Hari Keputeraan YDP Agong 2024 Sultan Ibrahim & Tarikh Cuti Am

TARIKH CUTI HARI KEPUTERAAN YDP AGONG MALAYSIA 2024 SULTAN IBRAHIM

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

hari keputeraan agong 2023 cuti

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen. Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal  terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu memastikan tarikh-tarikh persidangan yang akan diadakan pada penggal berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa dua puluh lapan (28) hari sebelum sesuatu persidangan boleh bermula. Walau bagaimanapun, Ketua  atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat boleh meminda tarikh-tarikh yang telah ditetapkan  dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihanraya umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu. Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar. Dalam tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat mestilah diadakan. Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.

Rujuk : Senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Tarikh Cuti Hari Keputeraan YDP Agong 2024 Di Malaysia

Tarikh cuti sempena Hari Keputeraan YDP Agong di Malaysia bagi tahun 2024 adalah pada 6 Jun.

Cuti ini termasuk sebagai salah satu Hari Kelepasan Am Persekutuan, bermakna semua negeri akan bercuti pada hari ini.

cuti hari keputeraan agong 2024

Tahukah anda, mengikut Akta Kerja 1955, terdapat 5 hari cuti umum wajib dan berbayar dalam satu tahun dan salah satunya termasuk cuti sempena Hari Keputeraan YDP Agong ini.

5 hari cuti umum wajib itu adalah:

  1. Hari Pekerja (1 Mei)
  2. Hari Keputeraan Raja-Raja / Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
  3. Hari Keputeraan YDP Agong (6 Jun)
  4. Hari Kebangsaan (31 Ogos)
  5. Hari Malaysia (16 September)
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Sementara itu, 6 hari pilihan Majikan ini pula tertakluk kepada mana-mana hari yang diwartakan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 8 Akta Cuti Kelepasan Am 1951.

Enam hari kelepasan am yang lain ini perlu ditetapkan oleh Majikan pada awal tiap-tiap tahun.

Jika diperlukan dan diarahkan majikan untuk bekerja pada hari tersebut, bayaran tambahan perlu dibayar [Rujuk Seksyen 60D (3) Akta Kerja 1955]

Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 pula merujuk kepada cuti mengejut yang diberikan oleh kerajaan yang tidak diwartakan.

Cuti ini contohnya meraikan kemenangan pasukan bola atau sempena membentuk Kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum.

Baca juga: