CNY 2023: Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2023 Malaysia

Tahun Baru Cina adalah antara cuti umum yang utama di seluruh negeri di Malaysia, di mana cuti ini diberi sebanyak 2 hari dalam kalendar umum.

Tarikh Tahun Baru Cina akan berubah setiap tahun kerana ia mengikut tarikh dalam kalendar lunar, tetapi ia selalunya jatuh pada awal tahun dalam bulan Januari atau Februari.

Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut secara besar-besaran dan suasananya begitu meriah di Malaysia memandangkan hampir 1/4 daripada rakyat Malaysia adalah berbangsa Cina.

CNY 2023

Dalam kalendar Cina, terdapat 12 binatang mewakili zodiak setiapnya iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi; haiwan ini sepatutnya mewakili karakter pada tahun satu-satu tahun tersebut dan mereka yang lahir di dalamnya.

Selain itu, setiap binatang ini juga memberi signifikan dan tuahnya yang tersendiri.

Cuti Sambutan Tahun Baru Cina 2023 Malaysia

Cuti CNY diperuntukkan sebanyak 2 hari di Malaysia.

Bagi tahun 2023, perayaan ini jatuh pada 22 Januari 2023 (Ahad). Oleh itu, cuti ini akan dibawa ke tarikh berikutnya memandangkan hari kedua CNY adalah pada 23 Januari 2023 (Isnin) juga merupakan cuti umum.

Cuti Sekolah Tambahan KPM

KPM memperuntukkan 1 hari cuti tambahan bagi sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Sila rujuk Cuti Tambahan Chinese New Year 2022 pada Takwim KPM Sesi 2022 / 2023 yang berikut:

KUMPULAN A : Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

  • 24 Januari 2023 (Selasa)
  • Jumlah cuti : 5 hari [ Mulai 20 Januari (Jumaat) hingga 24 Januari (Selasa) ]

KUMPULAN B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

  • 20 Januari 2023 (Jumaat)
  • Jumlah cuti : 5 hari [ Mulai 20 Januari (Jumaat) hingga 24 Januari (Selasa) ]

Baca juga: Kalendar 2023: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia

Pada malam CNY, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga, lebih-lebih lagi ahli keluarga yang telah lama terpisah.

Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi paket ‘angpau, iaitu sejumlah wang yang diisi dengan sampul kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga yang membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan.

Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Chinese New Year, dan semua ini akan kelihatan tergantung pada rumah-rumah, kedai, pusat membeli belah termasuklah hiasan jalanan.

Sepanjang berlangsungnya perayaan ini, tarian singa yang diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah akan dapat dilihat di rumah-rumah dan kedai-kedai.

Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.