TEMA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2023 & TARIKH CUTI AWAL MUHARAM 1445 H
Bulan Muharam adalah permulaan bagi kalendar Umat Islam mengikut kalendar hijrah.
Awal Muharram atau Maal Hijrah dan amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi takwim hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
KISAH HIJRAH RASULULLAH SAW
Sambutan Maal Hijrah setiap tahun mengingatkan Umat Islam kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari kota Mekah ke Madinah.
Berikut dikongsikan infografik kisah hijrah Rasulullah SAW untuk renungan kita semua.
Sempena sambutan Maal Hijrah 1444H, hayati peristiwa hijrah baginda SAW bukan sekadar perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain, tetapi merupakan suatu iktibar sebagai perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan yang lebih baik.
Tarikh Sambutan Maal Hijrah 2023 / 1445 H Peringkat Kebangsaan
Bagi tahun 2022 lalu, program sambutan rasmi Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2022/1444 akan berlangsung pada sebelah malam 29 Julai 2022 dan bukan keesokan paginya iaitu pada 30 Julai.
Menurut sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tradisi yang sudah dilaksanakan beberapa tahun lalu itu mengambil kira tarikh takwim Islam bermula sejurusnya azan Maghrib.
“Sambutan ini pada lewat petang 29 Julai kerana tarikh baharu kalendar Hijrah mula lepas azan Maghrib, bukannya ikut kalendar Masihi pukul 12 tengah malam,” lapor KOSMO!
Tema Maal Hijrah 2023 / 1445H
Tema Maal Hijrah bagi tahun 2022 / 1444H adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.
Logo Maal Hijrah
Berikut adalah pengertian di sebalik logo Maal Hijrah yang sering kita lihat:
- Kuning – Keagungan
- Biru – Persaudaraan
- Huruh ‘ha’ – Hijrah
- Putih – Fitrah manusia yang suci dan bersih
- Merah – Semangat perpaduan
- Bulatan – Melambangkan glob dunia. Ia dilingkari sarang labah-labah yang mengingatkan peristiwa dramatik dan mendebarkan jantung iaitu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam gua ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah
Doa Akhir Tahun & Awal Tahun
Bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1444H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan permulaan tahun baru ini dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Mudah-mudahan kehidupan kita sepanjang tahun ini dipelihara Allah dan sentiasa dalam naunganNya.
Berikut adalah Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah (rujuk lampiran gambar)
Doa Akhir Tahun Hijrah (1443H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1443H bersamaan 29 Julai 2022 (Jumaat).
Doa Awal Tahun Hijrah (1444H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 29 Julai 2022 (Jumaat).
PERISTIWA PENTING DALAM BULAN MUHARAM & HARI ASYURA
1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura‘. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
10 Muharram ialah satu tarikh sangat penting dan dimuliakan Rasulullah SAW hingga disunatkan untuk berpuasa, iaitu dipanggil al-Asyura. Bagaimanapun, mazhab Shafie menyatakan sunat untuk kita berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharam.
Antara fadilat terbesar puasa pada 10 Muharam yang tidak sepatutnya diabaikan adalah diampunkan dosa seorang hamba itu bagi tempoh setahun yang lalu.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku peristiwa-peristiwa berikut :
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia, berhijrahlah dan berpegang teguhlah dengan Islam. Ini adalah kerana selama jihad kekal, selama itulah hijrah (keluar di jalan Allah SWT) akan berkekalan.” (HR Tabrani)
Tarikh Cuti Umum Awal Muharam / Maal Hijrah Malaysia 2023
Menurut kalendar / takwim JAKIM, tarikh Awal Muharram atau Maal Hijrah di Malaysia adalah pada 19 Julai 2023 (Rabu).
Tarikh Awal Muharram ini merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan di mana semua negeri akan bercuti pada hari ini.
Sila rujuk lampiran di bawah:
Di sini kami kongsikan senarai cuti umum / public holidays bagi tahun 2023.
Dengan senarai ini, mudahlah untuk anda membuat perancangan sebarang percutian yang hendak anda lakukan bersama keluarga.
Sumber: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/perkhidmatan/hari-kelepasan-am