Hari Raya Aidilfitri 2024 – Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM

TARIKH CUTI UMUM HARI RAYA AIDILFITRI 2024, CUTI TAMBAHAN & CUTI SEKOLAH KPM BAGI SEMUA NEGERI DAN SEKOLAH

Rujuk tarikh hari raya dan cuti sekolah yang diumumkan KPM bagi tahun 2024 dalam artikel ini selanjutnya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1445H/2024M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

Berikut dikongsikan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024.

TAHUNTARIKHHARICUTINEGERI
202410 APRILRABUHARI RAYA AIDIL FITRISEMUA NEGERI
202411 APRILKHAMISHARI RAYA KE-2SEMUA NEGERI
Tarikh Hari Raya Puasa 2024

TERKINI: TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI 2024 JATUH PADA RABU, 10 APRIL 2024

Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, sebentar tadi (9 April 2024, jam 8.00 malam).

Sumber: Astro Awani

Cuti Tambahan KPM

Lazimnya KPM akan memberi cuti tambahan kepada guru dan pelajar bagi urusan persiapan Aidilfitri.

Pemberian cuti itu diberikan bagi memudahkan pihak yang terbabit untuk membuat persiapan hari raya.

tarikh hari raya aidilfitri 2024

Bagi tahun 2024, pemberian cuti telah diumumkan melalui Takwim Kalendar Akademik 2024/2025 yang dikeluarkan oleh KPM.

Tambahan cuti perayaan bagi Hari Raya Aidilfitri yang diperuntukkan oleh KPM adalah 3 (tiga) hari cuti tambahan untuk Kumpulan A dan Kumpulan B seperti berikut :

  • KUMPULAN A
    • 7 April 2024 (Ahad)
    • 8 April 2024 (Isnin)
    • 9 April 2024 (Selasa)
  • KUMPULAN B
    • 8 April 2024 (Isnin)
    • 9 April 2024 (Selasa)
    • 12 April 2024

Sila rujuk lampiran di bawah:

tarikh hari raya aidilfitri 2024

Berikut dikongsikan juga senarai cuti-cuti lain yang terlibat pada bulan April 2024:

  • 10 April – Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri)
  • 11 April – Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)
  • 15 April – Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
  • 26 April – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)

Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 April mengikut kalendar 2024 (tertakluk pada perubahan).

Berikut dikongsikan tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024 melalui kalendar Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2024 / 1445-1446H Di Malaysia yang diterbitkan oleh pihak JAKIM.

Tarikh penting islam 2024

Sambutan Hari Raya Di Malaysia

Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa adalah perayaan terbesar yang disambut oleh umat Islam di Malaysia.

Hiasan juga dapat dilihat di rumah-rumah, kedai, kompleks membeli-belah serta sepanjang jalan sejak bulan Ramadan lagi.

Di sesetengah negara lain, Hari Raya Aidil Adha lebih diraikan dan lebih meriah sambutannya berbanding Hari Raya Puasa.

Perayaan ini disambut bagi meraikan ‘kemenangan’ setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2021 juga adalah dengan mengikut kaedah ‘melihat anak bulan’ / rukyah seperti mana penentuan bulan Ramadan.

Malam raya (iaitu hari terakhir berbuka puasa) adalah malam yang meriah di mana saudara-mara sudah mula berkumpul dan tiba di kampung halaman masing-masing.

Pada Hari Raya, umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.

Kanak-kanak juga antara yang paling gembira kerana mereka akan mendapat ‘duit raya’ setelah bersalaman dengan ahli keluarga, sanak-saudara dan orang dewasa.

Sebagai menzahirkan kesyukuran, zakat fitrah adalah perkara wajib dilakukan sebelum atau pada 1 Syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan.

Rumah terbuka juga sering diadakan di rumah-rumah, pejabat, syarikat, dan sebagainya.

Pelbagai juadah yang lazim dihidangkan seperti ketupat, rendang, lemang, kuih muih serta manisan tradisional seperti wajik dan dodol yang menjadi hidangan simbolik pada Hari Raya.

Kami di eCentral mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.