Bilakah cuti sekolah berikutnya untuk bulan November dan Disember 2023?
Berikut dikongsikan tarikh cuti umum dan cuti sekolah seluruh Malaysia bagi tahun 2023 serta tarikh tarikh penting dalam Kalendar Islam 2023.
Senarai cuti umum ini adalah berdasarkan rujukan pelbagai sumber termasuk kalendar 2023 dan takwim persekolahan terkini KPM.
Sekiranya terdapat sebarang perubahan, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Cuti persekolahan yang akan datang ialah pada:
- Cuti Penggal 3 Sesi 2023/ 2024
- Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023 2024.
Cuti Umum Malaysia 2023
Senarai cuti umum ini termasuk semua negeri di Malaysia iaitu
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Kuala Lumpur
- Labuan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Pulau Pinang
- Perak
- Perlis
- Putrajaya
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
*Cuti kelepasan Negeri akan dimaklumkan dalam nota
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|
1 Januari | Ahad | Tahun Baru | Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu |
14 Januari | Sabtu | Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
22 Januari | Ahad | Tahun Baru Cina | Semua Negeri |
23 Januari | Isnin | Tahun Baru Cina Hari Ke-2 | Semua Negeri kecuali Kelantan & Terengganu |
1 Februari | Rabu | Hari Wilayah Persekutuan | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya |
5 Februari | Ahad | Hari Thaipusam | Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya |
18 Februari | Sabtu | Israk Mikraj | Kedah, N.Sembilan, Perlis & Terengganu |
4 Mac | Sabtu | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu |
23 Mac | Khamis | Awal Ramadan* | Johor, Kedah & Melaka |
23 Mac | Khamis | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor |
7 April | Jumaat | Good Friday | Sabah & Sarawak |
8 April | Sabtu | Hari Nuzul Al-Quran | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu |
15 April | Sabtu | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
22 April | Sabtu | Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri |
23 April | Ahad | Hari Raya Aidilfitri Hari Ke-2 | Semua Negeri |
26 April | Rabu | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
1 Mei | Isnin | Hari Pekerja / Hari Buruh | Semua Negeri |
4 Mei | Khamis | Hari Wesak | Semua Negeri |
17 Mei | Rabu | Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
22 Mei | Isnin | Hari Hol Pahang | Pahang |
30 Mei | Selasa | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | WP Labuan & Sabah |
31 Mei | Rabu | Pesta Kaamatan Hari Ke-2 | WP Labuan & Sabah |
1 Jun | Khamis | Hari Gawai | Sarawak |
2 Jun | Jumaat | Hari Gawai Hari Ke-2 | Sarawak |
5 Jun | Isnin | Hari Keputeraan YDP Agong | Semua Negeri |
18 Jun | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
28 Jun | Rabu | Hari Arafah | Kelantan & Terengganu |
29 Jun | Khamis | Hari Raya Haji / Korban | Semua Negeri |
30 Jun | Jumaat | Hari Raya Haji Hari Ke-2 | Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu |
7 Julai | Jumaat | Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown | Pulau Pinang |
8 Julai | Sabtu | Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang | Pulau Pinang |
19 Julai | Rabu | Awal Muharram (Maal Hijrah) | Semua Negeri |
22 Julai | Sabtu | Hari Kemerdekaan Sarawak | Sarawak |
30 Julai | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
23 Ogos | Rabu | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
24 Ogos | Khamis | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka | Melaka |
31 Ogos | Khamis | Hari Kebangsaan | Semua Negeri |
16 September | Sabtu | Hari Malaysia | Semua Negeri |
28 September | Khamis | Maulidur Rasul | Semua Negeri |
7 Oktober | Sabtu | Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah | Sabah |
14 Oktober | Sabtu | Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak | Sarawak |
3 November | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak |
11 November | Sabtu | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
12 November | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Ke-2 | Kelantan |
12 November | Ahad | Hari Deepavali* | Semua Negeri kecuali Sarawak |
11 Disember | Isnin | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
24 Disember | Ahad | Cuti Hari Natal (Christmas Eve) | Sabah |
25 Disember | Isnin | Hari Krismas | Semua Negeri |
Menariknya, turut dikongsikan panduan untuk memaksimakan cuti bagi tahun 2023 ini.
CUTI PANJANG 2023
Untuk melihat kalendar bulanan yang lebih terperinci, sila rujuk atau muat turun kalendar penuh melalui lampiran yang disertakan dalam artikel di bawah.
Kalendar 2023
JANUARI 2023
Cuti Sekolah yang terlibat pada Bulan Januari 2023:
1) Perayaan Tahun Baru
Perayaan Tahun Baru merupakan cuti umum buat semua negeri di Malaysia kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
- Tarikh : 1 Januari 2023
- Hari : Ahad
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
- Tarikh : 2 Januari 2023
- Hari : Isnin
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
2) Tahun Baru Cina
Perayaan Tahun Baru Cina merupakan cuti umum buat semua negeri di Malaysia
- Tarikh : 20 Januari 2023
- Hari : Jumaat
- Negeri yang terlibat : Negeri dalam Kumpulan B (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)
- Tarikh : 22 Januari 2023
- Hari : Ahad
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri
- Tarikh : 23 Januari 2023
- Hari : Isnin
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri
- Tarikh : 24 Januari 2023
- Hari : Selasa
- Negeri yang terlibat : Negeri dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)
FEBRUARI 2023
Cuti Sekolah yang terlibat pada Bulan Februari 2023:
1) Hari Wilayah Persekutuan
Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Hari Wilayah Persekutuan memperingati peristiwa tahun 1974 apabila Kuala Lumpur telah dipindahkan ke kawalan Persekutuan.
- Tarikh : 1 Februari 2023
- Hari : Rabu
- Negeri yang terlibat : Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
2) Hari Thaipusam
Thaipusam adalah upacara utama Hindu yang diadakan setiap tahun pada bulan penuh dalam bulan yang kesepuluh dalam kalendar Hindu – Thai.
- Tarikh : 5 Februari 2023
- Hari : Ahad
- Negeri yang terlibat : Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya dan Selangor
- Tarikh : 6 Februari 2023
- Hari : Isnin
- Negeri yang terlibat : Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya dan Selangor
3) Cuti Akhir Sesi Persekolahan Bagi Kalender Akademik Sesi 2022/2023
Kumpulan A
- Tarikh : 17 Februari 2023 (Jumaat) hingga 19 Mac 2023 (Sabtu)
- Negeri yang terlibat : Negeri dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)
Kumpulan B
- Tarikh : 18 Februari 2023 (Sabtu) hingga 20 Mac 2023 (Ahad)
- Negeri yang terlibat : Negeri dalam Kumpulan B (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)
MAC 2023
Cuti Sekolah yang terlibat pada Bulan Mac 2023:
1) Cuti Akhir Sesi Persekolahan Bagi Kalender Akademik Sesi 2022/2023
Kumpulan A
- Tarikh : 17 Februari 2023 (Jumaat) hingga 19 Mac 2023 (Sabtu)
- Negeri yang terlibat : Negeri dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)
Kumpulan B
- Tarikh : 18 Februari 2023 (Sabtu) hingga 20 Mac 2023 (Ahad)
- Negeri yang terlibat : Negeri dalam Kumpulan B (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)
2) Hari Keputeraan Sultan Johor
Di wilayah diraja Johor di Malaysia, Hari Keputeraan Sultan Johor merupakan hari cuti umum dan hari cuti pekerja pada setiap 23 Mac.
- Tarikh : 23 Mac 2023
- Hari : Khamis
- Negeri yang terlibat : negeri Johor
APRIL 2023
Cuti Sekolah yang terlibat pada Bulan April 2023:
1) Good Friday
Good Friday merupakan hari cuti am rasmi di negeri-negeri Sabah dan Sarawak, di Malaysia Timur.
- Tarikh : 7 April 2023
- Hari : Jumaat
- Negeri yang terlibat : Sabah dan Sarawak
2) Hari Nuzul Al-Quran
Nuzul Al Quran merupakan hari kelepasan umat Islam dibulan Ramadan yang suci, yang di rayakan pada permulaan Quran di wahyukan pada Nabi Muhammad.
- Tarikh : 8 April 2023
- Hari : Sabtu
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak
- Tarikh : 9 April 2023
- Hari : Ahad
- Negeri yang terlibat : Kelantan & Terengganu
3) Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah
Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah merupakan hari cuti umum di negeri Melaka yang jatuh pada 15 April setiap tahun.
- Tarikh : 15 April 2023
- Hari : Sabtu
- Negeri yang terlibat : Melaka
4) Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri merupakan hari cuti keagamaan yang disambut oleh orang Islam.
- Tarikh : 22 April 2023
- Hari : Sabtu
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri
- Tarikh : 23 April 2023
- Hari : Ahad
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri
- Tarikh : 24 April 2023
- Hari : Isnin
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri
5) Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Hari Keputeraan Sultan Terengganu merupakan hari cuti umum di Terengganu yang jatuh pada 26 April setiap tahun.
- Tarikh : 26 April 2023
- Hari : Rabu
- Negeri yang terlibat : negeri Terengganu
MEI 2023
Cuti Sekolah yang terlibat pada Bulan Mei 2023:
1) Hari Pekerja
Hari Pekerja di raikan setiap tahun pada 1 Mei. Hari Pekerja merupakan hari cuti am bagi Malaysia.
- Tarikh : 1 Mei 2023
- Hari : Isnin
- Negeri yang terlibat : Semua negeri
2) Hari Wesak
Wesak merupakan hari yang disambut oleh penganut Buddha di seluruh dunia. Istilah Wesak berasal dari nama bulan dalam kalendar India.
- Tarikh : 4 Mei 2023
- Hari : Khamis
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri
3) Hari Keputeraan Raja Perlis
Merupakan hari meraikan kelahiran Raja Perlis yang sedang memerintah, iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
- Tarikh : 17 Mei 2023
- Hari : Rabu
- Negeri yang terlibat : Negeri Perlis
4) Hari Hol Pahang
Hari Hol Pahang merupakan hari kelepasan am negeri Pahang sempena memperingati kemangkatan salah seorang sultan yang terdahulu.
- Tarikh : 22 Mei 2023
- Hari : Isnin
- Negeri yang terlibat : Negeri Pahang
5) Pesta Keamatan
Pesta Keamatan juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut secara meluas di Sabah dan Labuan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.
- Tarikh : 30 Mei 2023
- Hari : Selasa
- Negeri yang terlibat : Labuan & Sabah
- Tarikh : 31 Mei 2023
- Hari : Rabu
- Negeri yang terlibat : Labuan & Sabah
JUN 2023
Cuti Sekolah yang terlibat pada Bulan Jun 2023:
1) Hari Gawai
Hari Gawai merupakan salah satu daripada perayaan utama yang disambut di negeri Sarawak pada 1 Jun dan 2 Jun setiap tahun.
- Tarikh : 1 Jun 2023
- Hari : Khamis
- Negeri yang terlibat : negeri Sarawak
- Tarikh : 2 Jun 2023
- Hari : Jumaat
- Negeri yang terlibat : negeri Sarawak
2) Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah hari cuti yang berorientasikan sekitar sambutan Hari Keputeraan Raja Malaysia.
- Tarikh : 5 Jun 2023
- Hari : Isnin
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri
3) Hari Keputeraan Sultan Kedah
Hari Ahad ketiga pada setiap bulan Jun merupakan cuti umum di Kedah bagi meraikan Hari Keputeraan Sultan Kedah. Sultan yang bertakhta pada hari ini ialah Sultan Mahmudd Sallehuddin al-Mu’azzam Shah I.
- Tarikh : 18 Jun 2023
- Hari : Ahad
- Negeri yang terlibat : Negeri Kedah
4) Hari Raya Haji
Hari Raya Haji atau juga dikenali sebagai “Hari Raya Korban” merupakan salah satu hari penting bagi Umat Islam yang disambut diseluruh dunia.
- Tarikh : 29 Jun 2023
- Hari : Khamis
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri
- Tarikh : 30 Jun 2023
- Hari : Jumaat
- Negeri yang terlibat : Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
JULAI 2023
Cuti Sekolah yang terlibat pada Bulan Julai 2023:
1) Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown
Pulau Pinang mendapat penganugerahan Tapak Warisan Dunia sehingga kerajaan telah mengistiharkan 7 Julai sebagai Hari Warisan Dunia George Town. Hari tersebut ditetapkan untuk membolehkan rakyat dan pengunjung meraikan budaya, bangunan, warisan dan sejarah negeri tersebut.
- Tarikh : 7 Julai 2023
- Hari : Jumaat
- Negeri yang terlibat : Pulau Pinang
2) Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang diraikan pada setiap hari Sabtu pada minggu kedua bulan Julai.
- Tarikh : 8 Julai 2023
- Hari : Sabtu
- Negeri yang terlibat : Pulau Pinang
3) Awal Muharram
Awal Muharram juga dikenali sebagai Maal Hijrah di sambut meraikan permulaan Tahun Baru Islam.
- Tarikh : 19 Julai 2023
- Hari : Rabu
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri
4) Hari Kemerdekaan Negeri Sarawak
22 April merupakan hari pengisytiharan kemerdekaan negeri Sarawak dari kawalan British dan menyertai negara Malaysia.
- Tarikh : 22 Julai 2023
- Hari : Sabtu
- Negeri yang terlibat : Negeri Sarawak
5) Hari Keputeraan Sultan Pahang
Pahang merupakan sebuah negeri yang terbesar daripada semua negeri di Semenanjung Malaysia. Hari Keputeraan Sultan Pahang ialah hari kelepasan am dan hari cuti di negeri Pahang.
- Tarikh : 30 Julai 2023
- Hari : Ahad
- Negeri yang terlibat : Negeri Pahang
OGOS 2023
Cuti Sekolah yang terlibat pada Bulan Ogos 2023:
1) Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
Di negeri Johor, tarikh kemangkatan mantan sultan merupakan hari cuti umum. Hari tersebut di rujuk sebagai Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.
- Tarikh : 23 Ogos 2023
- Hari : Rabu
- Negeri yang terlibat : Negeri Johor
2) Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka
Negeri Melaka terkenal sebagai negeri yang bersejarah dan dahulunya mempunyai sebuah kesultanan Melayu yang berkuasa. Walaupun sultan yang terakhir memerintah telah digulingkan oleh penjajah Portugis yang tiba di Melaka pada 1511, kedudukan Gabenor Melaka, atau “Yang Dipertua Negeri Melaka” dalam era pemerintahan moden tetap memiliki auranya yang tersendiri. Hari ulang tahun kelahiran gabenor terkini, Mohd Ali Rustam merupakan hari kelepasan umum bagi seluruh negeri Melaka.
- Tarikh : 24 Ogos 2023
- Hari : Khamis
- Negeri yang terlibat : Negeri Melaka
3) Hari Kebangsaan
31 Ogos 1957 merupakan tarikh kemerdekaan tanah Melayu daripada penjajahan British, membentuk sebuah negara berdaulat yang kita kenali pada hari ini sebagai Malaysia. Sempena memperingati dan meraikan kebebasan dan kemerdekaan negara kita, tarikh 31 Ogos telah di iktiraf sebagai hari cuti umum kebangsaan untuk seluruh rakyat Malaysia.
- Tarikh : 31 Ogos 2023
- Hari : Khamis
- Negeri yang terlibat : Semua negeri
SEPTEMBER 2023
Cuti Sekolah yang terlibat pada Bulan September 2023:
1) Hari Malaysia
Hari Malaysia adalah hari cuti yang disambut setiap 16 September bersempena penubuhan Persekutuan Malaysia.
- Tarikh : 16 September 2023
- Hari : Sabtu
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri
- Tarikh : 17 September 2023
- Hari : Ahad
- Negeri yang terlibat : Kelantan dan Terengganu
2) Maulidur Rasul
Maulidur Rasul diperingati oleh umat Islam pada bulan Rabi ‘ul-Awwal, bulan ketiga di dalam kalendar Islam.
- Tarikh : 28 September 2023
- Hari : Khamis
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri
OKTOBER 2023
Cuti Sekolah yang terlibat pada Bulan Oktober 2023:
1) Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah
Sabah meraikan Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah cuti umum pada hari Sabtu minggu pertama di bulan Oktober. Gabenor negeri Sabah dinamakan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam bahasa Melayu dan, beliau juga turut dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong negara Malaysia.
- Tarikh : 7 Oktober 2023
- Hari : Sabtu
- Negeri yang terlibat : Sabah
2) Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Di negeri Sarawak di Malaysia Timur, Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak diraikan dengan cuti umum.
- Tarikh : 14 Oktober 2023
- Hari : Sabtu
- Negeri yang terlibat : Negeri Sarawak
NOVEMBER 2023
Cuti Sekolah yang terlibat pada Bulan November 2023:
1) Hari Keputeraan Sultan Perak
Di negeri Perak, hari Jumaat pertama di dalam bulan November merupakan Hari Keputeraan Yang Amat Mulia Sultan Perak dan telah diumumkan sebagai hari kelepasan am di peringkat negeri.
- Tarikh : 3 November 2023
- Hari : Jumaat
- Negeri yang terlibat : Negeri Perak
2) Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Negeri Kelantan meraikan Ulangtahun Keputeraan Sultan Kelantan pada 11 dan 12 November sebagai cuti umum. Sultan Kelantan yang terkini, Muhammad V sangat dikasihi oleh rakyat jelata, dan mereka terkenal sentiasa meraikan hari keputeraan baginda dengan meriah dan penuh bersemangat.
- Tarikh : 11 November 2023
- Hari : Sabtu
- Negeri yang terlibat : Negeri Kelantan
- Tarikh : 12 November 2023
- Hari : Ahad
- Negeri yang terlibat : Negeri Kelantan
3) Hari Deepavali
Hari Deepavali merupakan perayaan bagi pengganut agama Hindu di seluruh dunia, dan ia merupakan cuti am rasmi di kebanyakan negara yang mempunyai penduduk Hindu, termasuk di negara kita Malaysia.
- Tarikh : 12 November 2023
- Hari : Ahad
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri kecuali Sarawak
- Tarikh : 13 November 2023
- Hari : Isnin
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Sarawak dan Terengganu
DISEMBER 2023
Cuti Sekolah yang terlibat pada Bulan Disember 2023:
1) Hari Keputeraan Sultan Selangor
11 Disember 2023 merupakan Keputeraan Yang Amat Mulia Sultan Selangor dan telah diumumkan sebagai hari kelepasan am di peringkat negeri. Sultan Selangor terkini ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj merupakan Sultan Selangor ke-9 yang memerintah negeri Selangor sejak 22 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
- Tarikh : 11 Disember 2023
- Hari : Isnin
- Negeri yang terlibat : Negeri Selangor
2) Hari Krismas
Krismas adalah perayaan bagi penganut Kristian yang disambut pada 25 Disember setiap tahun.
- Tarikh : 24 Disember 2023
- Hari : Ahad
- Negeri yang terlibat : Sabah
- Tarikh : 25 Disember 2023
- Hari : Isnin
- Negeri yang terlibat : Semua Negeri
Hari Kelepasan Persekutuan & Cuti Kelepasan Setiap Negeri
Kalau nak tengok negeri apa yang ada cuti tambahan khusus bagi negeri tertentu, boleh semak melalui jadual di bawah ok!
Dengan senarai ini, mudahlah untuk anda membuat perancangan sebarang percutian yang hendak anda lakukan bersama keluarga.
Diterbitkan oleh: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/
MUAT TURUN PDF :
Tarikh Penting Dalam Kalendar Islam 2023
Cuti Sekolah 2023 / 2024
Menurut jadual KPM yang terkini, sesi persekolahan bagi tahun 2023 / 2024 pula akan bermula pada 19 Mac 2023 / 20 Mac 2023.
Sila rujuk Takwim Akademik dan Cuti Sekolah 2023 / 2024 KPM melalui lampiran berikut:
CUTI PERAYAAN KPM
Muat Turun Takwim KPM versi PDF:
Muat Turun Takwim Akademik KPM 2023 / 2024 : Takwim Sekolah 2023 / 2024 KPM & Cuti Penggal Persekolahan