Advertisements

Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor 2022

Advertisements

Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor 2022

Untuk makluman, Hari Keputeraan Sultan Selangor bagi tahun 2022 akan disambut pada 11 Disember 2022 (Ahad).

Hari ini merupakan Hari Kelepasan Am Negeri Selangor, di mana semua rakyat negeri ini akan diberikan cuti.

Memandangkan hari ini jatuh pada hari Ahad (11 Disember 2022), maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am, iaitu pada Isnin, 12 Disember 2022.

Sila rujuk lampiran oleh Portal Kerajaan Negeri Selangor yang berikut:

Hari Keputeraan Sultan Selangor 2022

hari keputeraan selangor
Sumber: Portal Kerajaan Negeri Selangor
hari keputeraan selangor

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

D.K., D.M.N., D.K. (TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), D.K. (PAHANG), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor yang ke-9 pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422 Hijrah.

Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Paduka Ayahanda Baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada 8 Mac 2003 bersamaan 4 Muharram 1424 Hijrah.

Baginda diputerakan pada 24 Disember 1945 di Istana Jemaah, Klang dan adalah putera sulung kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Paduka Bonda Raja Selangor, Almarhumah Raja Saidatul Ihsan Binti Tengku Badar Shah.Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur dan St. John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959 dan melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 sebelum meneruskan pendidikan di Langhurst College, England sehingga tahun 1968.

Baginda kemudian kembali ke tanah air dan berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur untuk memperolehi pengalaman dan pengetahuan luas dalam bidang pentadbiran.Pada September 1960 ketika berusia 15 tahun, Baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Selangor, dimasyhurkan dengan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli pada tahun 1970 di Istana Alam Shah, Klang.

Baginda telah dikurniakan dengan dua orang Puteri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah, serta seorang Putera, Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor.Pada tahun 1995 hingga 1996, Baginda telah mencipta sejarah apabila melakukan pelayaran mengelilingi dunia di atas kapal layar S.Y Jugra selama 22 bulan.

Pada tahun 1997 pula, Baginda menyertai cabaran memandu kereta vintaj dari Peking ke Paris, yang menjangkau jarak 16,000 kilometer selama 43 hari.

Pada tahun 2001, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga kini. Pada tahun 2012, Kerajaan Perancis telah mengurniakan Baginda dengan pingat Commandeur de la Legion d’Honneur.

Baginda telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doctor of Public Administration oleh Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) pada tahun 2001 dan dilantik sebagai Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak tahun 2002 sehingga kini.

Pada tahun 2018, Baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doctor of Laws oleh University of Nottingham dan Ijazah Kehormat Doctor of the University oleh Heriot-Watt University.

Pada 31 Ogos 2016, Baginda telah melangsungkan pernikahan dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

FACEBOOK RASMI : Selangor Royal Office

TWITTER : SelangorRoyal

INSTAGRAM : selangorroyalofficial

Baca juga: Kalendar 2023: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia