Hari Deepavali 2022

TARIKH DEEPAVALI 2022 & SAMBUTAN HARI DEEPAVALI DI MALAYSIA

Pesta Cahaya atau Hari Deepavali adalah salah satu daripada perayaan masyarakat Hindu yang paling popular di Malaysia.

Ia disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil, iaitu antara bulan Oktober dan November. 

Di Semenanjung Malaysia, perayaan ini disambut dengan agak meriah memandangkan kaum India adalah salah satu daripada tiga kaum utama di Malaysia.

Hari Deepavali ialah cuti umum di semua negeri kecuali Sarawak.

Maksud Hari Deepavali

Menurut sumber, Deepavali yang bermaksud ‘sebarisan pelita’ simbolik dengan kepercayaan bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan.

Selain untuk memeriahkan perayaan, pelita juga dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan.

Deepavali 2022

Sambutan Di Malaysia

Semasa sambutan Deepavali, penganut agama Hindu akan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi sebelum melakukan upacara bersembahyang samada di rumah atau di kuil-kuil.

Ini bertujuan menyucikan tubuh badan yang diumpamakan seperti mandi di Sungai Ganges yang bertujuan untuk membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki. 

Antara makanan tradisional dan popular yang sering dihidangkan pada pagi Deepavali adalah 9 jenis hidangan sayur-sayuran antaranya ialah ‘aloogobi’ iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, ‘paneer’ campuran masala, tairu dan kari dal, muruku, ‘adivasam’ dan ‘payasam’.

Aktiviti kunjung mengunjungi ke rumah kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat akan dilakukan selepas selesai bersembahyang.

Kebiasaannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka.

Rumah-rumah penganut Hindu turut dihiasi dengan ‘kolam’, ‘rangoli’ atau ‘muggu’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni bagi menyambut tetamu.

Tarikh Cuti Deepavali 2022

TERKINI : Info Cuti Hari Deepavali 2022

CUTI DEEPAVALI bagi tahun 2022 jatuh pada 24 Oktober 2022 (Isnin)

CUTI TAMBAHAN telah diperuntukkan oleh KPM sebanyak 2 hari iaitu:

  • Kumpulan A : 23 Oktober (Ahad) & 25 Oktober (Selasa)
  • Kumpulan B : 25 Oktober (Selasa) & 26 Oktober (Rabu)
  • Sarawak sahaja : 24 Oktober (Isnin)

Sila rujuk kalendar seperti di bawah:

Rujuk: Kalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2022

Nota:

  • KUMPULAN A: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
  • KUMPULAN B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Baca juga: Kalendar 2023: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia