Doa Menyambut Ramadan & Melihat Anak Bulan – JAKIM

DOA MENYAMBUT RAMADAN & DOA SETELAH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan bagi tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah di Malaysia melalui radio dan televisyen.

Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam di Malaysia itu akan dibuat selepas mendapat laporan melihat anak bulan Ramadan di beberapa lokasi mencerap di seluruh negeri yang diadakan lewat petang pada hari Rabu, 22 Mac 2023.

Dalam pada itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan hilal rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Pengisytiharan hari mula puasa bulan Ramadhan 2023 di Malaysia akan diumumkan di saluran RTM TV1 (jam 8:00 malam, 22 Mac 2023).

Doa Menyambut Ramadan & Doa Apabila Melihat Anak Bulan Ramadan

Para salafussoleh menyambut kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan banyak berdoa kepada Allah.

Mereka berdoa supaya direzekikan bertemu Ramadhan dan diberikan keberkatan, keimanan, keselamatan untuk menempuhi Ramadhan dengan ibadah-ibadah yang diterima.

Antara doa yang diriwayatkan adalah doa ini.

DOA MENYAMBUT BULAN RAMADAN

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

[Allahumma sallimni li ramadhan, wasallim ramadhana li, watasallamhu minni mutaqabbala.]

Maksudnya : Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).

[Diriwayatkan oleh Imam Tabrani dalam Kitab al-Du’a (913)]

doa menyambut ramadan
Sumber: JAKIM

DOA APABILA MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN

Rasulullah SAW telah mengajarkan doa untuk dibaca apabila melihat anak bulan Ramadan:

اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ

Allahumma ahillahu ‘alaina bil yumni wal iman was salamati wal Islam rabbi warrabbukallah

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

doa ramadan
Sumber : JAKIM

Perbanyakkan berdoa dan memohon keampunan agar kita diberikan sebanyak-banyak kesempatan untuk melaksanakan amalan soleh. In sha Allah.

Semoga Ramadan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat ‘mardhatillah’ yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani. Ingatlah sabda Nabi SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu. [Riwayat Al-Bukhari (38)]

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Malaysia 2023 / 1444H

#NEGERI
1Sabah
2Wilayah Persekutuan Labuan
3Sarawak
4Johor
5Melaka
6Negeri Sembilan
7Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
8Selangor
9Pahang
10Terengganu
11Kelantan
12Perak
13Kedah
14Perlis
15Pulau Pinang
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: