TARIKH HARI ARAFAH 2022 DI MALAYSIA
Hari Arafah adalah hari yang sangat istimewa buat umat Islam dan mulai 2020, ia merupakan cuti umum bagi sebuah negeri sahaja di Malaysia iaitu negeri Terengganu. Terkini bagi tahun 2022, Kelantan juga telah mengumumkan cuti.
Hari Arafah yang disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun dan ketika ini Kota Mekah sedang padat dengan bakal-bakal haji yang bakal berhimpun di Padang Arafah bagi melakukan ibadah wukuf.
Ibadah wukuf di padang Arafah simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya Iblis.
Disebabkan peristiwa itu, mereka berdua memohon ampun daripada Allah selama bertahun-tahun dan akhirnya berjumpa semula di Jabal Rahmah selepas 40 tahun terpisah.
Hari Arafah dikenali sebagai masa berdoa paling mustajab kerana pada ketika itulah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.
Di Malaysia, ramai yang mengambil kesempatan pada hari ini untuk berpuasa untuk merebut ganjaran puasa pada hari tersebut di mana fadilatnya dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
Berpuasa pada Hari Arafah hukumnya sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji.
Ia juga adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan .
Tarikh Hari Arafah 2022 Di Malaysia
Tarikh Hari Arafah telah ditetapkan dalam pengumuman rasmi tarikh Aidiladha 1443H pada 29 Jun 2022.
Permulaan 1 Zulhijjah 1443H di Malaysia pada tahun ini berbeza dengan tarikh permulaan 1 Zulhijjah di Arab Saudi, di mana Arab Saudi mengumumkan hari permulaan Zulhijjah yang awal sehari berbanding di Malaysia.
Ini menyebabkan perbezaan tarikh 9 Zulhijjah yang berkait rapat dengan puasa sunat sempena Hari Arafah di Arab Saudi.
Oleh kerana setiap negara tertakluk kepada kenampakan hilal dan rukyah di tempat tersebut, maka tarikh puasa sunat Arafah (9 Zulhijjah) 1443H di Malaysia adalah ditetapkan pada 9 Julai.
Rujuk kenyataan rasmi oleh Mufti Selangor berkenaan isu tersebut:
Seperti Hari Raya Aidilfitri, tarikh permulaan bulan Zulhijjah ini diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dan disiarkan secara langsung di televisyen tempatan.
Oleh kerana 1 Zulhijjah ditetapkan pada 1 Julai di Malaysia, maka 10 Zulhijjah ditetapkan pada 10 Julai, bersamaan 10 Zulhijjah, dan tarikh 9 Julai adalah bersamaan dengan 9 Zulhijjah di Malaysia.
*Tarikh Hari Arafah 2022 adalah bertepatan dengan hilal dan jangkaan awal Kalendar / Takwim JAKIM yang telah dikemaskini, iaitu pada 9 Zulhijjah 1443H, iaitu bersamaan dengan 9 Julai 2022.
Baca juga: Niat Puasa Sunat Arafah & Kelebihannya
Cuti Hari Wukuf 2022 Di Kelantan
Menurut Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2022, Hari Arafah adalah cuti umum bagi negeri Terengganu.
Bagi tahun 2022 ini juga, kerajaan Kelantan telah menggazettekan Hari Wukuf adalah hari Kelepasan Am bagi Negeri Kelantan.
Berikutan Hari Wukuf jatuh pada Sabtu, maka hari bekerja seterusnya adalah dikira sebagai Hari Cuti Gantian.
Oleh itu, Hari Selasa 12.7.2022 adalah Hari Cuti Gantian.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.
- JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya. - [email protected]
- +03 8870 7000
- +03 8870 7003