Advertisements

Tarikh Sambutan Hari Wesak 2022: Cuti Umum Seluruh Malaysia 15 Mei

Advertisements

Hari Wesak atau Vesak Day merupakan hari terpenting dalam kalendar Buddha yang melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung dan Kematian Gautama Buddha.

Tarikh Hari Wesak 2022 jatuh pada 15 Mei (Ahad).

Ianya merupakan cuti umum seluruh Malaysia.

Asal Usul Hari Wesak

Menurut sumber, perkataan ‘Wesak’ atau ‘Vesak’ adalah berasal daripada perkataan Pali iaitu Vesakha.

Manakala di dalam bahasa Sanskrit pula disebut sebagai Vaisakha, iaitu nama bulan di dalam kalendar Hindu yang menandakan masuknya bulan ke-5.

Hari Wesak ialah hari cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia dan perayaan ini biasanya jatuh sekitar bulan April dan Mei.

Keputusan untuk menyelaraskan sambutan Hari Wesak sebagai hari keputeraan Buddha telah dibuat melalui persidangan pertama World Fellowship of Buddhist yang diadakan di Sri Lanka pada tahun 1950.

Fakta Sambutan Wesak

Hari Wesak menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu hari lahir beliau, kesedaran dan kematiannya (Parinirvana).

Patung Buddha kedua terbesar di dunia terletak di Kampung Jambu, Tumpat , Kelantan

Tiga patung Buddha terletak di Tumpat, Kelantan iaitu patung Buddha baring di Wat Phothivihan di Kampung Jambu, Jalan Meranti yang merupakan kedua terbesar di dunia selepas Myanmar, Buddha duduk di Kampung Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan Buddha berdiri di Kampung Terbok.

Di kalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

Cuti Hari Wesak 2022

Di Malaysia, Vesak Day telah diumumkan sebagai cuti umum berkuat kuasa tahun 1962 selepas rayuan oleh penganut Buddha kepada kerajaan pada tahun 1961.

Perayaan ini mungkin disambut berbeza-beza di setiap negara di dunia.

Di Malaysia, lazimnya para penganut Buddha akan memenuhi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha.

Pada hari tersebut juga, penganut Buddha akan berkumpul dan berarak sambil membawa simbol ikon Buddha seperti patung Buddha dan teratai merah jambu yang melambangkan kesucian seseorang seperti Buddha dan dewa-dewi.

Walau apa pun cara sambutan mereka, Hari Wesak di Malaysia khususnya merupakan masa untuk semua penganut Buddha menyerlahkan serta meraikan nilai-nilai asas seperti toleransi, kasih sayang dan khidmat kepada manusia seperti yang terkandung dalam kehidupan dan ajaran Buddha.

Apa pun kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut beragama Buddha di Malaysia.

Bersama kita berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing agar kita terhindar daripada jangkitan Covid-19 dan rantaian jangkitan virus ini dapat diputuskan.