Hari Thaipusam 2024 : Tarikh & Negeri Yang Cuti Di Malaysia

Hari Thaipusam termasuk dalam cuti umum bagi negeri Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

Ia adalah perayaan agama yang paling popular dalam kalangan mereka yang beragama Hindu.

Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu.

Thaipusam diraikan pada kemuncak bulan ke-10 kalendar Tamil iaitu bulan Thai, yang jatuhnya pada sekitar Januari dan Februari.

Pada hari tersebut, dikatakan bulan penuh ‘Thai’ berada pada kedudukan melintasi bintang terang bernama ‘Pusam’, maka dari situ asal namanya.

Menurut astrologi India, pada masa ini setiap tahun, buruj ‘Pusam’ akan berada pada kedudukan yang tertinggi.

Hari Thaipusam biasanya diiringi oleh perarakan kavadi yang diiringi alunan alat muzik tradisional serta khemah sementara yang menempatkan makanan dan minuman secara percuma kepada pengunjung yang mengikuti ritual itu.

Antara yang menarik perhatian juga adalah aksi mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri.

Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa, madu dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.

Pada hari tersebut, penganut Hindu mula membanjiri kuil seawal 6 pagi bagi melakukan acara sembahyang dan aktiviti keagamaan lain serta membayar nazar yang tertunai.

Sebelum tibanya Hari Thaipusam juga, para penganut Hindu akan menyucikan diri daripada dosa dengan pelbagai cara seperti berpuasa.

Tarikh Hari Thaipusam 2024

Hari Thaipusam bagi tahun 2023 akan disambut pada tarikh berikut:

25 Januari 2024

Ia merupakan cuti kelepasan am bagi negeri berikut:

  1. Johor
  2. Negeri Sembilan
  3. Perak
  4. Pulau Pinang
  5. Selangor
  6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  7. Wilayah Persekutuan Putrajaya
  8. *Kedah (baru diluluskan pada 3 Januari 2024)
5 Januari 2024KhamisHari ThaipusamJohor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor, *Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

NOTA:

  • Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 25 Januari 2024 ini bersempena sambutan Thaipusam.
  • Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kelulusan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Exco pada 3 Januari 2024.
Kalendar bulan Januari 2024

Sila rujuk tarikh cuti Hari Thaipusam dalam Tarikh Cuti Umum & Kelepasan Am Negeri dalam jadual di bawah:

Rujuk :  Hari Kelepasan Am 2024 

Diterbitkan oleh: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/

Baca juga: Kalendar 2024: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia