Daun keladi merupakan salah satu dari pokok hiasan yang popular di Malaysia. Namun tidak ramai yang tahu, daunnya mempunyai manfaat yang sangat besar kepada kesihatan manusia.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat daun keladi yang perlu anda tahu.
Baca juga:
Apa itu daun keladi?
Daun keladi (Caladium) adalah sejenis tumbuhan dari famili Araceae yang boleh ditemukan di selatan India dan Asia Tenggara.
Tumbuhan ini paling mudah dikenali dengan daunnya yang lebar berbentuk hati (heart shape) dengan saiz dan warna yang bergantung kepada spesisnya.
Unikya lagi ia mempunyai mekanisme membersihkan diri sendiri (self-cleaning). Sesetengah spesis keladi mengeluarkan sulur yang menjalar.
Di Malaysia keladi di tanam di kawasan tanah gambut dan sesetengahnya pada tanah mineral.
Jenis-jenis dan spesis
Berikut adalah antara jenis dan spesis pokok keladi mengikut kategori tertentu:
Jenis pokok keladi untuk hiasan:
- Keladi gingerland
- Keladi white queen
- Keladi freckles
- Keladi thai beauty
- Keladi candidum
- Keladi spring fling
- Keladi carolyn whorton
- Keladi moonlight
- Keladi white christmas
- Keladi miss muffet
- Keladi tengkorak
- Keladi amazon
- Keladi blacjack
- Keladi hitam
- Keladi army look
- Keladi polka green
- Keladi bicolor
- Keladi semangka
- Keladi radiance
- Keladi freida hempel
Jenis pokok keladi yang mahal:
- Keladi Thailand
- Keladi hibrida
- Keladi fannie munsoom
- Keladi wayang
- Keladi red kujang
Jenis pokok keladi yang beracun:
- Keladi dieffenbachia
- Keladi caladium
- Keladi philodendron
- Keladi peace lily
- Keladi mickey mouse
- Keladi english ivy
- Keladi devil’s ivy
- Keladi lidah mertua
Fakta kandungan nutrisi
Berikut adalah kandungan nutrisi bagi keladi:
- Protein: 0.92 g
- Jumlah lemak: 0.09 g
- Karbohidrat: 2.32 g
- Kalsium: 12 mg
- Zat besi: 0.6 mg
- Fosforus: 28 mg
- Kalium: 332 mg
- Natrium: 1 mg
- Vitamin C: 21 mg
- Vitamin B1: 0.04 mg
- Vitamin B2: 0.05 mg
- Vitamin B3: 0.8 mg
Khasiat daun keladi
Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:
1. Mengatasi masalah kulit
Beberapa orang menggunakan ekstrak daun keladi untuk mengatasi masalah kulit seperti jerawat, eczema, dan dermatitis.
Sifat anti-inflamasi dan anti-septiknya dapat membantu mengurangi peradangan dan menjaga kulit tetap sihat.
2. Menjaga kesihatan jantung
Beberapa kajian menunjukkan bahawa ekstrak daun ini dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung dengan menurunkan kadar kolesterol serta tekanan darah.
Ini secara tidak langsung juga dapat membantu mengurangi risiko penyakit kardiovaskular.
3. Membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat
Daun keladi memiliki sifat antiseptik yang membantu dalam penyembuhan luka yang lebih cepat dan melindungi dari infeksi seperti luka terbakar.
Ia juga mengandungi sebatian yang dipanggil allantoin yang dikenali untuk menggalakkan pertumbuhan tisu baru dan membantu luka sembuh lebih cepat.
4. Menguatkan sistem imun
Daun keladi adalah sumber vitamin C yang baik yang membantu menguatkan sistem imun.
sebatian fenolik dan antioksidan membantu tubuh melawan jangkitan dan melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Justeru tidak hairanlah, mereka yang memasukkan daun ini dalam diet pemakanan boleh membantu meningkatkan pertahanan diri.
5. Meningkatkan penglihatan mata
Vitamin A dalam daun keladi sangat penting untuk membantu mengelakkan rabun malam, meningkatkan penglihatan, kesihatan retina dan bahagian mata yang lain.
6. Melancarkan sistem pencernaan
Daun keladi adalah sumber serat yang baik bagi mengawal saluran pencernaan.
Dalam perubatan tradisional Cina, daunnya digunakan sebagai agen pembersih untuk melancarkan pergerakan usus dan penghadaman seseorang.
7. Menyokong kesihatan tulang
Daun keladi juga mengandungi kalsium dan fosforus, yang penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
Kekurangan mineral ini boleh menyebabkan masalah osteoporosis dan kerosakan gigi.
Oleh itu, memasukkan daun keladi dalam diet anda boleh membantu untuk memastikan tulang sentiasa sihat dan kuat.
8. Melawan keradangan
Vitamin C adalah nutrien anti-radang yang popular, dan daun keladi adalah sumber vitamin ini yang baik.
Kajian pada tahun 2021 menunjukkan bahawa daun keladi mempunyai sifat anti-radang.
Ini bermakna pengambilan daun keladi boleh membantu mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit seperti arthritis dan asma.
9. Membantu merawat ruam dan sakit dalam mulut
Daun keladi juga telah digunakan secara tradisional di Asia untuk merawat ruam dan kudis di mulut.
Ini kerana ia dianggap mempunyai sifat anti-septik dan anti-mikrob. Walau bagaimanapun, tiada bukti saintifik untuk menyokong kenyataan tersebut.
10. Meningkatkan kesihatan otak
Tekanan oksidatif merosakkan sel dan menyumbang kepada penyakit Alzheimer, kanser, penyakit Parkinson, strok, serta kegagalan jantung.
Pengambilan daun keladi manis secara berkala boleh mengelakkan otak daripada tekanan oksidatif iaitu kerosakan radikal bebas kerana sifat vitamin K nya.
Cara penjagaan pokok keladi
Untuk penjagaan yang baik untuk pokok keladi hiasan, anda boleh cuba lakukan seperti tips di bawah ini:
- Sesuaikan lokasi dengan jenis keladi
- Pilih media tanaman yang terbaik
- Pembajaan mengikut jadual
- Pencegahan dan kawalan penyakit / perosak
- Buang daun tua dan berpenyakit
- Siram air secukupnya
- Asingkan anak pokok dan tanam anak pokok keladi dalam pasu yang berlainan
- Semai ubi keladi yang sudah matang
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat daun keladi dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Keladi di Malaysia. MARDI
- Yam Leaves Information and Facts. Specialty Produce
- Daun Keladi. Picture This Ai