Hari Thaipusam 2026 akan disambut pada 1 Februari 2026 (Ahad). Ia termasuk dalam cuti umum bagi beberapa negeri di Malaysia. Untuk mengetahui kalendar cuti 2026, sila layari www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/
Hari Thaipusam adalah salah satu perayaan yang paling penting bagi penganut agama Hindu, terutamanya dalam kalangan masyarakat Tamil.
Rujuk info penuh mengenai cuti Hari Thaipusam 2026 dan senarai negeri yang bercuti di bawah.
Apa Itu Hari Thaipusam?
Hari Thaipusam merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh penganut agama Hindu, terutamanya masyarakat Tamil, bagi menghormati Dewa Murugan.
Perayaan ini melambangkan kemenangan cahaya ke atas kegelapan dan kebaikan ke atas kejahatan, bersempena peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci (Vel) untuk menewaskan kuasa jahat.
Ia disambut pada bulan penuh “Thai” (sekitar Januari atau Februari). Penganutnya akan menunaikan nazar atau memohon keampunan dengan membawa Kavadi atau belanga susu (Paal Kudam) ke kuil.
Sebelum hari sambutan, mereka biasanya akan berpuasa dan menyucikan diri sebagai tanda pengabdian dan disiplin kerohanian yang tinggi.
Antara yang menarik perhatian juga adalah aksi mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri.
Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu.
Tarikh Hari Thaipusam 2026
Hari Thaipusam bagi tahun 2026 akan disambut pada tarikh berikut: 1 Februari 2026 (Ahad)
Ia merupakan cuti kelepasan am bagi negeri berikut:
- Johor
- Negeri Sembilan
- Perak
- Pulau Pinang
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pada hari yang sama, 1 Februari 2026, ia juga merupakan Hari Wilayah Persekutuan dan tiga Wilayah Persekutuan akan turut bercuti bersama iaitu; WP Labuan, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Sila rujuk tarikh cuti Hari Thaipusam dalam Tarikh Cuti Umum & Kelepasan Am Negeri dalam jadual di bawah:
Hari Kelepasan Am Negeri 2026
Rujuk tarikh dan senarai negeri yang bercuti sempena Hari Thaipusam 2026 dalam jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2026 di bawah:

MUAT TURUN KALENDAR CUTI 2026 & HARI KELEPASAN AM 2026
Anda boleh muat turun kalendar cuti 2026 di bawah untuk panduan lengkap senarai cuti bagi tahun 2026:
Siaran Media Cuti Umum Sempena Hari Thaipusam
CUTI UMUM SEMPENA HARI THAIPUSAM DAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI PEKERJA SWASTA PADA 1 FEBRUARI 2026
1. Kerajaan Persekutuan telah mewartakan hari kelepasan am bagi tahun 2026 iaitu Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2026.
2. Cuti Hari Wilayah Persekutuan adalah cuti yang wajib diberikan oleh majikan sektor swasta yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kepada pekerja sebagaimana peruntukan seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan tidak boleh diganti. Memandangkan Cuti Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari Ahad, maka majikan yang menetapkan hari Ahad sebagai rehat mingguan pekerja hendaklah memberi cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Isnin).
3. Selanjutnya, majikan yang memilih cuti perayaan Hari Thaipusam sebagai baki enam hari kelepasan am yang dipilih sebagaimana subseksyen 60D(1)(a) Akta 265, perlu memberi cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Selasa) memandangkan terdapat pertindihan kedua-dua hari kelepasan am ini. Majikan juga boleh memberikan pekerja mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti dengan persetujuan pekerja sebagaimana seksyen 60D(1A).
4. Pekerja yang diarah bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji bagi cuti am seperti yang ditetapkan dalam seksyen 60D(3).
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
31 Disember 2025

Cuti Panjang Hujung Minggu 2026
Terdapat sekurang-kurangnya 8 hujung minggu panjang (long weekends) yang melibatkan cuti umum pada hari Jumaat atau Isnin.
Berikut adalah senarai cuti panjang hujung minggu untuk tahun 2026 di Malaysia:

Soalan Lazim Hari Thaipusam 2026
Hari Thaipusam 2026 jatuh pada hari Ahad, 1 Februari 2026. Tarikh ini sangat istimewa kerana ia bertembung dengan Hari Wilayah Persekutuan yang juga disambut pada tarikh yang sama setiap tahun.
Cuti ini diiktiraf di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang. Bagi negeri lain, ia adalah hari bekerja biasa kecuali jika diumumkan sebaliknya oleh kerajaan negeri.
Lokasi tumpuan utama adalah di Batu Caves (Selangor), Kuil Arulmigu Balathandayuthapani (Pulau Pinang), dan Kuil Sri Subramaniar (Ipoh, Perak). Sambutan di Batu Caves biasanya menarik jutaan penganut dan pelancong.
Ya, betul. Mengikut amalan di Malaysia, jika dua cuti umum jatuh pada hari yang sama (Ahad), maka hari Isnin dan Selasa akan diisytiharkan sebagai cuti ganti.
Ahad (1 Feb): Hari Thaipusam & Hari Wilayah (Cuti Sebenar).
Isnin (2 Feb): Cuti Ganti Pertama.
Selasa (3 Feb): Cuti Ganti Kedua.
Isnin (2 Feb): Semua bank dan pejabat kerajaan di negeri yang terlibat (termasuk KL/Selangor) akan ditutup.
Selasa (3 Feb): Pejabat di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan akan ditutup, manakala negeri lain seperti Selangor dan Pulau Pinang akan mula beroperasi seperti biasa.
Boleh, pelancong dan orang awam dialu-alukan untuk melihat keunikan budaya ini. Namun, anda dinasihatkan:
– Memakai pakaian yang sopan (tidak menjolok mata).
– Menghormati laluan penganut yang membawa Kavadi.
– Sentiasa menjaga kebersihan kawasan kuil.