Advertisements

Tarikh Hari Raya Haji 2022 / Hari Raya Aidil Adha 1443H

Advertisements

TARIKH HARI RAYA HAJI 2022

Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha adalah salah satu perayaan terbesar yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia selain Hari Raya Aidil Fitri.

Hari Raya Haji disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Tarikh 10 Zulhijjah ini juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

ADAKAH TARIKH HARI RAYA HAJI JUGA AKAN BERANJAK SEHARI AWAL?

Seperti sedia maklum tarikh bulan Syawal 1443H diawalkan sehari disebabkan kenampakan Hilal Syawal pada hari cerapan 29 Ramadan 1443H.

Bermakna tarikh cerapan hilal untuk bulan Zulkaedah 1443H adalah pada 29 Syawal 1443H bersamaan 30 Mei 2022M.

Semasa terbenam matahari pada tarikh tersebut ijtimak belum berlaku. Ijtimak hanya berlaku pada jam 7.30 malam tarikh yang sama.

Bermakna pada hari cerapan, hilal belum wujud dan Kriteria Imkanur Rukyah juga tidak memenuhi syarat.

Bulan Syawal 1443 akan dicukupkan 30 hari dan 1 Zulkaedah 1443H bersamaan 1 Jun 2022M (seperti takwim 2022H/1443H-1444H)

InsyaAllah untuk tarikh bulan-bulan hijriah seterusnya seperti takwim 1443H.

Namun begitu, tarikh Hari Raya Aidil Adha 1443H akan tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, setakat ini tarikh perayaan itu masih kekal lagi seperti diwartakan dalam takwim rasmi kerajaan iaitu pada 10 Julai depan.

Isu tarikh Aidiladha menjadi perbincangan panas umat Islam tempatan akhir-akhir ini selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf di Arafah dijangka jatuh pada 8 Julai depan.

Kelazimannya perayaan tersebut akan disambut sehari selepas perhimpunan jemaah haji itu yang kali ini turut digelar sebagai Haji Akbar atau amat besar kerana berlaku pada Jumaat.

Pengumuman Tarikh Hari Raya Haji 2022

Untuk mendapat kepastian tarikh Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha, umat Islam perlu menunggu pengumuman rasmi tarikh Aidiladha 1443H pada 29 Jun 2022.

TERKINI:
Pengisytiharan Pengumuman Hari Raya Haji 2022 Aidiladha

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah membuat pengumuman rasmi berkenaan penetapan tarikh rasmi Hari Raya Haji (Aidiladha) bagi tahun 2022 di Malaysia
Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam itu akan disiarkan menerusi radio dan televisyen (RTM TV1).

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji / Korban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Tarikh Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Julai 2022 (Ahad).

Menurut kalendar / Takwim Islam yang dikemaskini oleh JAKIM, tarikh jangkaan Hari Raya Haji 2022 adalah pada 10 Zulhijjah 1443H, iaitu bersamaan dengan 10 Julai 2022.

Tarikh ini telah dikemaskini berikutan perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada 2 Mei 2022, berbanding 3 Mei 2022 pada takwim yang dikeluarkan sebelum ini.

Menurut JAKIM, perubahan dalam takwim terkini itu hanya melibatkan bulan Mei 2022 / Syawal 1443H.

kalendar islam 2022
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM

Sila rujuk: Kalendar Islam 2022 / 1443H & Tarikh Penting (Edisi Kemaskini Syawal)

Cuti Hari Raya Haji Setiap Negeri

Cuti Hari Raya Korban (hari pertama) adalah cuti kelepasan am bagi setiap negeri di Malaysia.

Terdapat negeri yang mengambil cuti 2 hari bagi Hari Raya Haji iaitu:

  • Kelantan
  • Terengganu

Sila rujuk Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dalam lampiran di bawah:

Sumber : Pejabat Perdana Menteri (PMO)

NOTA: Dimaklumkan hari Selasa 12 Julai 2022 selepas Hari Raya Aidil Adha adalah cuti ganti kepada cuti hari wukuf di Kelantan.

Peristiwa Korban

Ia juga digelar sebagai Hari Raya Korban di Malaysia.

Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT.

Namun dengan izin Allah, sembelihan tersebut telah bertukar kepada seekor kibas.

Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T kedua-duanya pun berpeluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk melaksanakan amanat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun umat Islam akan menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Perbezaan Sambutan Hari Raya Aidil Adha Dengan Hari Raya Aidil Fitri Di Malaysia

Di Malaysia, Hari Raya Aidil Adha tidaklah semeriah Hari Raya Aidil Fitri kecuali di beberapa negeri seperti Kedah.

Berbeza dengan Solat Sunat Aidil Fitri, pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Adalah disunatkan makan selepas solat Sunat Aidil Adha supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan.

Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.