Cara Daftar Google Adsense Untuk Youtube & Website

Sekiranya anda seorang pemilik website atau Youtube, sila daftar adsense!

Ada boleh membuat duit secara online menggunakan pengiklanan Google Adsense dengan meletakkan iklan Adsense di website atau video Youtube anda.

Jangan terkejut, bagi website yang mempunyai trafik yang tinggi atau video Youtube yang mempunyai jumlah tontonan yang tinggi, tidak mustahil anda mampu memperoleh ribuan ringgit setiap bulan dengan Google Adsenses.

Bagaimanakah caranya untuk daftar Google Adsense?

Apa itu Google Adsense?

Google AdSense ialah program pengiklanan yang dijalankan oleh Google yang melaluinya pemilik tapak web boleh memaparkan teks, imej, video atau iklan media interaktif yang disasarkan kepada kandungan tertentu atau secara umum.

Iklan ini ditadbir, dikawalselia dan diselenggara oleh Google.

Pemilik website atau video boleh memperoleh pendapatan melalui setiap klik iklan atau paparan iklan yang ditonton oleh pembaca website atau penonton video anda.

Program pengiklanan ini telah dilancarkan pada pertengahan tahun 2003 oleh Google dan kini merupakan program pengiklanan paling popular di Internet.

Ia memberikan peluang yang baik untuk pemilik website dan video untuk menukar trafik mereka kepada wang dan setiap tahun, Google membayar lebih $10 bilion kepada penerbitnya.

Kelebihan Google Adsense

daftar adsense youtube

Mengapakah Google Adsense boleh dikatakan medium pengiklanan terbaik di internet?

  1. Jumlah besar penerbit dan pengiklan. Sehingga hari ini, lebih 10 juta laman web menggunakannya.
  2. Tahap keselamatan dan ketelusan yang tinggi untuk pengiklan dan penerbit. Ini adalah satu lagi ciri AdSense yang bagus. Google bertindak sebagai perantara antara kedua-dua pihak dan mengambil kira keseluruhan proses yang telus dan jelas untuk semua orang.
  3. Semua metrik yang diperlukan boleh dijejaki dalam akaun Google Analytics anda.
  4. Kepelbagaian format iklan. Dalam AdSense, pengiklan boleh menjalankan teks, imej, iklan HTML, iklan video dan banyak lagi, dan dalam pelbagai saiz.

Cara daftar Google Adsense

Berikut merupakan cara daftar Adsense:

  1. Pastikan anda sudah mempunyai akaun Gmail terlebih dahulu, sekiranya belum ada sila daftar.
  2. Layari laman Google Adsense di alamat https://www.google.com/adsense/start/
  3. Klik pada butang “Get Started”
  4. Log masuk menggunakan akaun Gmail anda
  5. Lengkapkan pendaftaran dengan melengkapkan info-info berikut:
    • Maklumat website
    • Negara
  6. Tandakan pada kotak persetujuan Terma dan Syarat
  7. Klik pada butang “Start Using Adsense”

Setelah melengkapkan segala proses pendaftaran dan verifikasi, biasakan diri anda untuk meneroka Dashboard Adsense dan di situ anda akan dapat melihat pelbagai jenis dan saiz pengiklanan yang boleh diletakkan di laman web anda.

Cara aktifkan Google Adsense pada Youtube

Sekiranya anda seorang Youtuber tegar, anda boleh daftar Google Adsense dan mula menjana duit dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka halaman Youtube
  2. Klik pada ikon abjad nama anda pada penjuru kanan halaman Youtube
  3. Klik pada Youtube Studio
  4. Pada bahagian menu di sebelah kiri, klik pada “Monetisation”
  5. Klik butang START kad Sign Up untuk Google AdSense
  6. Apabila anda diminta, masukkan kata laluan akaun YouTube anda dan sahkan semula apabila diperlukan.
  7. Pilih akaun Google yang anda ingin gunakan untuk AdSense
  8. Teruskan melengkapkan tetapan akaun anda. Berikan maklumat diri anda dan hantar permohonan akaun AdSense anda
  9. AdSense akan memaklumkan anda melalui e-mel setelah akaun anda diluluskan, yang boleh mengambil masa sehingga beberapa hari.

Setelah diluluskan, anda akan melihat pengesahan dalam YouTube Studio dalam kad Daftar untuk Google AdSense bahawa akaun AdSense anda diluluskan dan aktif.

Info lanjut: https://support.google.com/adsense/answer/10162?hl=en

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!