Hari Malaysia 2023

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Tahukah anda apakah itu Hari_Malaysia dan apakah sejarah yang tersemat di sebaliknya?

Jom baca selanjutnya.

hari malaysia sejarah 16 september 1963
Sumber: RTM

Apakah Hari Malaysia?

16 September 1963 merupakan hari bersejarah kerana memperingati peristiwa penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Namun begitu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Sejarah Pembentukan Malaysia Selepas Kemerdekaan Tanah Melayu

Hari Malaysia ini tidak harus dikelirukan dengan Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan yang disambut pada setiap 31 Ogos.

Hari Malaysia diisytiharkan sebagai cuti umum pada tahun 2010, dimana rakyat Malaysia dapat meraikan atau menyambut dua perayaan yang berkaitan dengan kemerdekaan negara.

Pembentukan Malaysia dimungkinkan dengan menandatangani Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura pada 9 Julai 1963 untuk membentuk Malaysia pada 31 Ogos 1963.

Namun, disebabkan oleh beberapa isu yang dihadapi pada masa itu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 September 1963, dimana Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membacakan Deklarasi Malaysia di hadapan 30,000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan diakhiri dengan laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali.

Maka, lahirlah sebuah negara baru, Malaysia.

hari malaysia 16 september 1963 2022
Infografik oleh Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE)

Baca juga : Hari Kemerdekaan Sabah