Cuti Umum Selangor 2026: Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah

cuti selangor 2024
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Tarikh Cuti Umum Selangor 2026 akan dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan negeri Selangor. Untuk mengetahui Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah Negeri Selangor bagi tahun 2026, sila rujuk Portal Rasmi
Kerajaan Negeri Selangor di www.selangor.gov.my/

Dengan adanya senarai cuti umum dan cuti sekolah Selangor, ia dapat memudahkan banyak pihak membuat perancangan lebih awal bagi tahun 2026 kelak.

Rujuk info penuh Cuti Umum Selangor 2026 di bawah.

BACA JUGA: Cuti Umum 2026 & Cuti Sekolah Malaysia KPM

Tarikh Cuti Umum Selangor 2026

Takwim Cuti Selangor dan Hari Pelepasan Umum 2026 untuk rakyat Selangor adalah seperti berikut:

TarikhHariCuti
1 JanKhamisTahun Baru
1 FebAhadHari Thaipusam
2 FebIsninCuti Hari Thaipusam
17 FebSelasaTahun Baru Cina
18 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua
7 MacSabtuHari Nuzul Al-Quran
21 MacSabtuHari Raya Aidilfitri
22 MacAhadHari Raya Aidilfitri Hari Kedua
23 MacIsninCuti Hari Raya Aidilfitri
1 MeiJumaatHari Pekerja
27 MeiRabuHari Raya Haji
31 MeiAhadHari Wesak
1 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong
1 JunIsninCuti Hari Wesak
17 JunRabuAwal Muharram
25 OgosSelasaMaulidur Rasul
31 OgosIsninHari Kebangsaan
16 SepRabuHari Malaysia
8 NovAhadHari Deepavali
9 NovIsninCuti Hari Deepavali
11 DisJumaatHari Keputeraan Sultan Selangor
25 DisJumaatHari Krismas
**Maklumat ini akan dikemaskini setelah Takwim Cuti Selangor 2026 dikeluarkan secara rasmi.

Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah KPM 2026

Berikut pula dikongsikan senarai penuh tarikh-tarikh cuti umum bagi tahun 2026 untuk setiap negeri di Malaysia seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2026

Bagi negeri Selangor, Cuti Hari Kelepasan Am Persekutuan 2026 adalah pada:

  1. Tahun Baru Cina – 17 & 18 Februari
  2. Hari Raya Puasa – 21 & 22 Mac
  3. Hari Pekerja – 1 Mei
  4. Hari Raya Qurban – 27 Mei
  5. Hari Wesak – 31 Mei
  6. Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong – 1 Jun
  7. Awal Muharram – 17 Jun
  8. Maulidur Rasul – 25 Ogos
  9. Hari Kebangsaan – 31 Ogos
  10. Hari Malaysia – 16 September
  11. Hari Deepavali – 8 November
  12. Hari Krismas – 25 Disember

JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI 2026

Bagi negeri Selangor, Cuti Hari Kelepasan Am Negeri 2026 adalah pada:

  1. Tahun Baharu 2026 – 1 Januari
  2. Hari Thaipusam – 1 Februari
  3. Hari Nuzul Al Quran – 7 Mac
  4. Hari Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember

Harap maklum bahawa tarikh yang dinyatakan di atas tertakluk kepada sebarang perubahan terkini yang diumumkan oleh kerajaan Negeri Selangor pad bila-bila masa.

Tarikh Cuti Sekolah 2026 – Negeri Selangor

Berikut pula adalah takwim persekolahan dan tarikh cuti sekolah bagi sekolah-sekolah di seluruh Selangor seperti yang telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selangor termasuk dalam Kumpulan B yang mana sekolah-sekolah di negeri ini cuti hujung minggu mereka jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Negeri-negeri dalam kumpulan ini adalah:

  • Perlis
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Johor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Pahang
  • Sarawak
  • Sabah
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Untuk kumpulan B, berikut ialah Kalendar Akademik bagi tahun 2026:

  • Cuti Penggal 1: 21 Mac – 29 Mac 2026
  • Cuti Pertengahan Tahun 2026: 23 Mei – 7 Jun 2026
  • Cuti Penggal 2: 29 Ogos – 6 September 2026
  • Cuti Akhir Persekolahan Tahun 2026: 5 Disember – 31 Disember 2026

Manakala, kalendar cuti perayaan pula adalah seperti berikut:

Long Weekend – Cuti Hujung Minggu Panjang 2026

Terdapat beberapa cuti panjang hujung minggu untuk tahun 2026 seperti di bawah:

Soalan Lazim Cuti Umum Selangor 2026

Adakah Hari Thaipusam Cuti Umum di Semua Negeri Malaysia?

Tidak. Hari Thaipusam diisytiharkan sebagai Cuti Umum Negeri secara khas oleh beberapa negeri sahaja. Di Semenanjung Malaysia, Thaipusam diisytiharkan sebagai cuti umum di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, dan Johor. Sekiranya anda bekerja di negeri selain daripada yang disenaraikan, hari tersebut bukanlah cuti umum bagi anda.

Bagaimanakah Pengiraan Cuti Ganti Dibuat di Selangor?

Mengikut Akta Hari Kelepasan Am 1951, apabila Hari Kelepasan Am yang diisytiharkan jatuh pada hari rehat mingguan (Ahad di kebanyakan sektor di Selangor) atau hari cuti umum yang lain, maka hari berikutnya hendaklah menjadi hari cuti umum berganti.

Bila tarikh cuti umum Selangor 2026?

Tarikh Cuti Umum Selangor 2026:
Tahun Baru: 1 Januari (Khamis)
Hari Thaipusam: 1 Februari (Ahad) dan 2 Februari (Isnin)
Tahun Baru Cina: 17 Februari (Selasa) dan 18 Februari (Rabu)
Hari Raya Aidilfitri: 21–23 Mac (Sabtu–Isnin)
Hari Keputeraan Sultan Selangor: 11 Disember (Jumaat)
Hari Krismas: 25 Disember (Khamis)
Hari Raya Haji: 27 Mei (Rabu)
Hari Pekerja: 1 Mei (Jumaat)
Hari Wesak: 31 Mei (Ahad)
Hari Keputeraan Agong: 1 Jun (Isnin)
Awal Muharram: 17 Jun (Rabu)
Hari Merdeka: 31 Ogos (Isnin)
Hari Malaysia: 16 September (Rabu)
Deepavali: 8 November (Ahad)

Adakah semua tarikh cuti umum Selangor sama dengan cuti persekutuan?

Sebahagian besar tarikh cuti umum Selangor sama dengan cuti persekutuan, tetapi terdapat cuti negeri khusus seperti Hari Keputeraan Sultan Selangor pada 11 Disember.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut