Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mengetahui cuti penggal 1 2025, cuti untuk penggal tersebut akan bermula akhir bulan Mei sehingga awal Jun 2025.
Oleh itu, ibu bapa dan guru boleh merangka persediaan dalam menghadapi cuti ini yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Sesi Persekolahan 2025 / 2026
Sesi persekolahan bagi sesi akademik 2025 / 2026 bermula pada tarikh :
- Kumpulan A (Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu) : 16 Februari 2025 – 28 Mei 2025
- Kumpulan B (Sekolah-sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) : 17 Februari 2025 – 28 Mei 2025
Takwim Cuti Sekolah Penggal 1 2025 / 2026
Takwim bagi sesi persekolahan penggal 1 2025/2026 mengikut kumpulan negeri adalah seperti berikut:
Tarikh Cuti Sekolah Penggal 1 Sesi 2025 / 2026
Tarikh cuti bagi penggal tersebut untuk sesi persekolahan 2025 bagi negeri Kumpulan A dan B adalah pada 29 Mei 2025 – 9 Jun 2025.
Jumlah Hari Cuti Penggal 1 Sesi 2025/2026
Jumlah hari cuti bagi negeri Kumpulan A dan B adalah sebanyak 12 hari.
Cuti Perayaan Sekolah Dalam Penggal 1 Sesi 2025/2026
Berikut disertakan cuti perayaan bagi seperti yang diumumkan oleh KPM adalah seperti berikut:
- Cuti Hari Raya Aidilfitri: 30 Mac, 2 dan 3 April untuk Kumpulan A dan 2 hingga 4 April bagi Kumpulan B
- Cuti Pesta Keamaatan: 30 dan 31 Mei 2025 (Dalam Cuti Penggal_1 Tersebut 2025/2026)
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Cuti Penggal_1 ini bagi 2025, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu https://www.moe.gov.my.
Baca juga: UPUOnline – Semakan Keputusan / Permohonan Fasa 2 2025