Hari Israk Mikraj 2026 & Tarikh Cuti Di Malaysia (27 Rejab)

Tarikh cuti umum sempena Hari Israk Mikraj 2026 adalah pada 17 Januari 2026 (Sabtu). Ia merupakan hari kelepasan am bagi beberapa negeri di Malaysia seperti Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu. Sila rujuk jadual penuh dalam artikel di bawah atau rujuk kalendar cuti hari kelepasan am persekutuan/negeri di pautan https://www.kabinet.gov.my/

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah. Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.

Tahun 2026, Hari Israk Mikraj jatuh pada 17 Januari 2026 bersamaan hari Sabtu. Secara umumnya, hari tersebut adalah merupakan cuti hujung minggu. Namun, bagi negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu hari Hari Israk Mikraj termasuk sebagai cuti kelepasan negeri 2026.

Rujuk info lebih terperinci di bawah.

Apa itu Israk Mikraj?

Israk Mikraj merupakan peristiwa agung dalam sejarah Islam yang wajib diimani oleh umat Islam. Ia terdiri daripada dua perjalanan utama yang berlaku dalam satu malam:

  • Israk adalah perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Nama “Israk” bermaksud “perjalanan malam” secara bahasa.
  • Mikraj pula adalah perjalanan naik Nabi Muhammad SAW ke langit, melewati tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha, tempat tertinggi dan sakral, di mana baginda bertemu Allah SWT secara langsung.

Peristiwa ini disebut dalam Al-Quran Surah Al-Isra’ ayat 1 yang menyatakan kebesaran Allah yang memperjalankan Nabi Muhammad dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

Israk Mikraj 2026
Israk Mikraj

Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

(Surah Al-Isra’, Ayat 1)

Dalam perjalanan Mikraj, Nabi SAW juga menerima perintah solat fardu lima waktu sehari semalam, yang menjadi kewajipan utama dalam agama Islam.

Cuti Hari Israk Mikraj 2026
Maksud Israk Mikraj

Kronologi Peristiwa Israk Mikraj

Dipetik dari Bahagian Dakwah, JAKIM berikut adalah ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj.

1. Israk

Nabi Muhammad S.A.W dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menunggang Buraq.

Sebelum baginda memulakan perjalanannya, hati baginda dibersihkan oleh Malaikat Jibril a.s. dengan air suci Zam Zam.

Sepanjang perjalanan apabila sampai tempat-tempat yang tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

  • Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  • Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
  • Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan).

Semasa dalam perjalanan, baginda telah melalui pelbagai peristiwa antaranya ialah baginda melihat Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.

Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Diringkaskan kisah ini Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq.

Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya.

Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

2. Mikraj

Peristiwa Mikraj pula bermula daripada Masjid Al-Aqsa kemudian baginda diangkat ke langit dengan menaiki tangga daripada syurga.

Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril A.S naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda menaiki daripada langit pertama hingga ke sepuluh dan disetiap langit baginda bertemu dengan para-para nabi dan melalui pelbagai peristiwa antaranya Baginda dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di langit Kesepuluh (tanpa ditemani malaikat Jibril) Rasulullah SAW dapat menyaksikan Allah SWT dengan matanya sendiri, lalu baginda sujud.

Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari Allah s.w.t. iaitu penerimaan ibadah solat. (Yang mana ketika itu, baginda diperintahkan solat sebanyak 50 waktu.)

Kemudian dikurangkan menjadi 10 waktu.

Akhirnya, dikurangkan sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang kini kita lakukan setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

 Israk Mikraj 2026
Pensyariatan solat pada malam Israk Mikraj

Selepas Mikraj

Setelah itu, baginda pulang ke Masjidil Haram.

Kemudian, baginda menyampaikan wahyu dan perintah Allah solat 5 waktu itu kepada umat di Mekah.

Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak percaya sehingga ada yang murtad dari Islam.

Tetapi, sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dikhabarkan kepadanya tentang peristiwa ini, beliau sedikit pun tidak ragu bahkan membenarkan malah lebih membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat lagi dari peristiwa Isra’ dan Mikraj ini.

Sejak itu beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq’ yang memberi maksud ‘Yang Membenarkan’.

BACA JUGA: Ramadan 2026 – Tarikh Mula Puasa & Cuti Awal Ramadhan Malaysia

Tarikh Cuti Hari Israk Mikraj 2026 Di Malaysia

Hari memperingati peristiwa Israk Mikraj ini disambut pada 27 Rejab setiap tahun di Malaysia.

Bagi tahun 2026, hari Israk Mikraj disambut pada 17 Januari 2026 (Sabtu).

Sesetengah negeri juga memperuntukkan hari cuti pada hari tersebut, iaitu:

  • Kedah
  • Negeri Sembilan
  • Perlis
  • Terengganu

Sila rujuk Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2026 dalam lampiran di bawah:

Israk Mikraj 2026
Cuti Israk Mikraj 2026, 17 Januari (Sabtu)

Sumber: Hari Kelepasan Am Tahun 2026, Jabatan Perdana Menteri

Dilampirkan juga kalendar kuda bulan Januari 2026 untuk memudahkan rujukan anda bagi membuat perancangan yang lebih rapi untuk cuti bulan Januari 2026:

Israk Mikraj 2026
Kalendar Kuda Januari 2026

Tarikh Cuti Umum Persekutuan dan Negeri 2026

Selain itu, anda juga boleh rujuk jadual hari kelepasan am persekutuan dan negeri 2026 di bawah untuk mengetahui cuti-cuti umum sepanjang tahun 2026.

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2026

Israk Mikraj 2026

JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI 2026

Israk Mikraj 2026
Israk Mikraj 2026

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN & NEGERI 2026

Israk Mikraj 2026
Israk Mikraj 2026
Israk Mikraj 2026

Muat turun PDF Jadual Hari Kelepasan AM & Negeri di sini: https://www.kabinet.gov.my/

Tarikh Penting Dalam Islam 2026 – JAKIM

JAKIM telah mengeluarkan senarai tarikh-tarikh penting dalam Islam di Malaysia bagi tahun 2026/1447H:

Tarikh Penting Dalam Islam 2026 - JAKIM
Tarikh Penting Dalam Islam 2026 – JAKIM

Semoga dengan jadual-jadual tarikh cuti yang dikongsikan di atas mudahlah untuk anda membuat perancangan sebarang percutian yang hendak anda lakukan bersama keluarga.

Soalan Lazim Cuti Israk Mikraj 2026

 Bila tarikh cuti Israk Mikraj 2026?

Tarikh cuti Israk Mikraj untuk tahun 2026 adalah pada 17 Januari 2026 (Sabtu). Tarikh ini bersamaan dengan 27 Rejab dalam kalendar Hijrah 1447H.

Negeri mana yang bercuti pada hari Israk Mikraj 2026?

Cuti kelepasan am Israk Mikraj diberikan di negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, dan Terengganu sahaja pada tahun 2026.

Adakah Israk Mikraj cuti umum di seluruh Malaysia?

Tidak, cuti Israk Mikraj bukan cuti umum seluruh Malaysia. Ia adalah cuti kelepasan negeri terhad kepada beberapa negeri sahaja seperti disebut di atas.

Adakah Israk Mikraj jatuh pada hari cuti hujung minggu?

Tahun 2026, Israk Mikraj jatuh pada hari Sabtu, yang merupakan hari cuti hujung minggu bagi kebanyakan negeri, jadi ia secara tak langsung memberi kelebihan cuti.

Apakah kepentingan Israk Mikraj dalam Islam?

Israk Mikraj menandakan peristiwa penting dalam Islam di mana Nabi Muhammad SAW menjalani perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit bertemu Allah SWT dan menerima perintah solat lima waktu yang wajib bagi umat Islam.

Di manakah saya boleh semak jadual umum 2026 di Malaysia?

Jadual cuti umum 2026 boleh dirujuk di laman web Jabatan Perdana Menteri atau portal kerajaan di pautan seperti https://www.kabinet.gov.my/ yang menyediakan dokumen rasmi kalendar cuti malaysia 2026.