Langkah Menggunakan e-Panduan Bagi Pelajar Lepasan SPM

Bagi pelajar lepasan SPM, anda boleh merujuk panduan yang dimuatkan dalam e-Panduan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang ingin dipohon sama ada di peringkat Sijil, Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda.

e-Panduan mengandungi beberapa perkara menarik antaranya menyemak ke syarat kemasukan ke Universiti untuk satu-satu program.

Seperti mana yang kita ketahui, syarat kemasukan ke setiap universiti mungkin berbeza antara satu sama lain.

Melalui e-Panduan, kita boleh semak syarat kemasukan untuk sesuatu program pengajian di mana-mana universiti awam di Malaysia, seterusnya memudahkan kita membuat permohonan ke UPU sekiranya kita memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Apa itu e-Panduan?

e-Panduan merupakan platform bagi semakan syarat kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) & Institusi Latihan Kemahiran Awam bagi lepasan SPM dan STPM/ Setaraf.

Platform ini dibangunkan untuk pelajar lepasan SPM dan pelajaran lepasan STPM atau Setaraf.

Melalui sistem yang dibangunkan, pelajar boleh membuat perkara-perkara berikut:

  1. Semakan program pengajian yang diingini di universiti tersebut
  2. Semakan syarat kemasukan (syarat khas dan syarat am)
  3. Tempoh pengajian
  4. Yuran pengajian
  5. Lokasi kampus
  6. Laluan kerjaya
  7. dan lain-lain maklumat berkaitan

Artikel berkaitan: Permohonan UPUOnline 2023/2024 – Syarat, Tips, Tarikh Penting

Portal e-Panduan UPUOnline

e-panduan UPU

Laman web e-Panduan boleh diakses melalui pautan https://online.mohe.gov.my/epanduan/

Melalui platform ini, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

  • Melihat senarai IPTA dan ILKA
  • Membuat carian program pengajian
  • Menyemak syarat kemasukan
  • Kalkulator merit

UPUPocket

upupocket e-panduan

Sebagai alternatif, anda juga boleh mengakses platform e-Panduan melalui aplikasi UPUPocket.

Sekiranya anda belum memasang aplikasi UPUPocket di peranti mudah alih anda, anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma melalui salah satu pautan di bawah:

  1. Google Play – Untuk pengguna Android
  2. App Store – Untuk pengguna iOS

Berikut merupakan cara untuk mengakses e-Panduan:

  • Klik pada e-Panduan di paparan menu utama
  • Pilih kategori – Lepasan SPM atau Lepasan STPM/Setaraf
  • Pilih IPTA/ILKA yang diingini
  • Pilih program pengajian untuk melihat syarat kemasukan. Anda juga boleh menggunakan kotak carian untuk mencari program pengajian dengan lebih pantas.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!