftar kata laluan, anda akan menggunakan kata laluan tersebut untuk menduduki ujian e-UKCG dan mendapat maklumat ujian.

Sila rujuk lampiran di bawah :

Berikut pula adalah slip menduduki ujian online eUKCG

Apakah UKCG & eUKCG?

UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru

e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.

Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.

e-ukcg ukcg

Tips Temuduga UKCG

Tip dan Panduan e-UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru)

Calon-calon boleh menyaksikan sebuah video panduan dan tips yang dikongsikan oleh Institut Pendidikan Guru KPM -Rasmi untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG):

“Jom Jadi Cikgu” Siri 2

https://www.facebook.com/ipgKemPendidikan/videos/1120369408524390

Ada kawan minta tips untuk temuduga UKCG bagi jawatan PPP DG41 (Contract of Service) yang akan bermula esok.

Point no.7 ramai yang terlepas pandang.

Apakah UKCG?

  1. UKCG ataupun sebenarnya dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru. Sesetengah temuduga digelar sebagai INSAK atau Medsi.
  2. Soalan menguji tahap kelayakan profesion seorang guru.
  3. Soalan UKCG ini tidak ada format jawapan yang boleh dihafal.
  4. Soalan dipecah kepada beberapa bahagian. Biasanya 45 minit untuk 180 soalan. Jadi, ada 15 saat sahaja untuk satu soalan.
  5. Soalannya menguji inventori seorang guru yang merangkumi integriti, personaliti, kecerdasan emosi dan sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru.
  6. Soalan UKCG ada yang berulang. Contoh soalan nombor 8 dan soalan nombor 39 adalah sama.

: Dia nak tengok kita ini tetap pendirian ataupun tidak. Jadi jawablah jawapan yang sama.

No.7 ini paling ramai yang gagal. Jom tengok

  1. Soalan akan menguji psikologi / tahap kewarasan bakal guru. Contohnya soalan makhluk ghaib.

: Dia akan tanya pernah dengar bisikan, gangguan suara ataupun kelibat bayangan.

  1. Secara am, soalan berkisar tentang Personaliti yang perlu ada pada seorang guru.

: Sama ada pandai sosial, boleh bekerja secara kumpulan, boleh dengar arahan daripada ketua dan soal kepimpinan.

Biasanya soalan berkisar ini juga. Boleh pulun study. Apa pun cubalah jawab secara jujur. Ada sebab kenapa UKCG dijalankan.

Moga terlahirnya guru yang berkualiti.

Wish you all Good Luck!

e-ukcg ukcg

*Sumber: Facebook Nabilah Md Harun.

Lokasi / Cara Menjawab e-UKCG

e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian.

Calon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.

e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.

Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, e-UKCG adalah SULIT.

Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.

Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk lebih selesa.

Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.

Untuk mengetahui anda layak atau tidak anda ambil ujian ini, boleh check melalui pautan yang dikongsikan di bawah ini:

Pautan: https://ukcg.moe.gov.my/

Baca juga: PISMP 2022: Permohonan IPG Online Bagi Lepasan SPM

Tarikh Semakan Keputusan Calon Jaya

Pengumuman rasmi calon jaya adalah dibuat dari semasa ke semasa mengikut ambilan dan temuduga.

Semakan online boleh dibuat di pautan berikut: https://ukcg.moe.gov.my/

Bagi calon PISMP, sila layari
https://pismp.moe.gov.my/

Maklumat Lanjut

Sila hubungi saluran berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
https://mypdpp.moe.gov.my/

Maklumat terkini berkaitan proses pengambilan PISMP 2022 boleh diakses menerusi portal PISMP.

No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6719/ 6760
Emel : | [email protected] |

https://pismp.moe.gov.my/kalendar.cfm/

Maklumat lain yang berkaitan boleh juga dilayari di facebook Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, IPGM

https://www.facebook.com/Jabatan-Pengambilan-dan-Penempatan-Ipgm-Kpm-100358478320097/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: